05 March 2008

::JOM JALAN-JALAN ::

Hari ni last keje untuk minggu ni. Flight aku seawal 7.15 pagi esok. Pagi-pagi dah ada dekat Kedah.(semoga perjalanan aku selamat, amin..). Seronok sangat bila dapat sesekali balik kampung. Suasana aman dan damai walaupun bahang pilihanraya cuma tinggal dua hari saja lagi. Mesti meriah dengan bendera-bendera parti yang bertanding.:D.

Sepanjang minggu depan aku bercuti. Hajat nak berjalan-jalan dengan husband ke Langkawi. Dah lama tak kesana. Buat kawan-kawan yang menghantar kad jemputan kahwin, terima kasih kerana menjemput. Kebetulan jemputan di sebelah utara juga. Kalau tak ada apa-apa aku sampai. Apa pun aku doakan semoga semua berjalan lancar, berbahagia dan kekal ke akhir hayat.

Balik ke Kl semula nanti ada pertandingan bowling antara jabatan anjuran Kementerian. Tak sabar nk lawan ni..:D Hari yang sama juga ada jemputan kenduri sorang QS ofis ni di UKM. Sempena cuti Sekolah ramai yang ambik kesempatan buat kenduri. Kepada semua kawan-kawanyang akan melansungkan perkahwinan nanti, sekali lagi aku doakan semoga semua berbahagia dan kekal ke akhir hayat.

No comments: