15 August 2011

Ramadhan


Ini catatan pertama saya mengenai ramadhan.
Lagi empat belas hari ramadhan tahun ni akan berlalu meninggalkan kita.
Sayu rasanya.
Entah di masa-masa tahun akan datang dapat merasai dan melaluinya lagi atau tidak.
Semoga ramadhan kali ini tidak berlalu sia-sia.

10 August 2011

Fadhilat Bersedekah.

Fadhilat Bersedekah.

(Buku : Fazilat Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan)

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, Jangan kamu tolak yang meminta walaupun dia kafir. Kata seorang sahabat, Ya Rasulullah! bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir? Jawab Nabi : bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman!.

2. Dari sebuah Hadis mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri), maka Allah menyuruh datang Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang diantara masriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalau menyeru ahli rumah itu, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari tersebut inilah rezeki bersamaku dari Syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Apa Surat itu? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka.
Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya, tertulis di dalamya :

" Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka'.

Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku - gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Muhammad terlepas daripada Neraka. Kata Jibril : Allah utuskan, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan (kenduri) itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan (kenduri) itu. (Dari Kitab Raudhul Ulama')

3. Yang lebih afdal bersedekah ialah barang yang disayanginya. Firman Allah ertinya : Tidak kamu peroleh kebajikan sehingga kamu belanjakan (sedekah, hadiah) dari apa yang kamu sayangi. (Al-Quran).

4. Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila datang peminta sedekah kepadamu, janganlah ditolak akanya dengan jahat walau sedikit pun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahal sedekahmu itu walaupun sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolah orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukanlah manusia, hanya jin yang hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi oleh Allah daripada nikmatNYA (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)

5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-Hadis)

6. Kata Ulama : Sedekah itu 10 kepujian (5 di dunia dan 5 di akhirat).

(5 di dunia : mencucikan hartanya, mencucikan badannya, menolak bala dan penyakit, menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal dan berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya)

(5 di akhirat : dinaungkan Allah orang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas.


06 August 2011

Mishary Rashid Al-Afasy

Mishary Rashid Al-Afasy...dia merupakan Reciter pilihan kalau ns mendengar bacaan Al-Quran di Quran Explorer. Dengan kelunakan suaranya memang menyentuh hati, sayu rasanya. Selain bacaan Al-Quran, nasyid-nasyid beliau juga memang menyentuh hati, boleh menangis bila dengar di malam-malam hari. Subhanallah...



Surah Al-Mulk..Merdu sangat..



Antara nasyidnya - Welcome Ramadhan




Nasyid yang banyak pengajaran dari Meshary Alarada Tentang Kematian.

Ya Allah..semoga bertambah ketaatanku kepadaMU Ya Allah..Amin...


05 August 2011

Selingan


Dalam pada tengah siapkan minit mesyuarat semalam, sempat ns menjengah blog ni sekejap. Kadang-kadang tu bila nak buat minit pun kena tunggu mood juga kan..;p. Tiba-tiba teringat benda makan yang diorder /request tadi..bulan puasa kan..terpikir makanan pulak..

Tengah hari tadi dapat panggilan dari mak. Katanya sepupu ns yang berniaga ikan di Pasar Tani Taman Melwati (Sabtu) dan Pasar Tani Danau Kota (Ahad) ada di rumah. Petang nanti dia akan bertolak bersama-sama lori & hasil-hasil laut dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Mak tanyakan samaada ada apa-apa nak dikirim. Ns pun sebutkanlah benda -benda yang diidam-idamkan di bulan puasa ni..;) Hehe..bukanya tak boleh dapat di KL ni, cumanya macam rasa lagi sedap kalau datang dari kampung..yang mak kirim.(Mengada betul).




Pucuk Betik.
Ni ulam kegemaran ns. Kalau balik ke kampung, ns akan keliling rumah sambil bawa besen cari/kutip ulam-ulam ;p. Di kampung setiap hidangan mesti ada ulam. Pucuknya sedap direbus, letak garam sikit dan dijadikan ulam. Bunganya pulak boleh direbus @ dimakan mentah saja.



Rebung Rebus.
Ni pun best juga. Dibuat ulam cicah sambal belacan (kalau sebelah utaralah) dan juga boleh buat gulai (kari) campur daging. Nyumm..nyum..hehe.



Pekasam Ikan Puyu (Gambar ni bukan ikan puyu) * ambik dari google

Ni antara pembuka selera bila waktu bersahur bersama telur masin. Digoreng dan dimakan bersama nasi panas-panas...uhhh..sedap ;p.

Sesekali menjamu mata di bulan puasa ;)


Mengomel a.k.a Mengeluh.

Memang tak elok kan mengomel a.k.a mengeluh pasal kerja. Tambah pulak dibulan-bulan posa ni :) Tapi kadang-kadang fikiran jahat ni sesekali muncul. Buat emosi ns tak berapa nak stabil. Dan pagi-pagi hari dah nak merapu/meraban...;p

Semalam rasanya hari yang paling memenatkan. Gaji ns tak adalah besar, tapi kerja ya ampunn. Kalau tengok kawan-kawan yang seangkatan ns, depa ni taklah keja seteruk ns. Salah satu mungkin disebabkan ns direct di bawah J48. Berduet/ berdua dengan dia sahaja. Sebab kedua, Bahagian kami memang tak cukup kakitangan.. Tambah pulak tahun ni banyak sangat projek di bawah group kami yang nak diiklan dan ditender. Semua mesyuarat/Perbincangan ns diajak turut serta. Pn. Bos ulang-ulang cakap...minit meeting dalam tempoh tiga hari. Takut J/kuasa itu dan ini lupa...katanya. Pengerusi pulak suruh lukis-lukis pulak dalam minit. Hehe. Terpaksa la ns heret minit tu balik ke rumah. Sampai rumah, adieb pulak kata, ' mama buat work ye..nak angry bird'... haihhhss..si kecik ni memang pantang kalau mama & abah dia buka laptop...hanya sabar je lah jalan penyelesaiannya.

Di pejabat pulak sekarang ni banyak website kena block...termasuk la GRMY. Nak buka terpaksa la buka di rumah..bak kata kumpulan Jambu..'Apa pun tak boleh'...;p. Nasiblah blog boleh buka. Dapat la tulis sepatah dua.