30 August 2010

Hilang

Hari ni entah apa sebab nak berubah angin. Kononnya nak layout baru, ala-ala rumah baru untuk blog. Sudahnya hilang semua. Sedaya upaya saya listkan apa yang terlintas, apa yang mampu diingat terutamanya alamat blog kawan-kawan. Puas mengodek-godek ..tak juga jumpa. Sudahnya ini yang mampu diigat balik.

Oh ya.. semalam puas saya mengodek rak di MPH Midvalley mencari buku Si Bongkok Tanjung Puteri. Bila saya tanya pada adik kat kaunter, katanya dah habis. Rugi pulak rasanya saya tak beli masa saya belek-belek buku tu di Popular Ikano tempoh hari.

Si Bongkok Tanjung Puteri

Nafsu membeli buku memang tak dapat ditahan. Semalam saya dapatkan juga beberapa buku yang memang ada di wishlist saya.


Ma Yan



Sedang membaca buku bertajuk Ma Yan. Sebuah novel dari kisah benar. Edisi asal Ma Yan adalah dalam bahasa Indonesia karya Sanie B. Kuncoro. Edisi bahasa melayu ini diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Edisi asal bahasa Indonesia - Ma Yan

27 August 2010

Dan Bila Esok

Esok bakal terima tetamu yang akan datang berbuka kat rumah.
Hari ni, sibuk mencari resepi-resepi kat internet ;).
Harap adieb dapat beri kerjasama. Tak kacau mama nak kelenting-kelentong kat dapur.

Kami

Kami (merujuk kpd saya & beberapa rakan di ofis), perempuan memang macam ni agaknya. Walaupun tahu area-area di Jalan TAR hari ni pasti ramai umat manusia, tapi hati tetap meruntun nak ke sana. Sekadar berjalan saja pun tak apa. Alasan teman kawan. Lagi lah kalau time tengah 'bercuti' ..letih pun tak apa. Bolehlah seteguk dua hilang kan dahaga bila di ofis nanti ;).
Kali ni kami pilih teksi & lrt saja. Nak memandu kereta sendiri ke sana memang tak ada nafsulah. Semangat raya dah ada sikit ni :)

25 August 2010

TV

Dari Plasma,....pastu LCD... dan sekarang..LED pulak.
Jenuh kalu ngikutnye ;)

Nafsu

Saya masih menahan nafsu untuk tidak membeli buku buat masa sekarang.Walaupun dalam senarai (perancangan) sudah agak banyak ;). Niat di hati nak habiskan buku-buku yang sediaada dulu. Lepas raya insyaAllah nak mencari buku-buku ni;

1. Budak Ladang - Salleh De Ran.
2. Memoir Anak Setinggan - M.S Anuar Mahmud.
3. Travelog Haji - Muhd Kamil Ibrahim.
4. Travelog Dakwah - Muh Kamil Ibrahim.

16 August 2010

Balik Kampung

Bila dapat balik kampung memang best. Kali ni husband saja nak ajak balik kampung dengan plane . Sesekali. Sementara dapat booking yang murah & jimat masa. Kesian si kecik adieb punya pasal. Bila nampak plane lalu depan rumah dia mesti kata 'Plane..plane..naik..naik ' ;p. Nasib rumah tak jauh dengan Airport subang, sehari 7-8 biji lalu depan rumah.

Balik haritu tak sempat nak sambut puasa kat sana. Isnin dah balik ke KL. Bila dah balik ke Kampung setiap masa rasa macam tak cukup. Ada ja aktivitinya. Nak ke 'Wang Kelian' pun tak sempat. Saya & Husband bersama kakak & abg ipar sempat ke Nursery. Beli pokok buah-buahan tempatan. Dari balik kampung haritu mak/bapa asyik dok kata, tanah yang diorg bagi tu dah boleh la nak buat apa-apa. Kami semua lima beradik. Empat perempuan seorang lelaki. Masing2 kami dah ada perancangan. Untuk tidak menghampakan mereka saya pun tanam la pokok-pokok buah dekat tanah bahagian saya. Harap-harap diorng panjang umur & sempatlah diorang merasa bila pokok-pokok tu berbuah nanti ;).

Minggu ni kena balik kampung lagi dengan kereta. Ambil barang yang tertinggal kat sana ;)


Adieb & Mama Adieb ;)


Lagak si kecik bila sampai di Alor Setar ;)

05 August 2010

Ramadhan Tiba Lagi

Ahlanwasahlan ya Ramadhan. Selamat menyambut ramadhan untuk semua. Mari kita memeriahkan ramadhan kali ni. Bersempena bulan ramadhan yang dah nak dekat ni, saya Re- listkan semula lagu-lagu dekat radio buruk di blog saya ni utk halwa telinga ;).Perasaan saya bercampur baur menyambut ramadhan kali ni. Entah kenapa.

Ooh ya, saya nak ucapkan terima kasih pada rakan di Goodreads Malaysia iaitu en Nazmi di atas jemputan Malam Puisi Afghanistan di Rumah Pena malam ni. Hajat di hati memang teringin memeriahkan majlis. Apatah lagi dapat berjumpa dengan Pak Samad Said dan sasterawan terkenal yang lain. Tapi apakan daya, tak ada kelapangan untuk saya ke sana. Malam ni saya akan ber 'packing' untuk kami sekeluarga terbang ke kampung, Kedah seawal pagi esok.

Saya juga nak ucapkan selamat berangkat menunaikan ibadah umrah kepada welma juga rakan di GRMY, semoga perjalanannya selamat pergi & kembali.

Berbalik kepada cerita Ramadhan. Saya 'copy & paste' kan disini sedikit sejarah berkaitan ibadah puasa yang difardukan kepada umat islam. Selamat membaca. Sumber : IKIM.

Puasa Ramadan difarjukan pada 2hb. Sya`ban, tehun ke 2H. menerusi 4 ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat-ayat 183-187. Ayat-ayat ini tidak diturunkan serentak, malah ia diturunkan satu demi satu yang dipisahkan dengan jarak masa yang tertentu.

Keempat-empat ayat tersebut telah memberi penjelasan terperinci tentang masa, cara dan apa-apa tegahan semasa berpuasa. Ia tidak membiarkan baginda menjelaskannya, tidak seperti ibadat-ibadat lain yang memerlukan Hadis Amali dari baginda yang menjelaskan cara perlaksanaannya dengan betul.

Sebagai contohnya, ayat pertama menunjukkan hukum melakukan puasa yang difardukan ke atas orang-orang Islam, ia juga ke atas umat-umat lampau.

Pada peringkat ini, puasa orang-orang Islam tidak berbeza dengan cara berpuasa orang-orang Yahudi, iaitu selama 23 jam, bermula selepas seseorang itu sembahyang isha` atau selepas dia tidur sesudah waktu maghrib. Ia berterusan sehingga ka waktu jatuh matahari pada hari berikutnya.

Cara berpuasa pula di dalam bentuk pilihan, iaitu sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh menggantikan hari dia berbuka itu dengan memberi makanan kepada seorang miskin bagi setip hari. Kedudukan ini berlanjutan sehingga turun ayat yang merobahnya, iaitu firmanNya yang bermaksud: ...sesiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah dia berpuasa. Dengan itu puasa Ramadan sudah bertukar corak, dari bentuk di mana orang-orang Islam diberikan pilihan sama ada berpuasa atau memberi makanan kepada orang miskin, kepada hukum berpuasa sahaja (tanpa pilihan) sepanjang-panjang bulan itu. Walaupun begitu masa berpuasa tetap seperti asalnya, iaitu bermula dari selepas sembahyang `Isha' atau selepas tidur sesudah waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya. Kedudukan ini berlanjutan sehinggalah turunnya ayat yang berikutnya: ...diharuskan bagi kamu melakukan persetubuhan dengan isteri-isteri kamu pada malam bulan Ramadan dan firmanNya: ... makanlah dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang putih dari benang hitam menerusi cahayat matahari. Kedua-duanya menjelaskan kepada orang-orang Islam bahawa mereka diharuskan makan, minum dan bertamattu` dengan isteri-isteri mereka pada malam Ramadan. Mereka hanya dikehendaki menahan diri dari perkara-perkara tersebut dan lainnya yang membatalkan puasa bermula dari sejak naik fajar sehinggalah ke waktu jatuhnya matahari hari yang sama.

Dari pembentangan ini kita dapat melihat:

1. Puasa Ramadan berlangsung pada peringkat awalnya dalam kadar masa hampir sehari, iaitu selama hampir 23 jam.

2. Pada permulaannya orang-orang Islam diberi pilihan, sama ada mereka berpuasa atau berbuka, dan mereka dibenarkan menggantikannya dengan memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari puasa yang mereka tinggalkan atau berbuka.

3. Kemudian, mereka diwajibkan berpuasa sahaja tanpa pilihan dengan kelamaan masa yang sama, seperti puasa Ahl Al-Kitab, iaitu dari waktu sesudah sembahyang `Isha' atau sesudah tidur selepas waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya.

4. Kemudian, mereka dibenarkan berbuka (makan, minum dan bertamattu` dengan isteri) selepas waktu jatuhnya matahari sehinggalah ke waktu naik fajar siangnya.

Dari pendedahan ini kita dapati bahawa masa untuk berbuka puasa pada peringkat awalnya adalah sama dengan apa yang telah diamalkan oleh Ahl Al-Kitab ketika mereka berpuasa, iaitu bermula dengan jatuhnya matahari dan berakhir dengan: sama ada selepas orang yang berpuasa itu sembahyang `Isha' atau dengan berlangsungnya tidur sesudah jatuhnya matahari pada hari berkenaan sekalipun sebelum melakukan sembahyang `Isha'. Dengan itu, seseorang yang ingin melanjutkan masa berbukanya, dia akan melewatkan sembahynag Isha' dan tidak tidur selepas jatuhnya matahari.

Kedudukan tersebut memberi gambaran jelas kepada kita bahawa puasa Ramadan juga telah difardukan ke atas pengikut Ahl Al-Kitab sebelum Islam. Inilah pendapat sebahagian ulamak seperti Qatadah, al-Tabari dan al-Sudi. Dengan itu maksud firmanNya: .... seperti ia difardukan ke atas mereka sebelum kamu (Ahl Al-Kitab) pada beberapa hari tertentu ialah bulan Ramdan.

Begitulah, antara perkembangan yang berlaku dalam sejarah kefarduan puasa bulan Ramadan sehingga seperti yang kita lakukan pada hari ini. Dan begitu jugalah kedudukan amalan puasa di kalangan umat-umat lampau.

Buat semua rakan-rakan, selamat menunaikan ibadah Puasa :)Semoga ibadah kita diberkati.

02 August 2010

Sepetang saya di PD

Diri saya bagai dipaksa ke sana. Atas tuntutan bos & kerja, sy turutkan jua. Hanya senja di sana mengubat kerinduan di hati.