18 June 2010

Cerita Buku Lagi.



Hari ni saya menambah buku lagi. Walaupun dalam fikiran saya terlintas bila la nak mencuri masa untuk membaca buku-buku yang baru dibeli ni dan juga menghabiskan baki bacaan saya pada sebuah buku yang sedia ada . Ditambah dengan kesibukan mencuci & proses nak masuk rumah. Tamak agaknya. Kesempatan untuk meneman kawan ofis ke Sogo tengah hari tadi saya melencong ke Pustaka Mukmin sekejap di Jalan TAR. Puas juga meronda-ronda di Jalan TAR sementara menunggu Kedai Buku dibuka semula jam 2 petang. Maklumlah sembahyang Jumaat. Mujurlah saya dah senaraikan buku apa yang cadang nak beli. Kiranya tak banyak buang masa mencari/belek-belek dalam kedai. Bagi je kertas senarai tu dekat pekerja kedai tu. Memang jenis saya (baru je) akan membaca komen dan ulasan-ulasan dari di Goodreads atau di blog-blog dulu sebelum membeli. Selalu juga sebelum ni saya terbeli buku yang tak berapa menarik. Sudahnya saya baca separuh jalan saja. Buku-buku baru yang saya beli kali ni nipis-nipis sahaja. Harap-harap satu hari bolehlah habiskan satu buku. InsyaAllah entry baru nanti saya nak cuba buat ulasan.
Antara buku yang baru dibeli :
1. Dari Semenanjung Gaza : Ayat-Ayat Allah Berbicara
2. Rumah Yang Disukai Malaikat Rahmat.
3. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.
4. Kaum-Kaum Yang Pupus.
5. Dimanakah DIA dihatiku.

5 comments:

aidura sofiee said...

buku #5 tu best tak?

nampak kat bookstore hari tu tapi tak beli...

ns said...

> aidura sofie - buku tu belum baca lagi. Tapi baca komen dari member goodread mcm menarik. skrg baru baca buku no. 1 ;p

Mak Su said...

nipis yang bermakna

Edy Ramanov said...

teringin sangat buku edy ada kt pasaran sana.
Aiz Batu Campur - Tips Nak Hati Senang

ns said...

>Maksu - betul tu maksu

>Edy Ramanov - InsyaAllah sy akan berkunjung ke sana :)TQ