28 November 2008

Ubat Lagi

Last Check up isnin lepas ns kena buat blood dengan urine test dekat lab. Kalau ada apa2 DR akan call katanya. Petang semalam tengah2 dok busy, DR Ct call bagtau result dah dapat dari lab. Dia bgtau kencing ns kotor pulak :ha?:..huhu..so kena datang ambik ubat. DR kata takut bakteria2 tuh ke buah pinggang. Haihh risau betul. So, pagi ni lewat lagik masuk ofis. 5 minit lagik nak pukul 11 baru masuk:sorry:. Pepagi g Tawakal dulu. Tadi baru ns tahu ns ni darah jenis A positif rupanye..heheh..sebelum nih tak pernah tau darah ns jenis ape :yawn:. Tadi dapat buku merah sekali. Lepas ni bertambah lagi la ubat nk kena ns telan masuk dalam perut nih. Harap2 bila dh makan ubat nih, kuman2 tuh hilang terus.


Ni la DR yang ns dok jumpa tiap2 bulan :)



Ubat baru nak kena makan.

24 November 2008

My Baby Boy , :)

Alhamdulillah..pagi tadi ns pegi buat monthly check up dekat Tawakal Hospital, semua dalam keadaan sihat. Sudah 22w3d dah. Dah lama xjumpa Dr Siti Zaleha nih. Comel je orangnya. Macam-macam perasaan ada tadi. Nasiblah pagi tadi ns kena turn yang kedua. Taklah tunggu lama. Ramai juga yg buat appoinment dgn dia hr nih. Ntah kenapa tak boleh berpisah dengan DR Siti nih, hehe.. Maybe sebab rekod2 ns pregnant pertama & kedua dulu pun dengan dia. Buat D&C pun dengan dia. Lagi pulak ns belum buat kad merah. Tak pernah lagi ns pegi check up dekat Hosp Gomen. Sure kena marah kalo baru nak pegi buat kad Merah agaknya. Tu yang malas tuh.

Balik pada citer ns pegi check up tadi. DR tanye ns nak tau tak baby ape. Sure la nak tau kan. :) Bila dia scan and ternampak la anu dia ;p. :blush: ..heheh. So confrim dah boy. Bila dah tau jantina boleh la ns start beli barang baby skit2. Naluri ns sebelum ni memang rasa macam boy je, sebab dia punye tendangan, kuat..huhu. Lagi pulak kawan2 ofis yg sama pregnant and bersalin tahun depan semuanya ns dpt tahu ialah baby boy. Kawan2 ofis yg bersalin tahun ni dapat baby girl. Macam trend pulak. Tapi semuanya atas rezeki Allah kan.

Sebenarnya anak pertama ni ns tak kisah baby boy or girl..cukup semuanya sihat and selamat. Tapi bila dah tau baby boy..syukur sangat2lah sebab kalau boleh ns memang nak baby boy jadi anak sulong :) Masa check up tadi, Dr scan guna 3D, dia bagi dengar degupan jantung baby sekali. Perasaan ns masa tu Tuhan je yang tahu..takut pun ada juga. First time ns dengar bunyi degup jantung baby. Haihh..syukur sangat2. Teruja. Next check up 22 Dis depan pulak.


Kepala and tulang paha baby.

13 November 2008

Antara EL & Genting Highland & Quantum Of Solace

Isnin yg lepas ns EL. Ada urusan dekat Tabung Haji dengan KWSP. Mulanya tak nak EL, nak masuk ofis lewat skit. Tapi memandangkan dua2 tempat yang ns nk pegi berurusan dengan ramai orang. Sms ofis bagitau EL. Tambah pula sekarang ni kalau ada urusan peribadi yang ambik masa ofis sampai separuh hari, disarankan ambik cuti je.

So, walaupun urusan ns tak berapa nak sampai separuh hari pun ns ambik EL ;p. Baik kan ;p. Malas pulak nak masuk ofis. Tambah pulak hari tu husband ns cuti. Lagi-lagi bertambah malas la ;p. Dalam kul 10 lebih dah selesai. Cepat pulak...

Dari Tabung Haji kat Uptown kami ke Midvalley. Dah pasang hajat nak tgk movie-Quantum of Solace. Ramai juga time2 keje ni orang tgk movie. Agaknya ada kot sesetengahnye mcm ns ni. Ter EL. Hehe. Bukan selalu kan. Bagi ns movie ni xberapa nak best sangat la berbanding dengan Casino Royal. Walaupun banyak aksi2 menarik dan juga sound system yang bergema dalam tu. Diselang seli juga dgn aksi menendang2 dalam perut nih.;p...sabo2..



Casino Royal lagi best..

Bila kuar wayang baru kul 1 lebih. Husband cakap jom naik Genting. Haaa...naik genting pulak. Tau la keta dia belum pernah try naik genting lagi..heheh. Dari rumah ns ke genting tak sampai 30 minit pun. Dalam pukul 2.30 naik ke Genting. Ramai juga umat manusia kat sana. Dah cuti sekolah kot. Ramai family bawa budak2. Nak main yang ganas2 xbole dgn keadaan ns sekarang. So makan2 kat sana. Nasi campur yang paling mahal ns bayar heheh..28 hengget. Pastu masuk Snow World kejap. Sejuk giler. Sampai demam lah husband ns hari ni. (Macam mana nak g Ostorlia ni bang). Heheh. Nak sangat masuk peti sejuk tuh ;p.



model vios 2008... ;p



Snow World

05 November 2008

I is Tired ...wurk too hard ...;p

hehe..

Sepanjang bulan ni banyak pulak jemputan makan nasi minyak yang ns terima. Semuanya kawan2. Sekolah & Ofis. Tak pegi tak patut pulak. Dalam erti kata lain kena pergilah ye :). InsyaAllah ns cuba penuhi semua jemputan tuh sebabnye masa ns kawin dulu diaorang ni semua datang. Tak kira jauh atau dekat. Erm.. Semua dah nak naik pelamin. Welcome to the club :) Tahun depan ramailah dapat anak buah ye.

Kat opis pulak 2-3 menjak ni cibuk sikit. Banyak Tender yang nak dikeluarkan. Jual tender la..close tender..Payment pun sampai menderu2. Dapat pulak kontraktor yang jenis asyik tepon dok tanya duit dia..huhhh...Saboo je lah... Dah la badan nih semakin membesor ;p. Malas tul nak bergerak sana sini. Napalah ns boleh tercampak masuk bahagian banyak keje nih:sigh:.. Dokumen tebal2 pulak tuh. Tak sabar nak tunggu tahun depan nak bercuti panjang 2 bulan..kalau tak cukup tambah lagi satu bulan hehe..syok jadi org pompuan nih.;p

Oklah ns berehat kejap, jalan2 blog kawan2 sambil2 layan lite fm ;)