22 April 2011

PBAKL 2011.




















Rehat tadi sempat menjenguk ke PWTC. Memang bercadang nak ke sana pada hari bekerja sahaja, pengalaman dari tahun-tahun lepas memang tak nak ke sana pada Sabtu & Ahad.
Balik dari PBAKL tadi, rasa puas hati sangat. Sebabnya semua buku yang dicari dapat beli dengan harga murah. Paling lama saya di 'booth' Gerak Budaya ( paling banyak buku dari Indonesia - pertama kali nak mengenali karya Pramoedya), DAWAMA/DBKL dan juga di 'booth' Alam Raya Enterprise ( akhirnya ada juga buku Ranah 3 Warna). Lepas ni haruslah 'berpuasa' 4-5 bulan dari membeli buku..;)

Cuma terdapat beberapa buku seperti Bumi Manusia & Rumah Kaca karya Pramoedya yang dijual secara 3@4 buku sekaligus di 'booth' Gerak Budaya telah habis ;(. Yang paling penting 'budget' saya sebanyak RM200 untuk PBAKL tahun ni masih berbaki RM100..hehe. Boleh pergi lagi la nampak gayanya ni.;)

Antara yang sempat saya cari & beli :

1) Anak Ruma' Kadang (Mohamad Faizal Ajmil) - Dawama
2) Ranah 3 Warna (A. Fuadi) - Alam Raya Enterprise.
3) Rindu Andalusia (Radwa Ashour) - Telaga Biru.
4) Bukan Pasar Malam (Pramoedya Ananta Toer) - Gerak Budaya.
5) Sekali Peristiwa di Banten Selatan (Pramoedya Ananta Toer) - Gerak Budaya.
6) Bertemu Janji Allah (Nik Abdul Aziz nik Mat) - Nuf Air Shop
7) Pahlawan Islam Kontemporari - Para Peminang Bidadari ( Atriza Umar) - Nuf Air Shop

Dan..selamat berpesta buku kepada semua .

7 comments:

Mak Su said...

:D

maksu bertugas di booth B01-05 dalam dewan tun hussein onn pada ahad ni, juga pada selasa kamis ahad next week

ns said...

Maksu - insyaAllah sy akan ke sana lagi. Sy akan cari maksu..hehe.Tunggu naa..;)

Siti Rahmah Kamarudin said...

tak beli buku indonesia walaupun ada booth di sana..sebab akan ke indo bulan depan...jadi nak rasa pengalaman beli buku di sana...

buku rindu andalusia macam nak beli je semalam tp fikir banyak kali sebab nak beli buku lain jugak

ns said...

>Siti - wah bestnya. Dapat beli buku indonesia di indonesia lagi best ;).

Memang rambang mata di PBAKL. Nasiblah dah sediakan list buku dan booth tertentu saja. Takut terlajak dari bajet..hehe.Kalau xada apa2 nak ke sana lagi. INsyaAllah..;)

Siti Rahmah Kamarudin said...

ns:tulah 1st time pergi ke sana. selalu kalau nak beli buku indon saya akan suruh cik abe tolong beli. dia selalu ke sana

saya tak boleh lagi ke PBAKL, kalau tak mahu habis lagi duit....

Kak Long said...

sedihnya terlepas pesta buku....hari ni dh tak dek kan? sibuk jaga anak dan cucu dalam pantang...tak lepas ke mana dalam seminggu ni...

ns said...

>Kak Long - Dah lepas dh kak long. 1 May hrtu last. haritu kalau tahu, kirim kat saya je..hehe. nnti sy poskan atau bagi byhand je.