03 May 2010

kemana -mana sajalah...



Benda ni lah yang memberatkan handbag sy. Biarpun berat tp tetap nak bawa. Boleh kata hari-hari heret ke ofis & kemana2 saja(kadang tu g pasar tani pun terbawa sekali..hehe). Biarpun hanya 10 minit je sempat sy baca kat ofis. Selebihnya hanya dok atas meja. Sapa-sapa yang datang tempat sy pulak yang lebih-lebih belek baca, melebihi saya ;). Tapi takpa..janji sy bawa. Puas daripada tak bawa langsung.

Kisahnya, Buku Keistemewaan Makkah tu saya terbeli masa tengah makan tengahari di ofis . Selalunya tanpa sempat orang jual tu cakap, sy dah cakap dulu, terima kasih ye dik. Tanda hormat pada dia sbb tengah makan, malas nak mendengar. Kali ni sy pulak yg dulu tanye buku apa yang dia jual. Belek-belek sambil selak-selak skit. Saya pun beli. Memang tak rugi.Menarik sangat. Antara isi kandungan buku nih yang menarik ialah Makkah dari perspektif sejarah, kajian saintifik & tauhid serta rahsia di sebalik rukun haji dan umrah. Bila selesai sy habiskan membaca buku ni nanti inysaallah nak cuba buat review serba sedikit. Majalah Solusi tu pulak pertama kali sy beli. Baru nak berkenalan. Isu bulan ni pun menarik.

5 comments:

Sally said...

ihik..wah,..bagus2..akak ni tak boleh nak bawa buku baca..always baca buku jer rasa ngantuk gila..phobia ngan tulisan .hhehhe:p

aidura sofiee said...

cantik! :)

khairul h. said...

Nak tanya, artikel "Di sebalik Iqra'" dlm majalah Solusi tu pro ke anti sistem Iqra'?

Saya ni 'old school' sikit jadi memang le anti sistem Iqra'. Budak tak kenal huruf, kenal bunyi je. Tu le kami laki bini pastikan anak-anak kami kenali huruf-huruf Arab dulu sebelum mendaftar mereka di kelas agama yg menggunakan sistem Iqra'.

khairul h. said...

Alamak, rasanya artikel tu pasal tabiat membaca bukannya belajar Quran dgn sistem Iqra'.

Silap disitu. :)

GDIZ said...

>sally : ihikk, ;p gitu pulak ye..hehe

> aidura sofiee : mmg tak rugi beli!;p

> khairul h : iye betul.Artikel tu pasal tabiat membaca.Esp dikalangan masy M'sia. Mmg betul apa penulis tu tulis. Masa banyak lebih kepada media elektronik.Maksud sy internet.