10 December 2008

Baby Stuff - Persediaan skit2

Semalam ns masih di kampung waktu2 macam ni, hari ni dh kat ofis. Tapi hati ni macam masih tertinggal di kampung. Ambik masa sikit nak bawa hati ni balik kl. Hehe.

Dah jadi kebiasaan kot, kalau first time pregnant ni selagi tak bersalin mesti asyik dok citer pasal pregnant & persediaan nak bersalin. Bila baby dah keluar citer pasal baby pulak kan. Semalam masa kat Kampung mak ajak g rumah jiran depan rumah. Jiran tu pulak bidan kampung. Kami 4 beradik dari 5 memang bersalin dengan bidan ni dulu2 kat rumah. Tak pegi Spital pun. Semalam sesaja mak ns ajak pg 'scan' kat bidan ni pulak. ' Scan' tak pakai mesin 3D or 2D pun. 'Scan' guna tangan dia je. Pegang kat perut ns ni. Hehe. Dia kata baby dah besar ni, dah 7 bulan. Tapi perut ns kecik je. Ikut mak barangkali. Confius pulak ns ni, check up dekat DR moden ni dia kata baru 6 bulan. Pastu DR tu cakap kadang2 awal 2/3 minggu. Ermm..ns tak kisahla ns dah berapa bulan pun janji ns selamat bersalin sudahlah.

Start bulan lepas, bila dah tau jantina baby, ns dengan husband dah mula beli barang untuk baby nih skit2. Mulanya budget bulan lepas dalam RM100 je. Alih2 seratus lebih juga. Geram punye pasal tengok barang2 baby yang kiut2 je nih. Beli yang penting2 je dulu. Ikut pesan orang tua. Hehe. Baby nih cepat membesar. Tapi bulan ni mmg kena beli byk skit rasanya. Boleh tahan juga harga2 baju tuh walaupun kecik2. Bulan ni boleh budget lebih skit, sebab dapat bonus. Kawan2 ns kata, bila dah ada anak ni, budget akan lebih ke anak je..tak kira la baju ke..atau ape2. Mesti dahulukan anak. Rasanya betul kot. Hehe. Ns pun dah rasa skit2 dah ni ;p. Bila shopping barang2 baby hilang perasaan takut nak bersalin. Huhu..macam mana la sakit nak bersalin ni kan. Bila dipikir-pikirkan takut. Dulu dah pernah rasa sakit nk 'miscarriage'. Sakit bersalin tak tau macam mana rasanya. Harap2 sakitnya tak lama and ns bersalin dengan selamat. Amin..


Antara yang sudah dibeli. Banyak lagi kena tambah.


Baru 3 pasang..kena tambah lagi nih.

Kotak ni, dapat hadiah masa kawin. Sekali pink kaler daa..hehe..lari tema nih ;p


Comel2 je. Tu pasal budget boleh lari. Geram punye pasal.



Adidas Infants Superstar Sneaker ni - kena beli juga nih ;p


6 comments:

AHMOI said...

dah beli sikit2 dh yerr..kasut adidas pun dia dh beli dah..heheh..semangat mama n papanya nih..semoga semua selamat yer kak..

niji said...

uih..sakan..

Mak Su said...

comelnya barang2 tu.... maksu dah ternampak2 kaki kenit, tangan kenit, jari2 yang halus... eerrmmm, macam nak gigit2 jer. oops! lariiiiiii

faeizah said...

comelnya brg2 baby yg u all beli :). faeizah doakan semuanya selamat ek. takyah pikir bukan2..

:: nardea :: said...

ngeeee.. geram btol ler.. comel lak kasut tuh.. jenguk2 blog nad k. http://theastanaperkahwinan.blogspot.com

http://kadkahwinstore.blogspot.com/

lalalalallala.. semoga selamat semuanya.. :)

GDIZ said...

ahmoi : semnagat2
niji : sakan la..sulong la katakan..ekekek
maksu :jgn gigit la maksu..heheh tgk je
faeizah :thanks :)
nardea : okeh..selalu jenguk la secara diam2..eheh