Memang tak elok kan mengomel a.k.a mengeluh pasal kerja. Tambah pulak dibulan-bulan posa ni :) Tapi kadang-kadang fikiran jahat ni sesekali muncul. Buat emosi ns tak berapa nak stabil. Dan pagi-pagi hari dah nak merapu/meraban...;p
Semalam rasanya hari yang paling memenatkan. Gaji ns tak adalah besar, tapi kerja ya ampunn. Kalau tengok kawan-kawan yang seangkatan ns, depa ni taklah keja seteruk ns. Salah satu mungkin disebabkan ns direct di bawah J48. Berduet/ berdua dengan dia sahaja. Sebab kedua, Bahagian kami memang tak cukup kakitangan.. Tambah pulak tahun ni banyak sangat projek di bawah group kami yang nak diiklan dan ditender. Semua mesyuarat/Perbincangan ns diajak turut serta. Pn. Bos ulang-ulang cakap...minit meeting dalam tempoh tiga hari. Takut J/kuasa itu dan ini lupa...katanya. Pengerusi pulak suruh lukis-lukis pulak dalam minit. Hehe. Terpaksa la ns heret minit tu balik ke rumah. Sampai rumah, adieb pulak kata, ' mama buat work ye..nak angry bird'... haihhhss..si kecik ni memang pantang kalau mama & abah dia buka laptop...hanya sabar je lah jalan penyelesaiannya.
Di pejabat pulak sekarang ni banyak website kena block...termasuk la GRMY. Nak buka terpaksa la buka di rumah..bak kata kumpulan Jambu..'Apa pun tak boleh'...;p. Nasiblah blog boleh buka. Dapat la tulis sepatah dua.
3 comments:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tumpang simpati kat ns.
Cekalkan hati, kuatkan semangat ye.
kerja yang lebih banyak dari orang lain walaupun dalam rangking yang sama...memang kalau difikirkan rasa tak adil bukan? tapi hakikatnya ada ganjaran yang kita terima atas beban lebih banyak dari orang lain itu. Cuma ganjaran tu tak nampak. kalaulah kita dapat melihatnya seupama bukit emas terbentang depan mata, tentu kita berkejar-kejar mahu merebutnya, betul tak? Adakala hati akan mengeluh, itu normal. Tapi hati yang sentiasa ingat padaNya akan cepat recover, kata orang cepat reda hati yang berkeluh kesah itu...betul tak? Itulah kelebihan orang yang sentiasa memikirkan apa sahaja yang dibuat adalah jihat ke jalan Allah...Jomlah kita jihat bersama-sama bekerja untuk majukan organisasi kita...dan merebut bukit emas itu!
@ aidura Sofiee
> TQ aidura.Semangat tu tetap ada ;)
@ Kak Long
> TQ Kak Long. Sekarang ni memang kena fikir positif. Niat bekerja hanya keranaNYA. Bila fikir macam tu baru tak terasa beban tu. Lagi satu, saya terpikir, bila lagi banyak kerja kita buat, lagi bertambah ilmu yang kita dapat. Lagi banyak kesalahan lagi banyak kita dapat belajar.
Post a Comment