18 August 2008

Merdeka....Merdeka....Merdeka... ;p

Balik dari ofis minggu lepas tengok kat depan rumah dah ada bendera. Semangat..semangat..;p hehe. Walaupun ns tak lahir lagi zaman tu, cukup la sekadar paham sikit2 pasal Kemerdekaan negara kita nih. Itu pun sebab ada subjek Sejarah masa belajar kat sekolah dulu. Pastu bila dah koje ni ada kursus BTN pulak. Nak cakap hal politik nanti gaduh2 pulak. Heheh. Cukuplah demokrasi yang ada sekarang. Pastu kita pilih mana2 yang kita suka. Kita masih aman damai kat negara sendiri. Apa-apa pun ns ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 pada semua. Cara ns sambut hari Merdeka ialah dengan BALIK KAMPUNG..jumpa mak/ayah serta sanak saudara dikira sambut merdeka juga kan..:)

14 August 2008

Serah Tugas

Dah hampir dua bulan en. abg menanggung tugas-tugas ns di rumah. Baik kerja di dalam dan luar. Sebelum ni en. abg setakat tolong2 je. Sekarang ni keseluruhanya en. abg yang kena buat. Tapi ok juga, baju-baju yang en. abg 'seterika' selalunya 'lentik-lentik' dari yang ns 'seterika' ;p. Mungkin itu seni orang lelaki bila diorang buat keje. Bak kata en. kemat dengan seni memasaknya. Dan bila malam menjelma pulak en. abg kadang2 akan menjadi tukang urut yang profesional. Bestkan jadi perempuan. Kami ni insan yang lemah ;p.
Hari-hari yang ns lalui dua tiga menjak ni macam baru turun dari 'rolerkoster'. Dari pagi sampai ke malam. Harap-harap sekejap je. Dan harap2 juga en. abg akan serasi dengan tugas baru ni. Hehe..


11 August 2008

Tag dari Akak Shopforshoppers

Antara soklan-soklannya ialah ;-

1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more important to you?
Ns Jawab : Ns pilih Picture. Sebab picture tu boleh mengambarkan perasaan kita.

2. What's your favorite kind of cake?
Ns Jawab : Ns tak suka mana2 jenis kek.

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
Ns Jawab :Buy them..

4. What's your favorite holiday?
Ns Jawab : Mana2 percutian dengan husband and family.

5.Are you going on holiday this year? If so, where?
Ns Jawab : Ns teringin nak ke MESIR.

6. What was the best party you've ever been to?
Ns Jawab : Ns tak pernah berparty pun sepanjang umur 27 setakat nih.

7. If you are married, describe your wedding. If not, what would your ideal wedding be like?
Ns Jawab : Ns tak pernah impikan mana2 konsep perkahwinan. Cukup sekadar semuanya selamat dan berjalan lancar.

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
Ns Jawab : Ns rasa sepanjang ns dengan husband selalunya romantik. heheh.. (kecuali time ns naik angin la ;p) and time nak g keje kot salam2 , peluk2..cium2..ahaks..ekekek.

9. What's your favorite girl's name?
Ns Jawab : Ns suka dengan nama alisa, zara & qistina.

10. What's your favorite boy's name?
Ns Jawab : Mohd Adib, Hakim & Sofi

11. Which celebrity would you like a dream date with?
Ns Jawab : Maria Sharapova ;p. Minat sgt dgn dia nih..

12. Which female celebrity do you find beautiful?
Ns Jawab : Nasha Aziz

13. Which male celebrity do you think is attractive?
Ns Jawab : sapa2lah ek..hehe

14. What is your best character trait?
Ns Jawab : Pendiam & Pemalu kot..degil pun ada sikit.

15. What is your worst habit?
Ns Jawab : Sensitip ;p

04 August 2008

Hari Minggu di Kuantan

Petang Jumaat lepas ns dgn family mertua ke Kuantan, memenuhi jemputan kenduri kawin. Anak kepada uncle Kasim. Ns dengan husband wajib pegi ni, sebabnya uncle Kasim ni lah yang sponsor pakej honeymoon kitaorang di Laguna Redang setahun yang lepas. Orang dah berbudi kan. So, memang kena pegilah. Di Kuantan kami stay kat rumah adik emak mertua ns di Alor Akar. Dekat sangat dengan Teluk Cempedak. Dalam 4-5 minit je. Ns memang suka laut & pantai. So, peluang ni mmg ns tak lepaskan. Kul 9 pagi kami dh ke sana. :)


Anak mat Saleh ni dah tak larat ikut mak dia jalan agaknya. Sampai kat tempat kami duduk, dia berhenti terduduk. Nama dia Thomas. Sempat kami kaco2 dia. Teringat kartun kat Astro..Thomas & Friends ;p

Kul 9 lebih dah panas terik..


Dengan Dina, anak kakak ipar ns.

Pertama kali ns sampai ke Teluk Cempedak ni. Macam tak sesuai nak mandi je kat sini. Ombak giler kuat. Maybe sebab open sea, Laut China Selatan kan.

Mulanya ns posing kat tempat lain. Tetiba budak jaga kedai ni suh ambik gambar kat patung2 otoman ni semua, heh..;p


Husband ns dgn anak buahnya..dina


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JJ Boyz..

Lepas makan kenduri di Bukit Setongkol, Kuantan. Kami singgah ke rumah sepupu husband, Kak Hanis. Anak kepada rumah kami stay kat Alor Akar tu. Rumahnya di Bukit Istana rasanya..ke Istana Permai ntah. Lupa..tapi dekat dengan IIUM lah, dia lecturer kat situ. Haa, rumah dia ni lagi banyak kucing. 7 ekor semuanya. Satu bilik berhawa dingin penuh dengan 7 ekor kucing. Hebat tul kucin2 tu dok dalam air cond lagi. Dua2 suami isteri suka kucin. Dua2 educated. Study kat oversea. Yang bestnya diorng jumpa dalam laman web chatting bila masing2 balik m'sia nih. Jumpa terus kawin. Hanya kerana masing2 suka buku cerita yang sama. Huh romantik betul ;)



Ni la JJ boyz tuan dia panggil. Paling friendly. Bulu dia..hmm..gebu and lembut betul.


Suka tul dia dok atas rumput nih.


Tengok bulu kat ekor dia tuh, kembang semacam je.

Huh..kalau milo ns tengok ns dok main2 dengan kucin nih. Maunye dia merajuk seminggu tak makan. heheh..jealous..;p


Huhuhu..ni pulak si comel milo ns, ekekek..


Masa ni on the way nak balik Kl dah. Kami singgah di Gambang dulu. Datang Kuantan mesti singgah sini. Beli buah tangan balik Kl. Sebelum balik makteh dah pesan, balik awal. Katanya highway LPT antara Maran dengan Gambang tu tempatnya keras sikit kalau waktu malam esp kalau waktu peralihan hari kul 12 tgh malam tu. Jalan lama pun sama katanya. wallahualam..Tapi kalau waktu malam highway tu memang xbanyak keretalah. Boleh kira. Alhamdulillah kul 10 lebih kami dah selamat sampai kl.


Antara buah tangan yang boleh dibawa balik ke KL.