12 February 2011

Program Membaca 2011.



2011 reading challenge

Program 50 buah buku setahun diteruskan lagi untuk tahun 2011.
Disamping ganding baca, program ini ialah antara aktiviti yang diwujudkan di dalam forum di Goodreads Malaysia.
Walaupun Goodreads Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi bilangan ahlinya dengan Goodreads Indonesia, tetapi GRMY aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan untuk memupuk semangat membaca.

Dalam program ini tiada apa-apa hadiah yang menanti para pembaca yang mencapai 50 buah buku tersebut. Kecuali nikmat menghayati jalan cerita yang disajikan dan juga ilmu yang boleh diperolehi. Kalau tak tercapai 50 pun tidak menjadi kesalahan, ianya adalah target (sasaran) sahaja. Buku-bukunya pula tidaklah terhad dalam apa-apa bahasa, buku pinjam, atau pun buku koleksi perpustakaan peribadi di rumah. Walaupun terdapat banyak laman web yang boleh kita menyenaraikan koleksi buku peribadi , GRMY ini merupakan salah satu tempatnya.

Di GRMY ni juga kita dapat melihat dan membaca rumusan yang dibuat terhadap sesebuah buku yang telah dibaca oleh orang lain. Manfaatnya ialah, sebelum membeli buku-buku tertentu dapatlah kita tengok komen-komen mereka samada buku tersebut menarik atau tidak. Maknanya tak ada istilah 'rugi' kalau kita terbeli buku yang kurang menarik ;).

Harap-harap tahun ni saya dapat mencapai 50 buah buku seperti yang diazamkan.



2 comments:

Sofira said...

@gdiz, gud luck. ;)

ns said...

@aidura - tq ;)