28 August 2009

Cerita Adieb

Dah lama tak cerita pasal kedip po pot. Lepas berbuka di Sg. Buloh tadi kami terus balik ke Bt Caves. Adieb dah tertido dari dalam kereta tadi sampailah sekarang ni ,dah pukul 11 pm lebih.. Baru kejap tadi abahnya salinkan pampers, pun dia tak sedar. Lena betul dia tido. Saat macam ni lah mama dia ni curi-curi masa untuk diri sendiri dan buat entry baru sambil-sambil layan facebook :) Kejap lagi nak masak sikit untuk sahur nanti.

Lebih kurang seminggu lagi adieb dah nak masuk 6 bulan. Kejap betul masa berjalan. Esok nak bawa dia pegi cucuk 'imiunisasi' (betul ke ejaan ni?) untuk umur 5 bulan. Terlewat sikit, mulanya nak buat di kedah haritu, ntah macam mana surat beranak dan kad rekod 'imiunisasi' dia tertinggal di KL. Nak bawa dia ke klinik pun risau dengan keadaan wabak sekarang ni.


Ni la rupa adieb sekarang. Muka pun dah nampak makin matang skit. Ramai tanya ikut muka sapa ni. Muka mak pun tak abah pun tak. Saya jawab ikut muka dia sendiri la..takde copy paste. hehe.


Ni pulak susu untuk adieb bila dah mencecah umur 6 bulan. Keluaran Wyeth juga, sambungan dari step 1 dulu:S26. Step ke-2 ni Promil, step ke-3 nanti mungkin Progress .Kalau tak silap lah. Nasiblah adieb tak banyak ragam bila tukar susu ni. Risau juga kalau2 tak sesuai sebab abahnya dah beli stok sehingga gaji bulan depan. Harga pun lebih murah dari S26 dulu, agaknya semakin baby membesar, susu semakin murah.

Adieb dah menirap, semakin kedepan bila letak mainan untuk dia capai. Seronok melayan dia. Semoga anak mama ni membesar dengan sihatlah. Harap esok dia tak nangis sangat masa cucuk tu. :)


27 August 2009

Cerita Lagu 1Malaysia

Hari ni hari pertama masuk keja setelah lama bercuti kat kampung. Masuk2 je ofis kerja datang mencurah2. Bak kata orang-orang sekeliling..redha je lah. :) Dalam sibuk2 tu sempat saya menjengah ke blog kawan2 dan buat entry baru ni..pasal pertandingan lagu 1Malaysia di radio Hotfm. Antara banyak2 lagu tu, lagu nyanyian Jac ni paling bestlah..tapi xsempat la pulak nak undi. Kalo tak mesti bole menang hp blackberry :)
How proud i m as a malaysianlah.

LIRIK INILAH MALAYSIA

Telah begitu lama,
Mata melihat
Telah begitu lama,
Lidah - lidah berkata
Telah begitu lama,
Telinga mendengar
Ku mendahuluimu,
benarkah aku?
Kau mendahuluiku,benarkah kamu?
Mengapa tidak kita berlari bersama?
Berdiri berfikir bertindak sebagai satu
Bukan menolak resam
Bukan menolak asal usulmu
Semua untuk satu
dan jelas satu untuk semua
Maka kami rakyat Malaysia
berikrar akan menumpukan
seluruh usaha dan tenaga
kami demi mencapai cita - cita negara
berdasarkan atas prinsip - prinsip berikut.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang - Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Mengapa tidak kita berlari bersama
Berdiri berfikir
bertindak sebagai satu,
Bukan menolak resam,
Bukan menolak asal usulmu,
Semua untuk satu dan jelas
satu untuk semua
Lahirlah kita SATU MALAYSIA

20 August 2009

Salam Ramadhan..Selamat Berpuasa


wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri

wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati


wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi



andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi


kematian…adalah sesuatu yang pasti
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air


tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu


solat yang dikerjai…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…menangisi kecurangan janji


“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkanhanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang


alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…mengadu…merintih…meminta belas kasih


“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku jugatidak sanggup untuk ke neraka-MU”


oleh itu duhai Ilahi…kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan


kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir


mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …
lorong-lorong redha Ar-Rahman


duhai Ilahi….andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…
paling berseri…menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu


Ya Ilahi…semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

12 August 2009

Balik Kampung...sambut puasa

Sambut Puasa.... saya maksudkanya kat sini ialah meraikan kedatangan bulan puasa. dengan orang-orang tertentu..lebih kurang begitulah.

Cuti saya dah diluluskan. Biarpun lagi seminggu. Perasaan saya nak balik kampung untuk sambut puasa - berbuka dan bersahur bersama keluarga kat kampung melonjak-lonjak. Tak sabar rasanya. Adieb masih tak tahu apa-apa. Bila dia dah besar nanti mesti dia yang melebih-lebih melonjak riang. Perjalanan yang jauh dari KL ke Kedah sekarang ni menjadi suasana dalam kereta yang menyeronokan dengan kehadiran adieb. Riuh betul mulut dia..entah apa yang dibebelkan. Yang pasti saya dan suami terhibur.

Dekat ofis ni,bila diorang tahu saya nak balik ke Kedah. Favourite yang diorang suka pesan untuk saya belikan ialah belacan, esp my pn. bos. Sedap katanya. Betul tu..kalau belacan tak sedap..maka tak jadilah kuah laksa dan sambal belacan yang best. Boleh jadi tauke belacan saya lepas ni.

Bila cakap pasal kampung, yang pasti setiap kali hidangan mesti banyak menu. Seperti kebiasaannya mak akan tanya pada saya, menu apa yang nak dimasak. Saya pun mula la senaraikan...bla..bla...daging bakar...perut lembu bakar....hati bakar...jeruk maman..sayur keladi..rebus pucuk & bunga betik buat ulam...kerabu perut....sayur rebung...ermm..sedapnya...tekak ni berselera semua yang kampung2 ja. Selera nak makan macamlah tak boleh dapat semua tu kat KL ni. Boleh sebenarnya...cuma perut ni masih lagi nak hasil masakan air tangan mak.

Biarlah anak saya nanti dah terbiasa dengan suasana/keadaan dan cuaca kat kampung. Rasa panas beratap zink dan rasa sejuk original yang sampai ke tulang bila waktu malam...xperlu aircond dah. Waktu-waktu petang bila 'angin timuq' (bahasa orang utara) tiup lagi la rasa seronok, bunyi enjin mesin padi mengetam pokok2 padi pastu ada budak2 kampung main 'wau'. Eeeee..hati saya betul-betul dah kat kampung ni. Rindu pada pemandangan kebun sayur yang mak & ayah saya usahakan untuk isi waktu lapang. Maklumla anak cucu kebanyakkanya jauh kat kl ni.

Saya harap dimakbulkan doa saya agar mak/bapa saya diberi kesihatan yang sihat dan umur yang panjang..supaya saya dapat menikwati suasasa sama macam dulu biarpun sekarang saya sudah mempunyai anak.



zaman belum ada baby. Posing depan laman rumah kat kg.



08 August 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi. Syukur kerana umur saya, suami, anak dan kedua ibu-bapa kami serta keluarga dipanjangkan untuk bertemu bulan ramadhan tahun ni. Cepat betul masa berlalu. Ramadhan tahun lepas saya masih mengandungkan si adieb. Sekarang adieb sudah pun masuk 5 bulan. Macam-macam kaletah adieb yang seronok saya layan. Ramadan dan syawal yang bakal tiba nanti pastinya lebih bermakna bagi saya dan suami dengan kehadiran adieb. Semoga ramadhan kali ni kita bersama-sama memperoleh keberkatanya.




Hijjaz : Ramadhan Bulan Berkat.


Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istemewa

Isi lah bulan ini banyakkan amalan
Beribadah malam siang berpuasa
Banyakkan lah sedekah jangan di kira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al-quran jangan dilupakan kan
Zikir dan tasbih elok disertakan
Meriahkan ramadhan dengan bermacam cara
Agar ramadhan tidak sia-sia

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istemewa


Hindarkan lah dosa di setiap angota
Kalau boleh dosa dibuang
Kerana dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan ramadhan

Isilah ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

03 August 2009

membaca masih menebal dalam jiwa saya



Lepas waktu bekerja petang jumaat yang lepas saya sempat ke kedai buku Minerva di Jalan TAR untuk membeli beberapa buku sebagai bacaan setelah agak lama juga saya tidak membaca selepas melahirkan adieb. Tercapai juga hasrat saya walaupun terpaksa menempuh kesesakan. Setelah sekian lama pendam rasa nak dapatkan buku2 ni. Erm..bukannya tak boleh beli secara online, tapi memikirkan kalau dapat beli secara terus dari kedai lagi baik.


Nilah antara buku-buku yang saya beli tadi. Buku 'Gerakan Freemasonry' ni sebenarnya kesinambungan dari buku 'Gerakan Orientalisme & Kristianisasi' . Maksud 'Freemasonry dalam Ensiklopedia dan istilah Yahudi -ialah 'jurubina bebas'(free & mason). Gerakan ini dipelopori oleh orang yahudi yang ingin mengambil kembali tanah palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Agsa. Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat.



Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka."







Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”