Malam tadi dapat sms dari member ofis as reminderla..'esok jangan lupa bawa'.katanya. Memang sejak 2 menjak ni topik baby jadi topik utama bila sy berborak dgn dia. Dia sungguh2 nak baby..cuma belum ada rezeki. Saya simpati, sebab saya juga pernah merasai apa yang dia rasa. Saya bagitau dia berkenaan buah zuriat yang ada hanyalah di Mekah sahaja. Saya kata pada dia, kita hanya mampu berusaha & berikhtiar, makan buah zuriat salah satu lah. Masa mertua saya mengerjakan Umrah setahun yang lepas, sy kirimkan pada dia. Saya pun dapat tahu melalui kawan di Kementerian masa sedang berkursus. Saya janji bawa pada dia hari ni. Yang tinggal pada saya yang kering dalam botol. Bila saya belek-belek balik botol tu, rupanya dah tarikh dah luput. Haih..xpelah yang penting sy dah bawa. Saya suruh dia tunjukkan botol tu pada sape2 yang nak ke Mekah, jadikan contoh untuk diorang beli. Moga-moga termakbul doa kawan saya, dimurahkan rezeki untuk dapat baby.
1 comment:
Ni lily citer baru ler arie tau. Dulu dok dengar2 jerk pasal buah ni tapi masa tu tak tau la plak mana dapat.
Post a Comment