06 September 2010

Menggapai Bintang

Buku ini menggugah perasaan saya. Rasanya inilah kali pertama air mata saya mengalir sepanjang saya membaca. Buku terbitan MPH Publishing ini merupakan karya Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor atau Ajil (panggilan di kalangan keluarga beliau) iaitu adik kepada Angkasawan Negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Buku setebal 105 muka surat ni saya dapat habiskan dalam tempoh separuh hari sahaja. Buku ini merupakan catatan dari seorang adik yang amat menggangumi abangnya. Kesah liku-liku persekolahan dan perjalanan mereka membesar sehinggalah abangnya menjadi Angkasawan. Suatu ketika dulu sekitar Oktober 2007 di akhbar ada menceritakan tentang kematian adik Angkasawan Negara kita yang mengalami kemalangan terjatuh dan terhantuk pasu bunga di kedai makan. Di saat debaran keluarga beliau menanti angkasawan negara kita pulang ke bumi dan mendarat dengan selamat, sebaliknya allahyarham ketika itu masih dalam keadaaan koma. Di dalam buku ini juga mengandungi catatan dedikasi dari kedua ibu bapa allahyarham, adik & abang2 serta isteri beliau yang menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya.

1 comment:

Mak Su said...

kesah benar, tentu menyentuh perasaan ek

gdiz, maksu nak pohon maaf zahir dan batin dgn ucapan salam syawal, salam ceria :)