29 January 2008

[ BALIK KAMPUNG ]

Dua tiga minggu yang lepas kerap telefon mak di kampung. 'semua sihat'...?..semua sihat,cuma tok je yang sakit urat..baring je kata mak..makan pun dah tak lalu. Umur tok dh hampir 90 dah sebenarnya.

Pagi tadi dapat banyak call,

'ein, (panggilan sedara yang terdekat di kg)..tok dah kena tambah air dekat rumah..mkn pun tak, bercakap pun tak, baliklah'....kata sepupu.

'Tok dah teruk dah...mata pun tak buka, cakap pun meracau'..kata kak long.

Badan ni rasa mengeletar je..nak apply cuti untuk 30 dan 31hb ni, nk balik jengok tok..aku rapat dengan tok, teman tok tido malam2 sebelum mula bekerja di kota sesak ni bila arwah tokwan meninggal dulu..harap2 tok dapat sihat semula.


1 comment:

neeziee said...

aku pun lama tak balik kampung :|