17 March 2008

::Kursus::

Hari ni ns dapat surat dari Kementerian untuk menghadiri satu kursus. 'Kursus Pembangunan Modal Insan'. Diadakan di Casa Rachado Resort, Port Dickson dari tarikh 24 hingga 26 Mac.
Pada mula ns baca tajuk kursus rasa mcm ns ni budak jahat je sampai kena hantar pegi kursus sebegini disebabkan ns tak berapa nak faham sangat Pembangunan Modal Insan tu ape.. :D Lagi pulak ns ni selalu cuti-cuti. Mengular tak pernah lagilah rasanya..eheh.
Sekarang ns dah faham dah Modal Insan tu apa. Bila ns tengok tajuk-tajuk ceramah pada atur cara kursus tu boleh tahan menarik juga. Antaranya seperti:-

-Matlamat dan Visi Manusia
-Iman dan Ilmu Asas Pembinaan Insan
-Mengenal Al Khaliq dan Pakejnya
-Mengenal Al Makhluk dan Al Alam
-Membangun Rohani Insan
-Tanda Syukur
-Masyarakat Islam Hadhari

Aktiviti-aktiviti lain ialah Qiyamu'allail. Seingat ns dulu pernah sekali di zaman sekolah rendah ns join aktiviti Qiyamu'allail ni. Dan ini kali kedua. Semoga kursus kali ni bagi banyak manfaat pada ns yang serba kekurangan ni.



1 comment:

yun said...

selamat berkursus..jeles ni..kita pon nk kursus gak..boring asyik terperap kat opis je