Mungkin pernah terjadi pada orang lain. Tetapi kali ini terjadi pada
diri sendiri. Hari ini Rabu 24 April 2013. Kusangka Khamis, ke hulu ke hilir di Pejabat hari ini berbaju batik. Entah apa di fikirkan pun tak tau.
24 April 2013
Buah Tangan Dari Gramedia Indonesia.
Ini adalah antara senarai buku-buku yang saya kirim dengan bos yang bercuti ke Bandung, Jakarta & Jogja, Indonesia. Kesemua kiriman saya ialah lima buah termasuk Rantau 1 Muara karya dari A. Fuadi dan Eliana oleh Tere Liye. Namun yang ada di Gramedia Bandung hanya seperti gambar di atas.Yang lain, katanya belum sampai di Gramedia dan sudah tiada stok.
Kalau saya yang ke sana sudah tentu seluruh pelusok kedai buku yang ada di sana saya masuk mencari buku-buku yang ada di wishlist saya. Apakan daya, nama pun kirim. Terima apa yang ada. Syukur sangat. Lagi bertambah syukur apabila buku-buku ni tak perlu dibayar ;) Alhamdulillah. Kira buah tangan la kot selain buah tangan yang lain (bukan kiriman).
Lepas ini jom memburu buku di PBAKL 2013 pulak.
Terima kasih puan bos ;)
22 April 2013
Pahit Akan Manis Akhirnya
Lama tak menulis. Tak tahu nak mula dari mana. Syukur atas nikmat yang diberikan. Kesihatan juga alhamdulillah, syukur kepadaNYA. Cuma dua tiga menjak ni kerap ke Hospital.
Adieb belum nak jadi abang, kata Doktor. Usia kandungan ns cuma bertahan 8 minggu. Kesudahannya 'Missed Abortion'. Tak apa Doktor, bukan kehendak kita. Allah maha mengetahui segalanya. Hikmah disebaliknya adalah yang terbaik buat kita.
Ini pengalaman ketiga ns 'miscarriage'/'missed abortion'. Kali ketiga mengandung baru Allah hadirkan adieb. Syukur dengan kehadiran si adieb. Kata Doktor, adieb ada pengubat hati dan sunyi mama.
Hari ini hari pertama ke pejabat setelah hampir seminggu berehat di rumah. In sya Allah hari ni ke pejabat dengan semangat yang baru :).
Subscribe to:
Posts (Atom)