26 February 2008

::CUTI REHAT a.k.a CUTI MENGUNDI::

Sejak akhir-akhir ni sibuk pulak dekat ofis ni. Mengalahkan pejabat SPR pulak dekat2 nak mengundi nih. Tak dan (tak sempat) nak masukkan en3 baru. Dalam sibuk2 tu aku mohon cuti, lama...dari 6hb hinggalah 14hb Mac. Dan cuti aku dah pun diluluskan. Yeaa...Terima kasih Puan Bos.

'Cuti lama nak balik berkempen ke'.tanya si X.'Ha, ni mesti puteri Umno ni'..tegur si Y
( eheh..tolong la aku xminat jadi puteri2 jelmaan nih ).
Semua soalan pasal mengundi aku terima. heheh. Aku sebenarnya dah booking tiket flight ke Kedah pada 6hb tu sbbnya hanya pada tarikh tu AirAsia bagi murah.:D dan yang paling penting 9 Mac aku akan menyambut ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. Ermm..dah setahun aku kawin. Cepat betul masa berlalu. Kebetulan pulak tarikh ulangtahun aku hampir dengan tarikh mengundi tahun ni.

Akhir kata jomlah kita mengundi beramai-ramai
dan jangan lupa claim ye..hehe.(errkk..nekad aku xnak mengundi hari tu kena dibatalkan atas sbb2 tertentu..) :D Selamat menunaikan tanggungjawab.

2 comments:

Dong said...

wah..bagus. selamat mengundi

yun said...

eh dh nk sthn kawen ek. betoi la rasa mcm br je lg hehe. anyway happy anniversary in advance to u both