28 February 2008

::METROJAYA PRE-STOCK TAKE::

Semalam husband cuti. Selalunya bila dia cuti aku jadi bos. Pergi dan balik kerja akan dijemput. Bestnye kalau hari-hari macam ni.:D Boleh duduk sebelah je. Tak payah nk tekan-tekan pedal 'klas' dengan minyak bila menempuh kesesakan jalan Kuching pada waktu pagi.
Lepas kerja semalam kami ke Midvalley. Tak ada plan pun nk ke sana. Saje berjalan-jalan, memandangkan aku habis kerja pukul 4.30 petang. Husband ke kedai sukan di tingkat atas midvalley. Kebetulan pula semalam metrojaya ada buat penghabisan stok. Yang dibenarkan masuk hanya yang ada MJ kad. Kes-kes 'kebetulan' macam ni lah yang boleh membuatkan aliran wang kita keluar. Hajat di hati aku hanya untuk 'tengok-tengok'. Tapi disebabkan untuk 'tengok-tengok' dari mata turun ke hati kata orang.Dalam dok 'tengok2' tu terbeli juga. Bukan baju kerja. Baju untuk outing. ...heh.. Aku memang kuat shopping. Yang bestnye dekat Santa Barbara ada jual Polo T-Shirt untuk Couple. Terima Kasih ye abg.hehe.Lain kali kita pergi lagi ye..:D




26 February 2008

::CUTI REHAT a.k.a CUTI MENGUNDI::

Sejak akhir-akhir ni sibuk pulak dekat ofis ni. Mengalahkan pejabat SPR pulak dekat2 nak mengundi nih. Tak dan (tak sempat) nak masukkan en3 baru. Dalam sibuk2 tu aku mohon cuti, lama...dari 6hb hinggalah 14hb Mac. Dan cuti aku dah pun diluluskan. Yeaa...Terima kasih Puan Bos.

'Cuti lama nak balik berkempen ke'.tanya si X.'Ha, ni mesti puteri Umno ni'..tegur si Y
( eheh..tolong la aku xminat jadi puteri2 jelmaan nih ).
Semua soalan pasal mengundi aku terima. heheh. Aku sebenarnya dah booking tiket flight ke Kedah pada 6hb tu sbbnya hanya pada tarikh tu AirAsia bagi murah.:D dan yang paling penting 9 Mac aku akan menyambut ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. Ermm..dah setahun aku kawin. Cepat betul masa berlalu. Kebetulan pulak tarikh ulangtahun aku hampir dengan tarikh mengundi tahun ni.

Akhir kata jomlah kita mengundi beramai-ramai
dan jangan lupa claim ye..hehe.(errkk..nekad aku xnak mengundi hari tu kena dibatalkan atas sbb2 tertentu..) :D Selamat menunaikan tanggungjawab.

20 February 2008

GOTONG ROYONG

Pada ketika ini dalam ofis aku sedang bergotong royong.
Sempena 'restruktur' semula Jabatan.
Ini dah kali keberapa 'restruktur' dah..asyik tukar-tukar.Memenatkan betul..
Aku bukan tak nak tolong. Aku bukan curi tulang.
Aku rehat Kejap. Tadi dah tolong sikit.
Sejak lepas aku keguguran tempoh hari, aku dah tak sekuat dulu.
So, bagi 'chan' lah aku rehat.


18 February 2008

KISAH SABTU

Sabtu lepas aku berkesempatan tengok bola dekat stadium Shah Alam. Selangor vs UPB Myteam. Tak menarik perhatian aku sangat sebenarnya. Tapi disebabkan myhusband mengajak , aku turutinya ke stadium. Hasrat dihati nak tengok siaran langsung Pasukan Negeri aku bertemu P.Pinang. Tak kesampaian.

Sebenarnya myhusband dilahirkan di negeri Perak. Disebabkan hanya 3 tahun sahaja di sana, dan selebihnya dibesarkan di Selangor, dia memilih menjadi penyokong Selangor. viva Selangor katanya..owhh... :D hehe, lupa daratan betul..

Malam tu aku bersama-sama ratusan penyokong 'red giant'.. huhh...

'Bila ye Kedah vs Selangor abg?'..bulan 4 nanti dekat sini katanya.

' Nanti abg kena duduk bersama penyokong Kedah pulak ye.., barulah adil'.. :D hehe


15 February 2008

BONUS

Dari 28882 (Celcom) - 10.58 a.m

Bonus Hari Jadi :
Terima Kasih! Nantikan ganjaran 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke nombor 8pax setelah anda menerima mesej bonus pada harijadi anda.

Bagus tul... Ni lah hadiah 'besday' paling awal aku dapat tahun ni. Walaupun gomen tak bagi bonus, aku dapat bonus lain .
Lagi 2 hari daaaa.....tuo dah.....ishh.

JUMAAT YANG INDAH

Malam tadi genap dua minggu arwah 'tok' pergi. Tok dijemput pergi buat selama-lamanya pada Khamis malam Jumaat. Teringat saat-saat 'tok' di hujung nyawa..sedihnya rasa pada masa tu. Besarnya Kuasa Yang Maha Esa.

Dalam tidur aku malam tadi aku mimpi bertemu dengan 'tok'.
Orang kata.., jika dalam mimpi berjumpa arwah, dan arwah tidak bercakap..itu rohnya yang betul... (Wallahualam)...
Rasa terubat sangat rindu aku pada arwah 'tok'.
Pagi ni aku rasa sangat indah.

14 February 2008

GGRRRRR

' Minggu ni abg Cuti hari apa?'...Selasa dengan Rabu..
'Minggu Depan?'..Khamis Jumaat..
'Minggu Lagi Satu?'..Sabtu dengan Ahad... :)

Minggu yang lagi satu tu, bolehlah kita g jalan-jalan, shopping2 ye.

Abg : ' Isnin hingga khamis abg masuk keje pukul 2ptg -11mlm,
Jumaat abg keje malam 11 mlm - 9 pg.
Aku : ' laaaa.....tukar bank lain jelah ,...grrrrrrrr....'

DAH BUBAR DAH

'Kelmarin' Pak Lah dah bubar Parlimen.

Bilalah agaknya hari mengundi ni, tak sabar dah ni. Tapi bukan untuk mengundi, aku nak ambik kesempatan balik kampung, nak jumpa mak/ayah aku. Rinduuuu... Tahun ni aku dah nekad, aku xmau mengundi.

~~~~~<<>>~~~~~~~


Hari ni dekat ofis, Sunyi..

Kata Kawan Ofis, semua tikus-tikus diam je,..walaupun kucing-kucing takda kat ofis. Aku jawab, tikus-tikus ofis ni baik-baik belaka, biarpun kucing-kucing tak ada.Kucing-Kucing tu semua bermesyuarat sambil makan cencalok.

13 February 2008

[ AMALAN ZIKIR HARIAN ]


ISNIN



SELASA

RABU


KHAMIS



JUMAAT


SABTU


AHAD



11 February 2008

[ CINTA LUAR BIASA ]

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala
janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??

[ SERAWAK ]


Tempat : Perkampungan Budaya Serawak & Merdeka Palace Hotel.



^ My Husband..:D



^ Dengan Mertua & Izie



^ Dengan Dina & Danish



^ Family Mertua



^ Also Family Mertua



^ With My Husband


[ KOLEKSI ]

Omnia Crystaline Perfume

Entah sejak bila aku mula minat sangat dengan Jenama Bvlgari ni. Jenis Omnia nih ni aku guna semasa bujang dulu. Bau Perfume Bvlgari nih lain dari yang lain, sebab tu aku suka.


Bvlgari (BLV) Perfume

Jenis ni dah dua kali aku guna. Termasuk sekarang ni. Sebenarnye bau jenis ni lebih best dari Omnia. :D



Sandal Adidas ni boleh dikatakan baru dibelilah juga. Aku memang minat sangat dengan jenama adidas ni. Tapi bukan adidas dari Padang Besar or Bukit Kayu Hitam...ehehe




09 February 2008

[ KERJA ]

Dah hampir tiga tahun aku di jabatan aku bekerja sekarang . Tak sampai setahun daripadanya aku memang betul-betul buat kerja dalam bidang aku belajar dulu -> civil Engineering <-. Selebihnya sehinggalah sekarang ni jauh aku menyimpang dari bidang tuh. Entah macam mana aku tersasar jauh ke part-part QS ni. Semuanya gara-gara struktur ofis yang boleh aku didefinisikan yang 'entahapaapa' nih. Struktur lain, laksanakan lain. Kadang tertekan...nk mengadu/..huh..pada sapalah agaknya. Haritu dalam satu perjumpaan sempena struktur baru yang akan dilaksanakan tak lama lagi. "err...Puan. Bos, kalau ikut struktur ni takada jawatan utk saya dalam bahagian/unit ni..'.Aku ajukan soalan pada puan bos. ' Memang dalam struktur tak ada, tapi 'u' tetap bahagian ni bawah i'...kata Puan Bos. 'Oo...Ok Puan Bos..'

Nampaknya sampai bila-bilalah aku tetap dok Bahagian QS nih.




06 February 2008

[ PEDOMAN ]


Innalillahi wa innalillahi rojiun, datang dari Alloh dan akan kembali kepadaNya, semoga kita selalu menjadi orang - orang yang selalu mengingatNya dan beruntung serta saling mengingatkan.

Tanda 100 hari sebelum meninggal...


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.


Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.


Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.

Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


"Tanda 7 hari"


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.


"Tanda 3 hari"


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


"Tanda 1 hari"


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


"Tanda akhir"


Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

*Sumber : dudung.net

[ 1 FEBRUARI 2008 ]

Jam 12.20 pagi khamis malam jumaat, arwah tok pergi buat selama-lamanya.Mengikut kad pengenalan umur tok ialah 83 tahun.Tok tidak sakit lama, cuma lebih kurang dalam seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah semua anak-anak serta cucu-cucunya berada disisi semasa tok dipenghujung hayat.Aku bersyukur kerana sempat untuk mejaga tok walaupun hanya 2 hari.

Bagi aku, ini kali pertama aku melihat bagaimana keadaan apabila malaikat mencabut nyawa. Betapa siksanya pada masa itu. Sedih dan takut bercampur, timbul keinsafan betapa kerdilnya hambamu ini dengan segala dosa yang telah dilakukan selama ini.Aku berdoa semoga arwah tok dijauhkan dari azab kubur, dari api neraka dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman..AMIN.