27 June 2011

Adieb & Transformers 2

Boleh dikatakan sudah hampir seminggu lebih adieb asyik layan cerita transformers 2 ni di tv. Dalam sehari siang malam pulak tu. Tahu pulak dia cari pen drive mama dia cucuk-cucuk dekat tv tu. Asyik dok depan tv je, senang juga nak mengemas :).

Pagi sabtu lepas, bawalah dia ke Parkson Selayang, jalan-jalan cari barang baby, hadiah untuk jiran dan sepupu yang baru lepas bersalin. Si adieb ternampak pulak benda alah robot ni, apalagi, 'mama...adieb nak car robot'...bukan main baik dia pujuk mama ;)..tak tergamak mama dia nak melangkah pergi je. Sudahnya dapatlah habuan kereta robot dengan harga RM109.90 setelah diskaun untuk si adieb yang kononnya meneman mama cari hadiah untuk baby tu. Bulan ni, nampak gayanya tak dapatlah mama nak ke Pesta Buku Selangor membeli buku-buku yang dah tersenarai di wishlist mama.


Pesan dekat adieb, supaya jaga car ni elok-elok. Mama & abah kecik-kecik dulu tak pernah dapat mainan harga macam ni pun.


adieb : 'abah..nak jadi robot...'
(tak sampai 5 saat pun..)
adieb : 'abah..nak jadi car...'
abah : ' jenuh la macam ni adieb..'

hehe...sian abah adieb ..;)

24 June 2011

Ihya' Ulumuddin.


Nasihat Imam Al-Ghazali Dalam Kitab Ihya' Ulumiddin.

Wahai diri yang malang...

Engkau berpaling dari akhirat yang sentiasa menampakkan diri menggamit kedatanganmu dan engkau berhadap kepada dunia yang sentiasa berpaling daripadamu..

Perhatikanlah, betapa banyaknya orang yang sedang bergembira menyambut datangnya hari yang baru dalam hidupnya, tetapi malangnya dia tidak sempat mengakhiri hari berkenaan..

Dan alangkah ramainya orang yang berangan-angan hendak bertemu hari esok, tetapi dia pergi lebih awal meninggalkan dunia itu sebelum hari yang ditunggunya itu tiba..


Engkau lihat sendiri dengan mata kepalamu peristiwa itu berlaku di kalangan ahli keluargamu, kaum kerabatmu, saudara maramu, jiran tetanggamu, dan kenalanmu.
Engkau juga dapat melihat dengan jelas kesalan yang amat ketara di wajah mereka di kala didatangi maut. Tetapi sayangnya, engkau tidak mahu insaf melihat segala-galanya itu..

Insaflah wahai diri yang malang terhadap satu hari di mana Allah telah bersumpah bahawa demi dirinya, setiap hambanya yang telah diberitahu tentang suruhan dan laranganNya semasa hidup di dunia pasti akan disoal tentang amal perbuatannya sama ada kecil atau besar, yang terang ataupun yang tersembunyi..

Renungkanlah nasibmu ketika itu masih tampan dan jelitakah wajahmu masa berdiri di hadapan Allah untuk dibicarakan nanti, bagaimana agaknya gerak lidahmu menjawab segala soalan yang dikemukakan nanti. Oleh itu, sediakanlah jawapan yang tepat dan betul dari sekarang..

Gunakanlah sisa umurmu yang tinggal untuk beramal, manfaatkanlah hari yang pendek di dunia ini untuk menghadapi hari yang panjang di akhirat. Usaha yang dilakukan di negeri yang fana ini untuk bekal hidup yang kekal abadi. Dan kesempatan di negeri kesusahan dan kesedihan untuk modal di negeri kesenangan yang berkekalan..

Beramallah sebelum peluang untukmu tertutup. Keluarkan dirimu dari dunia ini secara sukarela sebelum engkau ditarik keluar secara paksa..

Jangan bergembira dengan mencurah turunnya nikmat atas engkau. Orang yang bergembira akan tertipu. Orang yang tertipu akan lupa daratan..

Celakalah orang yang bergembira sedangkan ia akan menjadi bahan bakar api neraka..Nauzubillah..


07 June 2011

Cari Buku


Semasa 'on the' way' ke pejabat pagi tadi sempat saya mendengar Tafsir Al-quran (Surah At Taubah) dari Ustaz Zahazan di IKIM berkaitan dengan hari kiamat dan bertaubat. Beliau juga menyarankan dua buah buku/kitab yang patut dimiliki di dalam rumah untuk bacaan keluarga. InsyaAllah saya sudah letakkan buku-buku ini sebagai 'wishlist' yang patut ada di mini 'library' rumah saya. Tafsir Al-Quran dari Ustaz Zahazan boleh juga di dengar & 'download' disini - Tafsir Al-Quran IKIM.



Penulis : Yusuf bin 'Abdillah bin Yusuf Al-Wabil.
Penerbit : Pustaka Ibnu Katsir (Menyeru kepada Sunnah yang Shahih)

Penulis: Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd
Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i

03 June 2011

Rejab

Dalam perjalanan balik dari pejabat petang semalam, dapat panggilan telefon dari mak di kampung. Tak ada apa katanya, cuma nak ingatkan saya, esok (hari ni) 1 Rejab. Eloklah puasa katanya dan doa malam ni (malam tadi) mustajab . Sambil memberi tahu serba sedikit hal yang lain. Mintalah apa yang dihajatkan. Ermm..banyak yang dihajatkan sebenarnya ;). Terima kasih Mak yang selalu ingatkan anakmu yang kadangkala lalai :)

Jom layan nasyid dari opick ni :)

Allah Maha Cahaya – Opick

Opick - Allah Maha Cahaya.mp3


Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku
bimbing di jalan terangMu
selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah

Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa
Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah

Begitu lirih tanpa sadar air mata menjadi saksi banyak waktu sia sia
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh

Allah terangi jiwaku
Allah beri petunjukMu

Allah bimbinglah hambaMu
Allah ampunilah aku