Betapa terujanya saya bila pertama kali sampai ke kedai ni. Kalau tak sebab nak balik ke Kl, maunya saya nak habiskan masa kat sini berjam-jam. Lokasinya di tingkat 2 bangunan chowrasta (xpasti ejaan ni betul), Penang. Ala..yang di bawah banyak jual jeruk-jeruk. Semua jenis buku ada kat sini. Bahagian yang saya cari adalah sastera dan juga buku untuk kanak-kanak (ladybird). Khas untuk si adieb.
Kalau dulu bila outstation ke Penang, tempat yang harus dituju adalah Batu Feringhi. Borong dvd pada harga yang sangat berpatutan dengan kualiti gambar yang boleh dibagi 3/4 bintang. Kali ni dah ada tempat baru. Memang lepas ni bila datang ke Penang, haruslah ke sini.
Best tengok timbunan-timbunan buku macam ni. Ermm..kalaulah satu hari nanti dapat buka kedai buku mcm ni..bestnya..
Hampir 1 jam juga 'kami' kat sini. Bukan senang nak mencari. Nasiblah
outstation dengan 2 orang lagi yang boleh dikatakan 'ulat buku' juga..hehe. Kalau tak bosan diorang menunggu kat situ.
Rasanya inilah kedai
secondhand book yang paling banyak buku saya pernah masuk. InsyaAllah saya akan ke sana lagi bila berkesempatan.