11 February 2011

Harapan


6 Mac 2011 ni genaplah umur si adieb 2 tahun. Sekejap saja masa berlalu. Alhamdulillah. Syukur pada Allah memberikan dia kesihatan yang baik.

Banyak liku dan dugaan terpaksa ditempuh sebelum kehadiran adieb. Pengalaman keguguran sebanyak 2 kali dan diserang demam denggi semasa mengandung sehingga keguguran memberikan sejuta pengharapan padaNYA.
Berulang alik ke Hospital Tawakal sehinggalah mengandung kali ke tiga. Hanya doa mampu dipanjatkan agar ianya kekal dalam keadaan baik sehingga sempat untuk melahirkannya. Allah memakbulkan doa saya. Hanya ucapan syukur tak terkira mampu diucapkan.

Kesakitan dan pengalaman melahirkannya memberi satu naluri baru dalam diri.
Iaitu,
perasaan sebagai seorang ibu. Kasih sayang kepada anak dan pengharapan kepadanya apabila besar. Doa hanyalah satu, supaya dia menjadi anak yang soleh, memperoleh kebahagiaan dari Allah untuk dirinya semasa di dunia ini dan di akhirat nanti.
Amin.

Semoga Allah juga membimbing hati-hati kami dalam mendidiknya menempuh kehidupan nanti.


Adieb dan sepupunya Azreen.


Beriadah di Saujana Utama

'eksen' di IKEA

4 comments:

Sofira said...

Didoakan agar adieb menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, insya-Allah, amiinnn.

ns said...

@aidura - harap2lah ;)Amin..

Kak Long said...

comeinya adieb, syukur dikurniakan anak wpun banyak dugaan perlu ditempuhi...

ns said...

@Kak Long - Alhamdulillah..dikurniakan kehadiran Adieb.