12 September 2013

Memborong Buku di Bandung

Jalan Palasari : Bersama Supir di deretan kedai buku.


Jalan Palasari : Deretan kedai-kedai buku. 

 Assalamualaikum..

Saya bertolak ke Bandung pada hari Jumaat 6 September 2013 bersama husband dan anak. Salah satu niat dalam hati memanglah mencari buku selain dari ber shopping dan tengok-tengok negara orang. Puas saya men google di internet bagi mencari tempat/kedai menjual buku di Bandung. Selama ini asyik baca blog rakan-rakan  yang gila baca memborong buku bila ke sana. Kali ini memang turn saya pula. Hari pertama berjalan 7 September tu saya sudah maklumkan pada supir yang saya nak mencari buku di Jalan Palasari. Setelah selesai memborong pakaian di Pasar Baru, kami ke Jalan Palasari. Memang tersangatlah banyak toko-toko buku di dalam satu kawasan di sepanjang Jalan Palasari ni.
Sebelum ke sana saya sudah sediakan senarai buku-buku yang saya nak cari. Tidaklah di sana nanti saya terpinga-pinga untuk ingat tajuk-tajuk buku yang saya inginkan. Saya tunjukkan senarai saya kepada supir dan dengan baik hatinya diminta seorang budak untuk mencari buku-buku dalam senarai saya. Kami hanya tunggu di satu toko buku sahaja. Penat katanya kalau mau pusing kesemua kedai. Betul tu!!  Di hadapan toko-toko buku tersebut juga disediakan perkhidmatan untuk membalut buku. Memang saya tak pernah jumpa di Malaysia .


Gramedia di Paris Van Java : Lambakan Buku dengan potongan 50%.


Gramedia di Paris Van Java : Buku-Buku dengan potongan 70%.


Sehari sebelum balik ke Malaysia, supir membawa kami ke Paris Van Java pula. Katanya di sana ada toko buku Gramedia. Ya..saya memang meminati buku-buku indonesia terbitan Gramedia. Diskaun yang diberikan boleh membuat para para bookworm menjadi gila..hehe. Bayangkan buku-buku baru boleh dapat dengan harga di bawah RM10.00. Seronok bukan!


Pendek kata kalau ke Bandung..jangan lupa untuk ke Jalan Palasari dan Gramedia ni :)



Hasil dari Jalan Palasari dan Gramedia.


02 May 2013

Khabar 1 Mei

Memang sudah lama terniat nak ke i-city buat kali kedua. Dulu hanya tengok pokok-pokok yang berlampu di waktu malam sahaja.  Sekarang banyak tempat-tempat menarik di i-city telah dibuka pada waktu siang. Macam-macam ada seperti Waterworld, Snow Walk, Trick Art Museum, Kidz World dan banyak lagi tempat menarik yang lain.  Lagi pulak dari Saujana Utama, Sg. Buloh nak ke Shah Alam tu tak sampai 1 jam pun. 

Ini destinasi utama kami ,Trick Art Museum. Harga tiket nak masuk ke Trick Art Museum ni berharga RM5 seorang.










Ini Destinasi kedua, Jurassic & Ice Age. Nak masuk ke sini pula jena bayar tiket berharga  RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Apabila melangkah masuk ke tempat Dinasour ni, anak ns dah ajak keluar balik. Takut pulak dia disebabkan  Dinasour ni bergerak-gerak  dan berbunyi-bunyi. Tadi beriya-iya nak masuk tengok Dinasour. Sudahnya terpaksa berdukung sehingga keluar. Alahai adieb, jangan buat pasal dah bayar mahal nak ajak keluar macam tu saja :)









Tempat ni sesuai untuk bawa anak-anak bermain-main kalau cuti sekolah. Mak & Ayah juga boleh release tension. Nak merasa dan bermain salji pun tak perlu nak ke luar negara atau naik ke Genting lagi dah. Boleh ke Snow World di sini ;)


Cerita dari PBAKL 2013.


 Sabtu. 27 April 2013 saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Keadaan teramat sesak. Mungkin sebab hari cuti minggu. Setelah membelek-belek senarai booth  dan floor plan di PWTC, saya terus ke tingkat , ke booth ITBM.  Setelah berpusiang-pusing di ITBM, dapatlah empat buah buku seperti gambar di atas ni. Memang berbaloi sangat dengan diskaun 40%. 

 Setelah hampir setengah jam di ITBM, saya bergerak ke booth seterusnya iaitu DBP dan Dawama. Setelah memilih beberapa buah buku dan bawa ke kaunter pembayaran, adik manis tu maklumkan pula pembayaran menggunakan kad, kena tunggu setengah jam. Memandangkan suami dan anak sedang menanti di tingkat 5 PWTC untuk ke majlis  kenduri kawin, saya batalkan niat untuk membeli semua buku  sementara waktu. Niat hati nak datang kemudian hari.

Putera Gunung Tahan dan Siddharta telah selesai saya baca. Sekarang tengah mengenali Kota London melalui Buku Arwahamah Hajah Aishah Ghani. Memang best buku travelog ini. Kalaulah poket tebal, hendak juga berjalan-jalan tengok negara empat musim satu keluarga.

In Sha Allah. Lepas kerja hari ni nak ke PWTC lagi. Belum puas lagi meronda mencari buku. Harap keadaan hari bekerja tidak terlalu sesak.


24 April 2013

Silap Hari



Mungkin pernah terjadi pada orang lain. Tetapi  kali  ini terjadi pada diri sendiri. Hari ini Rabu 24 April 2013. Kusangka Khamis, ke hulu ke hilir di Pejabat  hari ini berbaju batik. Entah apa di fikirkan pun tak tau.


Buah Tangan Dari Gramedia Indonesia.


Ini adalah antara senarai buku-buku yang saya kirim dengan bos yang bercuti ke Bandung, Jakarta & Jogja, Indonesia. Kesemua kiriman saya ialah lima buah termasuk Rantau 1 Muara karya dari A. Fuadi dan Eliana oleh Tere Liye. Namun yang ada di Gramedia Bandung hanya seperti gambar di atas.Yang lain, katanya belum sampai di Gramedia dan sudah tiada stok.

Kalau saya yang ke sana sudah tentu seluruh pelusok kedai buku yang ada di sana saya masuk mencari buku-buku yang ada di wishlist saya. Apakan daya, nama pun kirim. Terima apa yang ada. Syukur sangat. Lagi bertambah syukur apabila buku-buku ni tak perlu dibayar ;) Alhamdulillah. Kira buah tangan la kot selain buah tangan yang lain (bukan kiriman).

Lepas ini jom memburu buku di PBAKL 2013 pulak.

Terima kasih puan bos ;)



22 April 2013

Pahit Akan Manis Akhirnya

Lama  tak menulis. Tak tahu nak mula dari mana. Syukur atas nikmat yang diberikan. Kesihatan juga alhamdulillah, syukur kepadaNYA. Cuma dua tiga menjak ni kerap ke Hospital. 

Adieb belum nak jadi abang, kata Doktor. Usia kandungan ns cuma bertahan 8 minggu. Kesudahannya 'Missed Abortion'. Tak apa Doktor, bukan kehendak kita. Allah maha mengetahui segalanya. Hikmah disebaliknya adalah yang terbaik buat kita. 

Ini pengalaman ketiga ns 'miscarriage'/'missed abortion'. Kali ketiga mengandung baru Allah hadirkan adieb.  Syukur dengan kehadiran si adieb. Kata Doktor, adieb ada pengubat hati dan sunyi mama.

Hari ini hari pertama ke pejabat setelah hampir seminggu  berehat di rumah. In sya Allah hari ni ke pejabat dengan semangat yang baru :).









20 June 2012

MC

Kata Pn. Bos - 'Diorang mintak seorang wakil bahagian untuk jadi urusetia di Penang nanti'.

Dua tiga hari selepas itu.

Kata Pn. Bos - 'Diorang minta jadi MC nanti'. Sambung Pn. Bos lagi, 'Alah bila lagi. You kena exposekan diri you'..(cuba memujuk)

Glupp...Perkataan MC tu sudah buat aku tak tenteram duduk. Satunya sebab diri aku ini jenis orang yang 'hide-hide' sahaja.

sekali keluar surat khabar daaa....

Entah macam mana gambar ni boleh terlepas ke surat khabar pulak.

05 June 2012

Apa yang dicari..?

Hidup ini tidaklah sesukar mana andai kita menurut aturan Tuhan..
Andai...

24 May 2012

Tamakkah Saya.


 Di rak buku rumah saya masih lagi ada beberapa buah buku yang belum dibaca oleh saya. Hanya sekadar dibelek-belek, membaca sinopsis di belakang kulit buku tersebut. Adalah dalam belasan buah buku lagi. Di GRMY pun saya letakkan buku-buku tersebut di dalam bookshelf  - to read.

Petang semalam hati saya tergerak rasa untuk ke Kedai Buku Fajar Ilmu Baru, Tingkat 2 Wisma Yakin, sambil-sambil menunggu encik suami habis waktu bekerja. Selalunya bila gaji sudah masuk saya sudah asingkan  beberapa ringgit untuk membeli buku. Cukup dua atau tiga buah buku bagi sebulan (kadangkala susah betul nak disiplinkan diri). 

Petang semalam saya dapatkan buku-buku yang berada di wishlist saya di GRMY. Antaranya ialah berjudul Di Hamparan Shamrock - Kuseru Namamu oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Travelog Minda Tajdid - Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat oleh Ustaz Mohd Asri bin Zainul Abidin dan Sebuah Buku Indonesia, Hafalan Shalat Delisa oleh Tere Liye.

 


 Antara buku-buku travelog atau catatan perjalan yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal sebelum ini yang menjadi bacaan saya ialah Travelog Tarbiah : Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Kedua-dua buku tersebut membawa kita untuk mengenali sedikit sebanyak berkenaan Bumi Ataturk iaitu Turki dan juga pengalaman  beliau menuntut ilmu di Jordan.

Kali ini melalui buku Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu, Ustaz membawa kita menjelajah ke London, Belfast, Galway dan seluruh pelosok United Kingdom melalui catatan perjalanan beliau di sana.
Pada saya buku-buku travelog Ustaz Hasrizal yang sebelum ini tidak menghampakan pembaca. Ayuh, mengembara melalui buku.


 Travelog Minda Tajdid ini merupakan buku pertama karangan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin yang saya baca. Ia juga merupakan catatan perjalanan beliau ke Lampeter di United Kingdom setelah tamat menjadi Mufti negeri Perlis. Sinopsis bagi travelog beliau bolehlah dibaca di sini.




Antara karya lain Tere Liye yang telah saya baca ialah  Pukat, Burlian, Bidadari-Bidadari Syurga, Moga Bonda disayang Allah dan Rembulan Tenggelam Diwajahmu.  Karya Hafalan Shalat Delisa ini telah difilemkan dan telah ditayangkan di Astro. Ceritanya memang membuatkan mata saya tidak kering dek penangan ketabahan kanak-kanak yang bernama Delisa yang kehilangan ibu, kakak-kakaknya dan juga sebelah kakinya disebabkan bencana Tsunami melanda ketika dia sedang menjalani amali bacaan solat di sekolah. 
Di pesta buku yang baru selesai awal bulan Mei, saya telah membeli buku ini  yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu di booth PTS. Sebelum pada itu saya telah mencari buku tersebut di dalam bahasa asal di Fajar Ilmu Baru tetapi pada masa itu buku ini masih belum sampai. Apabila semalam saya ternampak buku ini di dalam karya asal, saya terus dapatkannya. Sinopsis serta komen-komen dari mereka yang telah membaca buku ini bolehlah di baca di sini.


Sehingga Mei.


2012 Reading Challenge

Dua tiga menjak ini aktiviti membaca saya banyak terganggu. Entah macam mana bulan Lima sehingga Jun ini banyak pulak aktiviti kelab sukan Jabatan. Bermula dengan perlawanan bowling jemputan dari pihak konsultan, seterusnya ke futsal piala Tn KP. Dan antara aktiviti yang akan menyusul  ialah bowling jabatan, bola tampar dan juga bowling Kementerian. Itu belum termasuk jemputan kenduri kahwin dari  jiran-jiran dan saudara mara. Semuanya haruslah menghadirkan diri.

Sehingga akhir bulan lima ini saya baru selesai mengulit lima belas buah buku.Tiga buah buku saya ketinggalan di belakang untuk mencapai sasaran 50 buah buku pada tahun ni. Biarpun bukan kuantiti yang saya kejar, tetapi lebih kepada mencabar diri sendiri untuk mencapai sasaran tersebut. Mungkin pada tahun hadapan saya perlu turunkan sasaran saya  hanya kepada 30 buah buku sahaja untuk setahun.

Walauapapun, semua aktivi tersebut bukanlah alasan untuk saya tidak meneruskan minat dan hobi saya untuk membaca. Satu atau dua buah buku (yang nipis) tetap ada di dalam beg tangan saya sepanjang masa.Tetap saya usung ke sana ke sini. Saya tetap menjadi peneman dan pendengar suami bercerita di dalam kereta semasa pulang dari kerja, walaupun kadang-kadang diri saya telah berada di dalam buku yang sedang saya baca.

Malam tadi saya selesai menghabiskan karya Saudara Faisal Tehrani yang bertajuk KARBALA. Jikalau saya tidak membaca buku ini, terus terang diri saya masih samar-samar dengan peristiwa yang terjadi di padang pasir Karbala ini.

Karbala

Kisah Karbala ini adalah peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Saidina Husein, putera kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina  Fatimah. Antara lain yang turut terkorban ialah dua orang anak Saidina Husein iaitu Ali Akbar dan Ali Asghar serta 72 keluarga ahli rombongan dan juga para sahabat.( di mana sesetengah riwayat kurang dari 100).

Kisah ini bermula apabila beberapa tokoh dari Kufah, Iraq menulis surat kepada Saidina Husein supaya datang ke Kufah bagi memimpin masyarakat  bagi menentang pemerintahan zalim Kufah yang pada masa itu dipimpim oleh Yazid bin Muawiyah.

Saidina Husein telah bergerak bersama ahli keluarga dan para sahabat rapatnya ke Kufah dan rombonganya telah dihalang oleh pasukan tentera penguasa Yazid  untuk memasuki kota Kufah. Rombongan Saidina Husein telah dikepong tidak jauh dari Sungai Furat di kawasan gurun pasir Karbala pada 2 Muharram tahun 60 Hijrah.Kemuncaknya ialah pada 10 Muharram hari asyura di mana cucunda Rasulullah, Saidina Husein telah dipancung dan tubuhnya dihinjak-hinjak secara kejam sehingga hancur jasadnya.

Bagi negara islam yang disebutkan oleh penulis di dalam buku ini seperti Pakistan, Iraq, Yaman, Kuwait, Bahrain dan Lubnan, tragedi Karbala ini tidak pernah mereka lupakan dan telah menjadi sebahagian kebudayaan rakyatnya. Ta'ziyah adalah sebuah drama rakyat yang akan dipentaskan bagi mengenang kembali kisah pembunuhan yang menimpa ahlul bait atau keluarga Rasulullah ini. Mungkin juga cara memperingati kisah tersebut bergantung kepada fahaman masing-masing. Apa pun buku ini adalah menarik untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai peristiwa/kisah berkaitan Karbala.


15 May 2012

Buku di PBAKL 2012

Pada tahun ini saya berkesempatan  ke PBAKL pada hari Jumaat, hari pertama PBAKL diadakan. Kebetulan hari itu juga saya mengambil cuti untuk pulang ke Kedah. Sempatlah saya singgah sekejap ke beberapa booth dan membeli beberapa buah judul buku yang selama ini berada di wishlist . Ada juga beberapa judul buku yang tak sempat saya cari. Harap-harap saya boleh dapatkannya di kedai-kedai buku online dengan potongan harga yang sama. Selamat membaca semua.;)

09 May 2012

Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun.


Album : ZIKIR Terapi Diri - (Hafiz Hamidun)

1. Astaghfirullah (3:32)
2. La Ilaha Illallah (3:31)
3. Subhanallah (3:29)
4. Taubatan Nasuha (3:18)
5. Hasbi Rabbi (2:57)
6. La Hawla Wa La ( 4:35)
7. Alhamdulillah (3:26)
8. Ya Zaljala (3:52)
9. Ya Latif (3:52)
10. Allah (3:35)
11. Lawkana Bainana (Bonus) (3:11)

Selama ini saya hanya terdengar di dalam corong-corong radio dan saya tertanya-tanya siapa empunya suara yang lunak mengalunkan zikir. Kebetulan semalam saya ke Medan Mara dan membelek beberapa majalah di satu kedai menjual VCD, CD dan buku-buku agama, kebetulan juga tuan empunya kedai sedang memainkan zikir yang saya cari. Saya tanyakan kepada makcik kedai tu CD apa yang dia sedang pasang. Rupanya CD Hafiz Hamidun. Apalagi, saya pun terus dapatkan satu. Memang berbaloi sangat. MasyaAllah..semua zikir yang dialunkan amat  menyentuh hati dan boleh membuatkan air mata mengalir

04 May 2012

Sesekali

Kadangkala kehendak memang meruntun hati. Akal pulak sudah dua tiga kali atau mungkin lebih lagi berfikir-fikir. Akhirnya terbeli juga  'lembu atau sapi' ini sebelum balik bercuti di Kampung tempoh hari. Beli sendiri dan hadiahkan untuk diri sendiri.


02 April 2012

Terima Kasih


Terima kasih untuk En. Suami,
di atas hadiah hari lahir yang ke 31 (erkk dah 31..hehe) merangkap hadiah anniversary yang ke 5 sekali ;p
Tahun ni untung sebab bulan lahir & anniversary jatuh pada bulan en. suami dapat bonus..hehe (alhamdulillah)
Thanks abah adieb..;)


Bye-Bye Samsung...welcome HTC..

28 March 2012

Dulu & Kini

Dulu masa kecik-kecik waktu dibangku sekolah rendah, permainan mama adieb adalah batu seremban, congkak, main pondok-pondok, main aci sembunyi, main legan-legan (kejar-kejar), main waw (layang-layang), main getah, tuju tin, tuju kasut dan segala bendang, sawah juga kebun getah diranduk. Sesekali teringat zaman kanak-kanak dulu memang rindu sangat-sangat akan kehidupan di kampung. Sebab rindu itulah ns suka mengulit akan buku-buku Tere-Liye, Andrea Hirata dan juga A. Fuadi (Buat setakat ini). Sedikit sebanyak terdapat persamaan dengan kehidupan zaman kanak-kanank ns.


Kini jauh berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang. Contoh yang terdekat ialah anak ns sendiri..:). Dah pandai mintak IPad untuk harijadinya yang ke 3 tahun. Bukannya Angry Bird yang selalu dimainnya, tapi game farm frenzy dengan game cari benda tersembunyi. Alahai, budak-budak IT ni.


Disebabkan atas permintaan si adieb, abahnya pun hadiah android paladin yang ala-ala Galaxy Tab gitu. Sesuailah utk budak-budak. Harganya pun cuma RM3++.00 ja. Boleh download macam-macam. Boleh tenet dan simpan movie sekali. Kadang-kadang mamanya pun tumpang sekaki.


Dalam kereta pun duduk diam ja.

27 March 2012

Buku Baru

Petang semalam memang dah niat nak keluar dari pejabat cepat sikit dari biasa. Walaupun pukul 5 habis waktu bekerja, tetapi selalunya 5.30 baru ns akan keluar dari pejabat. Memang kebiasaanya ngam-ngam sampai KL pukul 6 untuk ambik husband di sana. Disebabkan semalam nak mencari bahan bacaan baru di Fajar Ilmu Baru di Wisma Yakin sana, pukul 5 tepat ns dah bergerak menuju ke sana. Minta tolong husband untuk park kan kereta di pejabat OCBC.

Misi utama ns adalah nak dapatkan kitab Ihya' 'Ulumuddin' yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu. Kalau di dalam bahasa Arab berjilid-jilid, kata kawan ns dari Al-Azhar, Mesir. Lagipun ns pun bukannya pandai bahasa Arab..hehe. So..kena cari versi Melayulah kan.

Disamping tu, terbeli jugalah novel-novel dari Indonesia yang selama ini memang nak cari pun ;)

Buku 1 : Ihya' 'Ulumuddin - Imam Al-Ghazali

Kitab Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang paling populer di antara kitab-kitab klasik tradisional yang ada. Bahkan, hingga sekarang, kitab ini tetap menjadi rujukan utama bagi para penempuh jalan sufi.

Tuntutan zaman modern yang serba ringkas dan cepat tampaknya telah diantisipasi oleh Imam Al-Ghazali. Buku Ringkasan Ihya Ulumuddin ini merupakan ringkasan dari kitab Ihya Ulumuddin yang berjilid-jilid tersebut. Kendati sudah banyak ringkasan yang telah dibuat, Ringkasan Ihya Ulumuddin memiliki keistimewaan karena prosesnya dilakukan sendiri oleh Imam Al-Ghazali, dengan menjaga intisari dan tujuan buku tersebut.

Sebagaimana disebutkan Imam Al-Ghazali dalam kata pengantarnya, “Saya telah meringkas buku ini disebabkan sulitnya membawa buku Ihya’ dalam perjalanan.” Walhasil, dengan membaca Ringkasan Ihya Ulumuddin ini, diharapkan pembaca dapat memahami dan memeras intisari dan hikmah kitab Ihya Ulumuddin yang monumental.

Imam an-Nawawi berkata: “Jika semua kitab Islam hilang, naudzubillah, dan yang tersisa hanya kitab Ihya’ maka ia mencukupi semua kitab yang hilang itu.


Buku 2 : Rembulan Tenggelam Di Wajahmu - Tere Liye

Jatuh cinta dengan karya Tere Liye apabila selesai membaca karyanya di dalam Buku Pukat dan menonton karya beliau yang difilemkan iaitu Hafalan Shalat Delisa.




Buku 3 : Burlian - Tere Liye.

Buku ini merupakan buku ke 2 di dalam serial anak-anak mamak (emak).
Burlian juga merupakan adik kepada Pukat ( Buku ke 3 serial anak-anak mamak).

Burlian, anak kampung dengan segala keriangan keluarganya. Bercita-cita ingin naik kapal besar keliling dunia. Buku 2, dari Serial Anak2 Mamak. Buku 3, PUKAT terbit Februari 2010, Buku 4, Eliana direncanakan terbit Oktober 2010, Buku 1, Amelia direncanakan terbit Februari 2011.



Buku 4 : Agar Bidadari Cemburu Padamu - Salim A. Fillah.


Buku ini hadir untuk wanita yang ingin menghadirkan atmosfer surga dalam setiap hirup nafasnya. Yang muda maupun yang telah kaya pengalaman hidup. Yang sudah mendampingi dan didampingi, juga yang sedang menanti. Agar bidadari cemburu padamu.

Lalu para lelaki? Seharusnya mereka juga tahu bagaimana memeperlakukan wanita dengan keadilan syari’at Allah. Menjaga tanpa mengekang, menghormati kebebasan namun tetap melindungi, serta memberikan rasa aman. Ia menjadikan rusuk kiri. Dekat ke tangan untuk dilindungi, dekat ke hati untuk dicintai. Nah, buku ini insya Allah membantu kita, memahami ‘sang kawan perjalanan’.

Ada kata yang merangkum kesetaraan, prhatian, dan cinta!

Laki-laki dan perempuan.

Saling mengenal, saling memahami, saling Bantu, bergandeng tangan (ups!) saling menanggung, dan cekatan mendahulukan. Serasi….!

Lalu?

Harusnya kau tahu.

Bidadari bisa cemburu.

Itu tantangan.

Untuk mendekatkan sumbu potensi diri dengan nyala suci ruh keshalihan.

Agar bidadari cemburu padamu?

Bukan dengan tebar pesona fisik tentu. Karena pasti muke’ lu jauh, he he he… Tak jua dengan memenjara diri antara dapur, kelambu, dan sumur; Karena Allah dan Rasul tak pernah bermaksud begitu



Buku 5 : Hafalan Shalat Delisa - Tere Liye

Lama mencari buku ni. Tak sabar nak baca walaupun dah tahu jalan cerita di dalam bentuk filem ;)

20 March 2012

April 2012

Pesta Buku 2012 - acara tahunan yang boleh kata ns tak pernah lepaskan. Pesta Buku tahun ini akan diadakan pada 27 April sehingga 6 Mei 2012. Bertempat di Tun Razak Hall 3, Tun Razak Hall 4, Legar Putra, Tun Hussein Onn Hall, Tun Dr Ismail Hall. Bersiap sedialah dengan senarai buku untuk dibeli nanti. Tambahan pulak bulan April nanti bermacam elaun, tunggakan akan masuk sempena SSM baru katakan ;).

14 February 2012

Kuala Perlis

Cuti Raya Cina haritu balik kampung. Petang-petang bawa adieb & anak-anak menakan yang lain jalan-jalan dan main tepi pantai sambil pekena laksa & ABC. Damai rasanya....