26 November 2009

Istimewanya seorang wanita

KELEBIHAN SEORANG WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

25 November 2009

Team Building..

3 hari 2 malam ns berkampung di Gambang Waterpark Resot kat Kuantan nun. Memang ada WaterPark,(ala-ala Sunway Lagoon) tapi tak dan pun nak pi main2 air kat situ. Asyik main air hujan je memanjang.Entah kenapa Kursus ni banyak sedarkan ns..mengalahkan kursus Modal Insan dulu. Maybe sebab Fasilitator dia bagus kot.Erkk..tetiba teringin nak pegi kursus ESQ pulak...


ready to bike ATV


My Group

19 November 2009

syok juga buat benda macam ni

kadang-kadang layan juga buat benda mcm ni. Nampaknya ns kena la juga ada fotopages. Kalau tak blog ni penuh gambar. Tak sabar rasanya nak blk Kedah next week, banyak view cantik bole ambik gambar.


Gigih..

tanda sedang berusaha..



kredit untuk diorang ni : Kat Sini & member Um dulu, shah (dah pro ni)sbb sudi/tolong ajar aku.

18 November 2009

adieb.... siap sedia utk jadi model mama




~ this saturday adieb must get ready for outdoor photoshoot,..beginner cameraman also must get ready ye ;p (mama still learning at Nikonian and kenrockwell)

13 November 2009

Akhirnya....DSLR D5000 Nikon

Setelah sekian lama,insyaAllah impian nak dapat benda ini akan direalisasikan. Salah satu yang diidamkan.. Bukannye nak jadi photograper..just untuk ambik gambar anak & apa2 yang menarik utk diri sendiri je.;p. Pastu pulak, ada geng yg sama minat. Harga pun boleh kira murah juga..RM2,800.00 (murah kot)..(berkobar k.yong dgn harith survey kat lowyat nih)

Ni la dia Nikon D5000
maklumat lanjut kat sini (thanks to my dear hubby tolong bagitau)





10 November 2009

when adieb say,. 'a..papapaa..a..mamamaa'....

ini la yang adieb suka sebut ulang-ulang sekarang ni. Terharu sangat. Tapi bila adieb buas & xnak dok diam bila mama pegang dalam keta..kadangkala mama hilang sabar..;p

09 November 2009

Berangan adalah perkara yang seronok dgn harapan ia menjadi kenyataan ;)

Sejak dua menjak rumah nak siap ni(lagi 4 bulan, kalau ikut jadual asal la),, mulalah kepala ni dok ding dong dok berangan-angan. Macam-macam..konsep la, warna nak pilih la. Antara banyak-banyak ruang yang ns dok idam-idam nak renovate ialah dapur dengan bilik si dibo dibo adieb tu. Kononya nak ajaq dia tido bilik asing la ...konon. la kan .;p. Ala-ala anak orang puteh tu..Pantang ada time free kat ofis ni mula la ns dok godam-godam internet cari2 ilham..hehee. Entah dari mana nak cekau duit pun tak tau..ahaha..

antara konsep-konsep utk bilik adieb ;p


Jom layan picture-picture dapur ni pulak, yang ns jumpa di website ni..








kalaula angan-angan ni leh jadi kenyataan..syoknye..

06 November 2009

dibo dibo adieb

Hari ni genap adieb umur 8 bulan. Seronok sangat melayan time2 gini. Dah merangkak & cuba-cuba berdiri. Asyik la menuju ke tangga. Syok sungguh dengan tangga. Tengok gigi tu..tumbuh gigi siong dulu la pulak. Bawah baru ada 1..hehe..

Senyum tawa adieb. Cair ati mama ni dib..So fun with adieb. Happy to fullfill my promises and duty as a mother & Friend to him. I will try my best dear.

Luv you my dear..



05 November 2009

tak puas hati...rasanya lah

Kat ofis hari ni dapat borang kajian staff satisfaction indek jabatan.
Memang inilah yang boleh dikatakan aku tunggu-tunggu sgt.
Saluran yang agak betul.
Takkan nak buat surat layang kan.
Banyak benda aku nk komen ni.
Tapi pelik la pulak.. nama dia tak mintak
tapi..nama bahagian, gred, tahun berkhidmat, jantina..umur dia nak..
surelah diorg leh tahu sapa kan.

02 November 2009

Rumah Saujan Utama

Boleh dikatakan hari-hari nak datang ofis jeling-jeling nengok rumah ni ha. Masa family datang dari Kodiang haritu, sempat bawa diorang jenguk2 rumah ni. Harap-harap on time bulan Feb ni siap.



Ni betul-betul rumah kitaorang. No. 2 dari Corner lot.