30 September 2009

Lepas raya ni rajin pulak nak masak bagai...

Hikmah raya tahun ni agaknya. Balik ja dari kampung seminggu yang lepas suka pulak ns nak masak. Pastu panggil family mertua dengan kakak datang makan. Semua semestinya menu-menu dari utara la. Paling best bila orang kata sedap ..haha..


Menu hari ni laksa. Pepagi tadi dah bangun buat kuah. Orang kata, petua nak bagi kuah sedap..kena buat sehari atau semalam sebelum nak dihidang. Orang sebelah utara pulak, nak lagi sedap makan laksa kena makan dengan kicap. Huhh..sedap..


Ni pulak menu hari ahad lepas. Bihun sup 'tengg' namanya. Punyalah susah nak dapatkan kaki lembu kat KL ni. Sudahnya husband bawa balik tulang rusuk lembu je. Itu pun sebab dah pesan pada sepupu ns yang berniaga ikan kat pasar tani Danau Kota. Sudahnya..buat pertama kali lah ns buat bihun sup sepanjang hidup ns ni..menjadi juga...hasil menuntut resepi pada sepupu kat kodiang.


Lepas ni nak cuba buat mee udang pulak. Kot-kotlah menjadi macam mee udang Sg. Dua kat Penang nun..

Selamat menjamu selera...opppss..menjamu mata..;)

27 September 2009

Toys untuk adieb

Plan nak tambah koleksi mainan adieb ni dah lama. Memandangkan cuti masih berbaki 3 hari sebelum masuk keje, kami bawa adieb berjalan ke Toys 'R' us dan ToysCity., midvalley. Huhh..Excited!!..mama & abah dia yang melebih-lebih pilih mainan. Penuhkan bilik si adieb.


Ramai posing kat sini. Kami pun teringin sama....;p




26 September 2009

Raya 2009


Raya kali ni bermakna sangat. Maklumlah, pertama kali sambut raya sebagai seorang ibu. Seronok rasa. Inilah adieb sekarang. Dah merangkak. Lebih kurang seminggu lagi adieb dah nak masuk 7 bulan. Alhamdulillah..anak mama ni sihat. Alkisahnya baju si adieb ni dah lari tema. Terpaksalah ambik juga, memandangkan warna ni je yang ada saiz untuk adieb. Murah pulak tu, memang dah berhajat tak nak beli di KL. Merantau ke pekan kangar., Perlis. Nak dapat harga patut. Memang murah. Kain pun ok.
Beraya bertiga walaupun tak sedondon. Tapi kira ok la juga.







17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan. Semoga bergembira dan berbahagia di hari raya nanti. Selamat memandu..berhati-hati di jalan raya semasa balik ke kampung halaman masing2. Esok 18hb saya mula bercuti..syokknya..dapat balik kedah. InsyaAllah..1 Oktober bertemu kembali..:) Maaf zahir dan batin.

07 September 2009

Dah nak raya dah...

kasut baru untuk adieb dari abah


Rupanya dah ada lagu raya kat radio...baru sedar...ye la dua hari cuti dok kat rumah tak dengar radio..asyik ngadap adieb, tv dan pc je. Pagi tadi saya ke ofis diiringi lagu raya dendangan Kak Pah..terawang-awang perasaan saya dah jauh kat kampung. Kejap je rasa..macam baru je start puasa haritu. Sedar tak sedar kurang dua minggu lagi nak raya.
Ramadhan tahun ni saya tak rasa letih sangat berbanding tahun2 yang lepas. Walaupun terpaksa melayan karenah adieb. Semasa saya bujang dulu bila tengok ibu2 yang melayan karenah anak2 di pasar ramadhan, saya terpikir mesti diorang letih, nak memasak lagi, nak uruskan anak lagi. Sekarang saya dah rasa, xletih la pulak,,hehe..
Persiapan raya tahun ni lebih tertumpu pada adieb saja. Sampaikan baju raya untuk mama dan abah dia belum dibeli lagi. Niat dalam hati tahun ni nak beli yang dah siap ja. Banyak pilihan dan harga pun lebih kurang je kalau beli kain dan upah jahit. Adieb belum pun boleh berjalan, tapi abahnya dah belikan dia sepasang kasut raya. Dari umur 3 bulan sampailah adieb dah 6 bulan sekarang dah 3 pasang kasut. Lagi dua pasang dah tak muat.. ..anak mama dah besar :)
Raya tahun ni giliran beraya di Kedah. InsyaAllah raya ke 3 atau 4 kami di Perak, kampung abah adieb.

05 September 2009

'Bermuka Buku' di awal pagi

Hari ni abah adieb keje waktu pelik lagi. Masuk 11 malam balik awal 8 pagi esok. Adieb tengah lena tido . Tak pulak dia merengek nak susu waktu ni. Selalunya pukul 3-4 pagi 'time' dia minum ni. Ooo..agaknya, dia bagi 'chance' mama dia 'bermuka buku' dan buat entry baru di awal pagi ni. Saya terjaga kejap tadi bila abah adieb telepon. Katanya g bersahur kat Jalan TAR. Saya golek kiri kanan mata tak juga nak pejam. Lepas solat sekejap tadi, terus saya berinternet. Seronok la server time-time mcm ni. Lajuuuu!!.hehe..ye lah orang lain tengah tido kan.
Kat ofis pulak pc saya langsung 'pengsan'. Tuan dia baru El sehari. Mati kutu juga, hehe. Keje langsung tertunggak. Semua 'soft copy' dalam pc. Nasib la Pn-Pn Bos saya tu faham. Harap minggu depan pc saya ok. Penangan 'bermuka buku' ni hebat la, bukannya apa. Boleh kata setiap hari mesti saya masuk ke situ. Lagi-lagilah bila saya berkebun ni 'Farm Ville' tu. Hebat tak hebat , takdelah time2 orang lain nyenyak tido, saya 'bermuka buku' hehe.

Khamis haritu saya ke Jalan TAR. Kami berempat. Hapening sungguh di bulan2 puasa kat situ kan. Seronok menjamu selera... Oppp..menjamu mata..hehe. Cadang saya hanya nak tengok2. Tapi terbeli juga sepasang baju kurung. Habis berkenan dah kata orang. Kalau saya tak beli haritu, mesti balik termimpi-mimpi saya. Jumaat pulak kami berempat lagi ke Midvalley...pun hanya untuk cuci2 mata ni. Tapi terbeli juga saya soft book and toys untuk si adieb. Sekarang ni kemana pun saya pergi mesti pikir nak membeli untuk si adieb. Sampaikan saya dah buatkan adieb satu kad Toys 'R' us untuk dia. Anak belum tahu apa-apa, mak dia yang melebih2 pulak. Teringin la. Hhe..toys comel2 la kat situ. Esp toys untuk cereta 'CAR' tu. Haihh..penangan anak pun tak kurang hebat juga ni, heh.
Ni semua gara2 pc tak boleh buka la ni agaknya. (Salahkan pc pulak)

Adieb dah maju setapak lagi. Laju dia kedepan bila meniarap. Habis semua bawah meja makan ditujunya. Segenap cerok dia pegi. Seronok. Macam nilah perasaan seorang ibu agaknya bila tengok anak membesar dan maju step by step. Alhamdulillah....

Cerita pasal g bawa adieb cucuk haritu. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali nak cucuk mesti abah dia yang akan pegang adieb. Mama dia nun juah sikit. Bukan apa..takut..lebih daripada adieb yang nk kena cucuk tu, hehe. Yang bestnya, adieb nangis kejap je masa jarum tu nak masuk. Lepas tu boleh senyum mengekek-ngekek dengan DR pompuan tu. Gataii..hehe. Lagi 1 hari adieb mencecah umur 6 bulan. Berat adieb dah 8 kg. Ehh..adieb ni tak nak minum susu ke..hehe..asyik nyot-nyot puting kesayangan dia tu je. Kejap lagi waktu orang bangun bersahur...selamat bersahurlah utk semua ye :). Yuhhuuu... adieb bangun,time minum susu.