25 October 2009
Konvo adik
22 October 2009
Cerita Buah Zuriat
19 October 2009
walaupun penat..seronok rasa...
Sejak balik dari Penang berkursus haritu sampailah semalam, memang xde berhenti lagilah. Semuanya siap sediakan apa yg tak ada. Boleh dikatakan semua menu yang ada mmg masak sendiri, kecuali ketupat palas tu mak ns yang buatkan. Mmg dr dulu sampailah sekarang tak pernah2 lulus buat ketupat. Asyik jadi ketupat betina lah..tak kejaplah (tak rapat)..takut nanti masuk air pulak...macam2..thanks byk2 pada mak datang dari Kedah tolong anaknya nih..hehe.
Tetamu yang paling awal sampai haritu semuanya member2 blogger.Hehe..sharp betul diorang ni. Ngam-ngam pukul 3 ptg diorang dah ada dalam rumah..heheh..thanks pada semua yang datang. Paling xlupa keramahan husband kak tiny..hehe..ramah sunggguuhh...Maap la ye kalau xdan nk layan sgt..tp still boleh sampuk2 cakap,nasib ada mak layan borak....;p.
Letih mengemas usah cakap la. Tapi bila ingat2 balik semua yang jemput datang, hilang semua penat tu. Hari ni last syawal..semoga panjang umur murah rezeki berjumpa lagi kita di syawal akan datang. :)
09 October 2009
Jemputan Rumah Terbuka
No. 6 Jalan SM 5A
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor.
( bawah flyover mrr2. berhadapan Giant Batu Caves)
Masa : 2 ptg hingga 7 malam.
Antara menu wajib - ketupat palas :)
08 October 2009
kenangan hari ini..
05 October 2009
beli lagi....yang ada pun belum habis
Kalau dulu..rasa sekejap je nak habiskan sebuah buku. Sekarang ni...boleh kata berbulan2....baru nak sampai ending cerita. Dek penangan adieb farish sorang ni. Kita sibuk nak membaca dia pun nak juga yang mama dia baca..bagi buku lain tak nak. Harap-harap la dia pun minat membaca bila besar nanti.
Bila rumah siap nanti, dalam kepala ni dah berangan-angan...rumah tu nanti mesti ada satu bilik yang penuh dengan buku..pendek kata ala-ala bilik bacaan@ library la...moga2..jadi kenyataan...pastu kalau dapat buka kedai buku lagi syok...
01 October 2009
Khamis yang dingin...
Hari ni baru start keje setelah bercuti raya haritu. Lama betul cuti. Awal pulak tu sampai ofis hari ni..pukul 7 tepat. Bukan berkobar2 nak keje tapi risau parking lot ns orang sesuka hati park kete. Ye lah..lama sangat cuti. Diorang bukanye kesah sangat no plat yang terpampang kat situ. Erkk..walaupun parking lot tu gomen bayar,tapi tetap rasa hak diri ni.
Adieb pulak awal betul dia bangunhari ni. Tak macam selalu. Macam tau-tau je mama dia ni start keje hari ni. Celik-celik mata pagi tadi dia dah dok main2 sendiri..huhh..nasib lah tak pegi main kat tangga. Kalau tak tergolek2 anak aku. Sian rasa nak tinggalkan dia tadi nak pegi keje. Yelah..lama cuti..berhari2 dengan dia dari pagi ke malam. Nasiblah abah dia masih cuti...jadi babysitterlah abah dia hari ni.
Mood nak keje belum datang ni. Tambah pulak tengok pc yang masih pengsan. Bila nak sedar ntah...atas meja dah bertimbun. Sampai-sampai kat ofis tadi perkara pertama ialah melayan facebook dulu. Jenguk-jenguk tanaman kat farmville dan berkunjung ke blog-blog..haha. Harap-harap tengah hari nanti dah ok..