10 December 2008

Baby Stuff - Persediaan skit2

Semalam ns masih di kampung waktu2 macam ni, hari ni dh kat ofis. Tapi hati ni macam masih tertinggal di kampung. Ambik masa sikit nak bawa hati ni balik kl. Hehe.

Dah jadi kebiasaan kot, kalau first time pregnant ni selagi tak bersalin mesti asyik dok citer pasal pregnant & persediaan nak bersalin. Bila baby dah keluar citer pasal baby pulak kan. Semalam masa kat Kampung mak ajak g rumah jiran depan rumah. Jiran tu pulak bidan kampung. Kami 4 beradik dari 5 memang bersalin dengan bidan ni dulu2 kat rumah. Tak pegi Spital pun. Semalam sesaja mak ns ajak pg 'scan' kat bidan ni pulak. ' Scan' tak pakai mesin 3D or 2D pun. 'Scan' guna tangan dia je. Pegang kat perut ns ni. Hehe. Dia kata baby dah besar ni, dah 7 bulan. Tapi perut ns kecik je. Ikut mak barangkali. Confius pulak ns ni, check up dekat DR moden ni dia kata baru 6 bulan. Pastu DR tu cakap kadang2 awal 2/3 minggu. Ermm..ns tak kisahla ns dah berapa bulan pun janji ns selamat bersalin sudahlah.

Start bulan lepas, bila dah tau jantina baby, ns dengan husband dah mula beli barang untuk baby nih skit2. Mulanya budget bulan lepas dalam RM100 je. Alih2 seratus lebih juga. Geram punye pasal tengok barang2 baby yang kiut2 je nih. Beli yang penting2 je dulu. Ikut pesan orang tua. Hehe. Baby nih cepat membesar. Tapi bulan ni mmg kena beli byk skit rasanya. Boleh tahan juga harga2 baju tuh walaupun kecik2. Bulan ni boleh budget lebih skit, sebab dapat bonus. Kawan2 ns kata, bila dah ada anak ni, budget akan lebih ke anak je..tak kira la baju ke..atau ape2. Mesti dahulukan anak. Rasanya betul kot. Hehe. Ns pun dah rasa skit2 dah ni ;p. Bila shopping barang2 baby hilang perasaan takut nak bersalin. Huhu..macam mana la sakit nak bersalin ni kan. Bila dipikir-pikirkan takut. Dulu dah pernah rasa sakit nk 'miscarriage'. Sakit bersalin tak tau macam mana rasanya. Harap2 sakitnya tak lama and ns bersalin dengan selamat. Amin..


Antara yang sudah dibeli. Banyak lagi kena tambah.


Baru 3 pasang..kena tambah lagi nih.

Kotak ni, dapat hadiah masa kawin. Sekali pink kaler daa..hehe..lari tema nih ;p


Comel2 je. Tu pasal budget boleh lari. Geram punye pasal.



Adidas Infants Superstar Sneaker ni - kena beli juga nih ;p


03 December 2008

Ns Bersama YB ;p


Tarraa...sempat bergambar dengan Nurul Izzah. Haihh..apesal sengih jadi len macam je nih..huhu




Semalam 2 Disember 2008 bertempat di Loji Rawatan Kumbahan Pantai (Pantai Dalam) berlangsungnya majlis perasmian loji baru bagi pakej JBIC Fasa 1 ni. So ramai la jemputan VVIP, VIP dan tak berapa nak VIP. Majlis ni dirasmikan oleh Timbalan Menteri kitaorang ni, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Antara lain yang VVIP, tentulah wakil rakyat kawasan Lembah Pantai kan. YB Muda nih. Disebabkan kat ofis bahagian ns ni urus pasal jemputan, haruslah bergambar dengan dia nih sebagai kenang-kenangan kan..hehe. Antara kawan2 blog a.k.a member ofis ns yang terlibat sebagai 'usherette' ialah Cik Yun & Cik Qamar ;p.



01 December 2008

Jalan-Jalan : Melaka 29 Nov 08

Pagi Sabtu lepas, celik je mata cakap kat husband ns jom g jalan2. Malam tu takde mimpi ape2 pun, ntah tetiba pagi2 dh ajak g berjalan. Mulanya ns bagi cadangan nak ke Cameron Highland. Husband ckp jauh sangat tu. Dah separuh jalan nak balik Kedah. So, ns ajak ke Melaka je..janji berjalan,heh.. dulu pernah plan nak jalan2 ke Melaka, tapi tak jadi. Kali ni kena bagi jadilah. Hubby bagi persetujuan. Dalam pukul 11 tengah hari kami baru gerak keluar rumah.

Ns teringin nak ke A Famosa sebenarnye. Tempat macam pekan koboi tu. Malam2 ada pertunjukkan. Sekali hubby ns ingat Kota A Famosa daaa, huhu..dah terlepas la simpang nak masuk ke A Famosa tuh. Terus ke bandar Melaka. Takpelah..janji sampai Melaka juga. Bila g Melaka tak sah la kalo tak ke Dataran Pahlawan kan..esp..Joker Street, Melaka River Cruise, Kota A Famosa..naik beca..Muzium Kapal & menara Taming sari. Eye on Malaysia dah naik masa kat Tasik Titiwangsa. Penat kaki ni jalan. Orang kata time pregnant kena byk berjalan kan..senang nk bersalin nnti. Oleh sebab itu ns ambik inisiatif pi berjalan2 ke Melaka ni..heheh (konon la..). Jalan punye jalan sampai rumah 10.30 malam.Jom layan gambar2 kat sana ek ;)



Dah nak sampai dah.. lepas dah simpang 4 & Tampin nak ke A Famosa tuh..



Huhh..garang betul muka KD Malaya tu ek



Haaa..KD Malaya ni muka dia ok sket..



Jamu mata je..xbeli ape pun.


Besar betul...kapal tu, bukan perut ns..;p



Sian dia nih, rambut dah panjang dah..xsempat potong ke


Disamping Ibn Batuta.. harap2 baby ns ni ikut jejak dia skit2, hehe


Apekenama dia nih ntah..marco polo kot..



Eloo..elooo..;p (Dalam Muzium TLDM)


Kota A Famosa


Ntah apa nama dia nih ntah..





Kapal..tak ingat la apa nama muzium nih..



Abg & adik beca..

Ns pernah dengar cerita, batu-batu kota A Famosa ni adalah dari Runtuhan Masjid2 yang dirobohkan pada zaman kejatuhan kota Melaka tuh. Ns tak tahu fakta ni salah ke betul.

Muzium TLDM