28 October 2008

Pencuri ooo Pencuri ....

Pepatah Melayu kata : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Selalunya pepatah tu la orang guna bila se'terror2' mana pun orang buat jahat, last2 kena tangkap juga kan. Kesian tupai, takde kena mengena dengan dia pun sebenarnye.

Ns nak cerita pasal pencuri yang tak berapa nak terror mencuri sangat nih. Cumanya dia berani jelah. Sebabnye depan rumah mertua ns ada pasang 2 cctv. Nak kata dia rabun ke, tak juga kot. Dah sah2 bole nampak cctv tuh. Lagi satu dia tak rabun, pasalnye dia datang mencuri time awal pagi dalam samar2 bulan lagi. Kira memang berani betul la kan. Nasiblah dia bukan niat nak mencuri kereta. Barang yang dia nak curi tu tak berbaloi pun dengan usaha tekun dia nih. Areal kereta lama husband ns je dia terniat nak ambik. Tapi sebab dia mencuri kan..sakit hati jugalah. Skrang adik ipar ns yang pakai kete tuh. Hari Sabtu haritu dah dapat tangkap dah budak mencuri ni. Rupanya budak ni dok kat taman bersebelahan taman perumahan mertua ns tinggal je.

Depan rumah mertua ns ni memang direct jalan besar. Sesak juga. Takde tempat parking. Kat dalam pagar boleh muat 3 biji kete je. lain2 kena letak luar pagar. Kereta pencuri (kelisa) tgh berlegar2 lagi tu. Tgh cari port nak parking agaknya.


Last2 dia tunggu, parking seberang jalan sana.


Baik punye parking .


Penuh gaya datang nak mencuri. Aksi berani la kunun nih..

Aksi-aksi mencuri


Time orang dok sibuk sembahyang subuh, dia sibuk mencuri.


20 October 2008

Milo ooo Milo

Malam Jumaat lepas si milo telah memeranjatkan ns. Mulanya dialah jadi peneman ns dok tengah jahit manik kat baju. Asyik la dia dok memandang ns yg tengah menjahit tuh. Jam dah dekat nak pukul 12 malam. Tengah kusyuk ns menjahit manik baju, terpandang milo dah macam pengsan je. Bila ns panggil namanya pun dia tak sedar. Bila ns sentuh si milo ni barulah dia terjaga. Rupanye dia tertido..hehe..sampai mcm tu sekali lah teman ns menjahit sampai tertido. Ngantuk sangat la tu agaknya.


Milo dengan aksi tido baru.


Mcm tengah sujud je ;p


Macam merajuk pun ada...


Ngantuk sangatlah ni. Sian..hehe

13 October 2008

Kisah Raya 2008

Tahun ni tahun kedua ns beraya 'as wife'. Kali kedua juga beraya dengan mertua kat KL, kali pertama haritu semasa raya haji. Sambutan sama saja, bila dh kawin & jadi isteri orang ni, orang pertama harus disalam 'sure'lah suami. Kalau bujang2 dulu ibu& ayah jadi kewajipan pertama. Cuma suasana raya sedikit lainlah, kg dan bandar memanglah lain kan.

Malam raya pertama di rumah mertua ada majlis takbir. Orang masjid akan datang dan bergerak dari rumah ke rumah malam raya tu untuk bertakbir. Pagi raya kami sekeluarga beramai2 ke masjid. Solat hari raya. Lepas tu balik ke rumah bersalam2 dan bergambar. Dulu ns dgr orang kl kata kalau hari raya, orang boleh baring kat jalan raya..heheh..nak cari maut boleh la ek buat macam tu. Hari raya pertama haritu..kami keluar beraya ke rumah sedara2 mertua kat kl ni.Siap jam lagi kat atas jalan raya tu ha..rupanya ramai juga orang beraya kat KL ni. Nak cari ketupat palas pun tak susah kat kl ni. Beli yang dah siap je. Balik cuma rebus. Tu la dulu bila mak suh belajar buat ketupat palas asyik xlulus je. Nak ketupat jantan katanya. Ns pusing2 daun palas tu dok jadi ketupat betina je. Tak pernah lulus sampai sekarang pun. Heheh. Nasib ada yang dah siap kan.

Pagi2 raya kedua ns dengan husband dah bersiap2 nak balik ke Kedah. Lancar betul perjalanan. Takde jam ;p. 5 hari kat Kedah. Isnin pagi kami bertolak balik ke kampung husband di Perak pulak. Tidur semalam kat Perak. Merata2 seluruh pelosok yang sebelum ni ns tak pernah sampai kat Perak ns masuk. Dari Manjung, Trong..Setiawan..Pantai Remis..Lumut, Ayer Tawar, Seri Iskandar, Kuala Kangsar, ke Ipoh dan Majoi. Penat dok dalam kete. Lagi penat dari yang 'drive' tu. Hehe. Puas beraya sakan. Terasa beraya sikit tahun ni berbanding tahun lepas bila ns kena beraya di dalam wad. Meh layan gambar2 yang sempat ns upload kat bawah ni ;p



Three of us..


Meh salam2. Ampunnn bang ;p


Family Sebelah Mertua.


Kakak, abg & Adik2 Ipar.



Abah & mama ;p


Lovely mum..mak ns ;p


Kedah : Raya ke - 4. Dengan Mak, Kak Long, adik na, husband dan anak buah siap2 nak pegi kenduri.


Love All.