31 March 2011

Mac

Mac sudah berakhir. Mac bagi saya & suami sangat bermakna. Antaranya Hari Ulangtahun perkahwinan kami pada 9 Mac 2007 dan kelahiran Adieb pada 6 Mac 2009. (Alhamdulillah di atas segala kurniaanMU Ya Allah)

Di tempat kerja, Mac tahun ni saya mendapat Pn. Bos baru. InsyaAllah, saya cuba menanamkan sikap untuk bekerja dengan sikap yang terbuka. Menerima beban kerja yang diberikan, walaupun kadangkala diluar kemampuan dan level diri saya. Menerima seadanya keadaan Bahagian kami yang hanya beberapa kerat kudrat sahaja berbanding dengan kerja yang perlu kami buat. Mungkin Pn. Bos lebih pening rasanya.

Di rumah pula, terdapat beberapa buah buku yang masih tertangguh untuk saya habiskan. Semuanya hasil pinjaman saya dari Perpustakaan. Sudah 2 kali saya buat permohonan untuk lanjutkan tempoh peminjaman ;). Buat sementara waktu saya bekukan dana untuk membeli buku. Sehinggalah sampai tarikh Pesta Buku April nanti, insyaAllah..saya kembali membeli buku.

Adieb Farish





Sekejap saja masa berlalu. Putera saya & suami sudah berumur 2 tahun. Sakit bersalin....ermmm..masih segar diingatan ;). Kenangan yang sangat indah.

18 March 2011

'Work Mama'...bak kata adieb.


Letih lah dengan kerja di ofis.... (nak tukar bahagian rasanya....)



11 March 2011

Di Bawah Lindungan Ka'abah.

Memang tak sia-sia saya ke Kementerian semata-mata hanya nak ke Perpustakaan untuk cari & pinjam buku ni (itu pun setelah berbalas email dengan pustakawan di sana). Dan juga sempat saya mintak dia perbanyakkan lagi (kalau boleh lah) buku-buku dari Indonesia di perpustakaan ;)

Buku ni mengisahkan antara Hamid & Zainab yang meruntun hati saya. (Lagi-lagi sambil diiringi nasyid Ilaika - Haddad Alwi). Sebak rasa di dada . Saya tak pasti saya baca edisi asal atau pun tidak. Setebal 84 muka surat. Mungkin satu hari saja boleh dihabiskan (bagi mereka yang laju membacalah). Untuk diri saya pula, satu hari setengah saya ambil untuk dalami karya dari Buya Hamka ini.

"Allah adalah Maha Adil. Jika sempit dunia ini bagimu berdua, maka alam akhirat adalah lebih luas dan lapang, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabaranya ; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan tonil (sandiwara - merujuk di sini). Selamatlah, moga-moga Allah memberi berkat atas jiwamu dan jiwa Zainab ."