Memang sudah lama terniat nak ke i-city buat kali kedua. Dulu hanya tengok pokok-pokok yang berlampu di waktu malam sahaja. Sekarang banyak tempat-tempat menarik di i-city telah dibuka pada waktu siang. Macam-macam ada seperti Waterworld, Snow Walk, Trick Art Museum, Kidz World dan banyak lagi tempat menarik yang lain. Lagi pulak dari Saujana Utama, Sg. Buloh nak ke Shah Alam tu tak sampai 1 jam pun.
Ini destinasi utama kami ,Trick Art Museum. Harga tiket nak masuk ke Trick Art Museum ni berharga RM5 seorang.
Ini Destinasi kedua, Jurassic & Ice Age. Nak masuk ke sini pula jena bayar tiket berharga RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Apabila melangkah masuk ke tempat Dinasour ni, anak ns dah ajak keluar balik. Takut pulak dia disebabkan Dinasour ni bergerak-gerak dan berbunyi-bunyi. Tadi beriya-iya nak masuk tengok Dinasour. Sudahnya terpaksa berdukung sehingga keluar. Alahai adieb, jangan buat pasal dah bayar mahal nak ajak keluar macam tu saja :)
Tempat ni sesuai untuk bawa anak-anak bermain-main kalau cuti sekolah. Mak & Ayah juga boleh release tension. Nak merasa dan bermain salji pun tak perlu nak ke luar negara atau naik ke Genting lagi dah. Boleh ke Snow World di sini ;)
2 comments:
bestlah.... macam main2 pulak
@maksu
Memang best maksu..teruja sekejap ..hehe
Post a Comment