23 December 2011

Ini Adieb


Ini Adieb Farish.

Di rumah.

Suka menolong mama dia esp bila melipat baju. Pilih baju dia sahaja pulak tu untuk dilipat. Gaya beria-ria macam betul-betul lipat. Padahal ponyok-ponyok dan gulung-gulung. Tak apa adieb asalkan niat nak tolong mama lipat baju dah ada..hehe..

Di pekan Kodiang.

Tengah tunggu 'pasembor' untuk dibungkus. Adieb layan 'peberet' dia dulu.. iaitu aiskrim. Kalau mama dia beli barang dapur banyak, dia dalam troli pot pet pot pet. ' No banyak-banyak mama..mahhaall ni (suka cakap double 'h'). Kalau nak suruh belikan mainan dia pulak, asyik tanya mama dia, 'mama dah dapat gaji ke, nak meenan (mainan)'..aduyai anak aku ni.

Di Saujana Utama.

Adieb dan atuk. Suka la tu bila atuk dia bawa berjalan. Nak ke 99 Speedmart. Baru lepas meneman abah dia ke Klinik. Hari ni abah dia MC, tekanan darah rendah pulak kata DR. Sian abah... mama pulak kena drive sendiri dari Sg. Buloh ke Mines 2..huhu..jauh..


15 December 2011

Catatan Pendek

Satu catatan untuk hari ini.

PadaMU Ya Allah, aku memanjatkan syukur di atas perkhabaran gembira pada pagi ini.

Syukur dengan nikmat yang Engkau berikan ini.

Dan tak lupa juga, ucapan terima kasih kepada Pn. Bos.

Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama juga, rakan-rakan rapat ns pun mendapat rezeki yang sama. Tahniah juga untuk rakan ns di atas kenaikan ke jawatan baru J48 dan J36. Sama-samalah kita bekerja dengan lebih baik :).


13 December 2011

Jatuh Cinta

Ya. Saya sudah jatuh cinta dengan karya Mitch Albom. Kebetulan pada jumaat beberapa minggu yang lepas saya menghabiskan masa rehat di Gramedia The Mines. Banyak potongan harga yang ditawarkan, bersempena perpindahannya keluar dari The Mines (Entah ke mana pula lepas ni). Secara tidak sengaja saya terjumpa & membeli buku karya Mitch Albom. Bermula dengan buku pertama Tuesday With Morrie. Saya kutip banyak pengajaran dari Professor Morrie Schwartz. Memang terlalu saya suka.


Dan sekarang, saya dalam usaha untuk mendapatkan bukunya yang kedua, 'For One More Day'. Mungkin tunggu gaji & bonus masuk dulu baru beli ;)

25 November 2011

Pindah, Pejabat Baru dan Buku Baru.



Hari ni jumaat merupakan hari ketiga kami di Pejabat baru di Mines. Penat berpindah masih belum hilang. Suasana di dalam pejabat pun masih dalam keadaan huru hara. Perjalanan dari rumah ke pejabat pula menjadi semakin jauh..(sabarr je lah..).

Tengahari tadi sempat ke Gramedia di Mines, dan inilah hasilnya... Derik Keresik - Faisal Tehrani, Memaknakan Cinta - Salina Ibrahim dan Tuesdays With Morrie - Mitch Albom. Hari minggu ni dapatlah mengulik salah satu dari tiga buku ni.




Publish Post

10 November 2011

Tanpa Tajuk

Ketenangan


Dah lama saya idamkan dan cari scene macam ni untuk di shoot.
Ketika berjalan ke Kuala Perlis petang Selasa lepas, sempat saya mengambil gambar auntie ni ketika dia sedang berehat di depan kedai.
Tak sempat keluarkan DSLR, cepat-cepat keluarkan hp, itupun lampu merah dah bertukar hijau.


20 October 2011

Perjalanan





Perjalanan ke Pejabat di Pusat Bandar Damansara.

06 October 2011

Kami


Buat masa sekarang ni, mood menulis blog adalah disertai dengan gambar-gambar ;).
Adieb, abah dan mama. Kami masing-masing dengan 'port' melepak tersendiri di rumah. Ikut mood dan masa. Kadang bersama-sama, kadang menyendiri pula.


Ini adalah tempat untuk si adieb melayan DVD dan cerita-cerita kartonnya. Selalunya di sebelah malam kami menonton bersama-sama di sini. Saiz tv pun comey, sesuai dengan dia. Asalnya tempat ini adalah tempat ns meletak segala benda mak nenek buku dan komputer.

Buku ns pun dah merata ceruk disumbat. Ada sesetengahnya disusun dan disimpan di pejabat. (p/s untuk abah adieb - maknanya kena belikan rak buku lagi utk mama ).



Bilik si adieb. Untuk mengelakkan barang mainan dia berselerak kat mana-mana, ns letakkan semuanya kat bilik dia. Kalau dia tak melayan tv comey tu, kat sinilah tempat dia main ;). Berselerak pun tak apa, dalam bilik kan.



Disebabkan tv comey si adieb dah mengambil alih tempat asal meja komputer ni, terpaksalah meja ni diubah dan dimasukkan ke dalam biliknya. Inilah tempat untuk abah dan mama berinternet. Kalau dua-dua nak guna salah sorang terpaksa ber 'netbook ' lah.


Akhir sekali, ini pula tempat untuk mama dan abah adieb layan tv. Bersantai dan membaca. Bersenang hati, kalau tidak..siang malam abah dan mama terpaksa ikut selera adieb melayan cerita karton.

Walau apa pun, rumah kita adalah yang terbaik untuk kita dan keluarga berehat bersama ;)

Tahniah Untuk Rakyat Selangor

Tahniah sebab ada Perpustakaan' cantik & moden' . Sekadar berkongsi di sini tentang email yang ns terima dari rakan tentang Perpustakaan di negeri Selangor. Perpustakaan ni merupakan hadiah dari Sultan Selangor kepada rakyat Selangor (Kalau tak salah). Bestkan. Bila tengok foto-foto seperti di bawah ni memang memberi kepuasan kepada sesiapa yang berkunjung ke sana. Pelbagai sudut disediakan untuk semua peringkat umur. Tahniah untuk rakyat dan negeri Selangor. Termasuklah ns yang sudah bermastautin di negeri Selangor ni, hehe ;).

Walaupun ns belum berkesempatan menjejak kaki ke sana, InsyaAllah satu hari nanti akan sampai juga. Rumah pun boleh dikira dekat sebenarnya. Tak sangka akan ada perpustakaan bertaraf macam ni. Semoga dengan tersedianya kemudahan awam seperti perpustakaan 'cantik' macam ni dapat memupuk minat membaca kepada orang ramai.


Bangunan Perpustakaan yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.










04 October 2011

Frame

Cerita ni dari dua tiga minggu yang lepas. Ketika meluangkan masa sekejap mengodek dan berjalan ke blog rakan-rakan. Terjumpalah satu blog pasal tempahan buat frame gambar. Memang menarik. Selama ini pun memang ns tengah mencari-cari untuk print dan buatkan frame macam blog tu. Harga pun tak mahal sangat, rm65 untuk bersaiz A3. Boleh pilih samaada nak warna sephia @ black & white :). Seeloknya gambar potretlah. Tanpa berlengah, ns pun hantarlah dua keping gambar untuk diprint. Hasilnya seperti gambar kat bawah ni. Sekarang ni pulak tengah tunggu satu lagi frame siap. Gambar potret adieb juga, dalam bentuk black & white pulak ;)

Sesiapa yang berminat bolehlah tempah kat sini > FrameKasih


30 September 2011

Berpanas


balik dari sini lah ns terpaksa menelan 2 biji panadol
(site meeting projek di klang)

04 September 2011

Raya ke Lima


Perjalanan tanpa dirancang.






15 August 2011

Ramadhan


Ini catatan pertama saya mengenai ramadhan.
Lagi empat belas hari ramadhan tahun ni akan berlalu meninggalkan kita.
Sayu rasanya.
Entah di masa-masa tahun akan datang dapat merasai dan melaluinya lagi atau tidak.
Semoga ramadhan kali ini tidak berlalu sia-sia.

10 August 2011

Fadhilat Bersedekah.

Fadhilat Bersedekah.

(Buku : Fazilat Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan)

1. Hadis daripada Abu Hurairah, katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, Jangan kamu tolak yang meminta walaupun dia kafir. Kata seorang sahabat, Ya Rasulullah! bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir? Jawab Nabi : bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman!.

2. Dari sebuah Hadis mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri), maka Allah menyuruh datang Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang diantara masriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalau menyeru ahli rumah itu, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari tersebut inilah rezeki bersamaku dari Syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Apa Surat itu? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka.
Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya, tertulis di dalamya :

" Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka'.

Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku - gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Muhammad terlepas daripada Neraka. Kata Jibril : Allah utuskan, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan (kenduri) itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan (kenduri) itu. (Dari Kitab Raudhul Ulama')

3. Yang lebih afdal bersedekah ialah barang yang disayanginya. Firman Allah ertinya : Tidak kamu peroleh kebajikan sehingga kamu belanjakan (sedekah, hadiah) dari apa yang kamu sayangi. (Al-Quran).

4. Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun. Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah. Apabila datang peminta sedekah kepadamu, janganlah ditolak akanya dengan jahat walau sedikit pun. Berbahasalah dengan manis muka. Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahal sedekahmu itu walaupun sedekahmu itu separuh daripada hartamu. Dan jangan kamu menolah orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukanlah manusia, hanya jin yang hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi oleh Allah daripada nikmatNYA (rezeki) kepadamu. (Al-Hadis)

5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan (Al-Hadis)

6. Kata Ulama : Sedekah itu 10 kepujian (5 di dunia dan 5 di akhirat).

(5 di dunia : mencucikan hartanya, mencucikan badannya, menolak bala dan penyakit, menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal dan berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya)

(5 di akhirat : dinaungkan Allah orang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas.


06 August 2011

Mishary Rashid Al-Afasy

Mishary Rashid Al-Afasy...dia merupakan Reciter pilihan kalau ns mendengar bacaan Al-Quran di Quran Explorer. Dengan kelunakan suaranya memang menyentuh hati, sayu rasanya. Selain bacaan Al-Quran, nasyid-nasyid beliau juga memang menyentuh hati, boleh menangis bila dengar di malam-malam hari. Subhanallah...



Surah Al-Mulk..Merdu sangat..



Antara nasyidnya - Welcome Ramadhan




Nasyid yang banyak pengajaran dari Meshary Alarada Tentang Kematian.

Ya Allah..semoga bertambah ketaatanku kepadaMU Ya Allah..Amin...


05 August 2011

Selingan


Dalam pada tengah siapkan minit mesyuarat semalam, sempat ns menjengah blog ni sekejap. Kadang-kadang tu bila nak buat minit pun kena tunggu mood juga kan..;p. Tiba-tiba teringat benda makan yang diorder /request tadi..bulan puasa kan..terpikir makanan pulak..

Tengah hari tadi dapat panggilan dari mak. Katanya sepupu ns yang berniaga ikan di Pasar Tani Taman Melwati (Sabtu) dan Pasar Tani Danau Kota (Ahad) ada di rumah. Petang nanti dia akan bertolak bersama-sama lori & hasil-hasil laut dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Mak tanyakan samaada ada apa-apa nak dikirim. Ns pun sebutkanlah benda -benda yang diidam-idamkan di bulan puasa ni..;) Hehe..bukanya tak boleh dapat di KL ni, cumanya macam rasa lagi sedap kalau datang dari kampung..yang mak kirim.(Mengada betul).




Pucuk Betik.
Ni ulam kegemaran ns. Kalau balik ke kampung, ns akan keliling rumah sambil bawa besen cari/kutip ulam-ulam ;p. Di kampung setiap hidangan mesti ada ulam. Pucuknya sedap direbus, letak garam sikit dan dijadikan ulam. Bunganya pulak boleh direbus @ dimakan mentah saja.



Rebung Rebus.
Ni pun best juga. Dibuat ulam cicah sambal belacan (kalau sebelah utaralah) dan juga boleh buat gulai (kari) campur daging. Nyumm..nyum..hehe.



Pekasam Ikan Puyu (Gambar ni bukan ikan puyu) * ambik dari google

Ni antara pembuka selera bila waktu bersahur bersama telur masin. Digoreng dan dimakan bersama nasi panas-panas...uhhh..sedap ;p.

Sesekali menjamu mata di bulan puasa ;)