23 February 2011

sibuk sungguh

Rasanya bulan Jan & Feb ni bulan paling tak konsisten kot. Bagi diri ns la. Entah apa halnya ntah. Awal-awal tahun dah buat hal. Apa pun..sabar & senyum sokmo sudah la kan ;p. (mentang-mentang baru balik dari team building kan).

Kisahnya,
semak di egbio (alah, kehadiran pakai ibu jari tu), bulan Januari saja dua hari ns EL..salah sapa?..ns juga. Bulan ni pulak lagi dua hari ns EL..tiga hari masuk lewat. Salah sapa??? ns lagi. Bulan ni la juga kesihatan kami sekeluarga tak menentu. Kejap ok, kejap tak. Termasuk la si kecik yang nak masuk umo 2 tahun tu. Bukan merungut..saja bebel kat sini..;p. Dugaan namanya kan. Ampunkan dosa-dosa kami ya ALLAH...

Kat opis pulak, bahagian yang ns dok cari rezeki ni bertukar carta organisasi lagi. Memang nasib ns dapat pn. bos yang kejap-kejap berpindah randah ni..hehe. Kali ni ns 'berduet' dengan KPP J48 sahaja. Seterusnya big boss Pn. J52 (Bos kesayangan ni..hehe). Huwaaaa...makin banyak projek.
Tak best la kan kalo kejap-kejap dok masuk lewat & El saja. Tahun lepas jarang sekali ns buat keje tak senonoh ni semua..(cewahh..). Harap-harap lepas ni reputasi ns seperti sediakala.

Aktiviti di jabatan pulak banyak sungguh sehingga Mac nanti, bermula dengan team building, berfutsal dan lepas ni diikuti oleh bowling. . Sian adieb malam tadi mama dia balik lewat. Sorry..sayang mama. Lepas ni mama bawa adieb join mama. Supaya besar nanti dia ikut aktif sukan macam mama & abah dia ;)

Paling tak keruan ialah sepanjang dua minggu ni satu apa pun buku ns tak boleh nak hadap baca. Asal balik rumah dah letih. Layan si adieb & terus tido. Badan pun lemah je. Haihh..tak boleh jadi macam ni.
Kuat semangat..kuat semangat..;p


22 February 2011

Team Building

Selama tiga hari dua malam saya dan rakan-rakan @ kami satu jabatan termasuklah pengurusan tertinggi membawa diri ke Kursus Pengukuhan Pasukan di Excel Training & Country Resorts Sdn. Bhd, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Pertama kali saya sampai ke tempat ni terus tengok hp, risau juga memikirkan kalau-kalau hp tak ada 'coverage' sebab tinggalkan anak yang demamnya sekejap ok, sekejap tak. Alhamdulillah..adalah juga 'coverage'nya walaupun sekejap satu, dua bar dan kadang-kadang tak ada langsung ;). Tempat ni dikelilingi oleh bukit-bukit ( mungkin bukit Broga termasuk sekali). Air paipnya usah cakaplah, sejuk sangat-sangat.


Sambung cerita. Kalau tengok bunting dah tahu sapa pemilik tempat ni kan. Tak lain tak bukan Y. Bhg. Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Pada tarikh kami ke sana Dato tidak dapat bersama kerana dia ke Indonesia. Apa pun terima kasih kepada En. Ebit Irawan bin Ibrahim Lew dan Pn. Rohani bt Saad serta penceramah lain yang merupakan anak didik Dato kerana memberi pengisian ilmu yang cukup baik kepada kami untuk diamalkan tak kira di pejabat dan di rumah. Memang best sangat-sangat. Sampaikan apabila balik dari kursus, saya terus demam ;p.


Sekitar kawsan Excel Training & Country Resorts Sdn. Bhd, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan.


Pembentukan kumpulan


Hari kedua. Acara menaikkan bendera jabatan mengikut kretiviti menggunakan batang paip yang disambung.

12 February 2011

Program Membaca 2011.



2011 reading challenge

Program 50 buah buku setahun diteruskan lagi untuk tahun 2011.
Disamping ganding baca, program ini ialah antara aktiviti yang diwujudkan di dalam forum di Goodreads Malaysia.
Walaupun Goodreads Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi bilangan ahlinya dengan Goodreads Indonesia, tetapi GRMY aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan untuk memupuk semangat membaca.

Dalam program ini tiada apa-apa hadiah yang menanti para pembaca yang mencapai 50 buah buku tersebut. Kecuali nikmat menghayati jalan cerita yang disajikan dan juga ilmu yang boleh diperolehi. Kalau tak tercapai 50 pun tidak menjadi kesalahan, ianya adalah target (sasaran) sahaja. Buku-bukunya pula tidaklah terhad dalam apa-apa bahasa, buku pinjam, atau pun buku koleksi perpustakaan peribadi di rumah. Walaupun terdapat banyak laman web yang boleh kita menyenaraikan koleksi buku peribadi , GRMY ini merupakan salah satu tempatnya.

Di GRMY ni juga kita dapat melihat dan membaca rumusan yang dibuat terhadap sesebuah buku yang telah dibaca oleh orang lain. Manfaatnya ialah, sebelum membeli buku-buku tertentu dapatlah kita tengok komen-komen mereka samada buku tersebut menarik atau tidak. Maknanya tak ada istilah 'rugi' kalau kita terbeli buku yang kurang menarik ;).

Harap-harap tahun ni saya dapat mencapai 50 buah buku seperti yang diazamkan.



11 February 2011

Harapan


6 Mac 2011 ni genaplah umur si adieb 2 tahun. Sekejap saja masa berlalu. Alhamdulillah. Syukur pada Allah memberikan dia kesihatan yang baik.

Banyak liku dan dugaan terpaksa ditempuh sebelum kehadiran adieb. Pengalaman keguguran sebanyak 2 kali dan diserang demam denggi semasa mengandung sehingga keguguran memberikan sejuta pengharapan padaNYA.
Berulang alik ke Hospital Tawakal sehinggalah mengandung kali ke tiga. Hanya doa mampu dipanjatkan agar ianya kekal dalam keadaan baik sehingga sempat untuk melahirkannya. Allah memakbulkan doa saya. Hanya ucapan syukur tak terkira mampu diucapkan.

Kesakitan dan pengalaman melahirkannya memberi satu naluri baru dalam diri.
Iaitu,
perasaan sebagai seorang ibu. Kasih sayang kepada anak dan pengharapan kepadanya apabila besar. Doa hanyalah satu, supaya dia menjadi anak yang soleh, memperoleh kebahagiaan dari Allah untuk dirinya semasa di dunia ini dan di akhirat nanti.
Amin.

Semoga Allah juga membimbing hati-hati kami dalam mendidiknya menempuh kehidupan nanti.


Adieb dan sepupunya Azreen.


Beriadah di Saujana Utama

'eksen' di IKEA

07 February 2011

Perjalanan Ini Amat Memenatkan


Gambar sekadar hiasan

Perjalanan dari Kedah ke Sungai Buloh yang sepatutnya hanya memakan masa hanya lebih kurang enam jam telah menjadi lima belas jam.

Isnin.

Puan Bos, saya EL hari ni.