Jalan Palasari : Bersama Supir di deretan kedai buku.
Jalan Palasari : Deretan kedai-kedai buku.
Assalamualaikum..
Saya bertolak ke Bandung pada hari Jumaat 6 September 2013 bersama husband dan anak. Salah satu niat dalam hati memanglah mencari buku selain dari ber shopping dan tengok-tengok negara orang. Puas saya men google di internet bagi mencari tempat/kedai menjual buku di Bandung. Selama ini asyik baca blog rakan-rakan yang gila baca memborong buku bila ke sana. Kali ini memang turn saya pula. Hari pertama berjalan 7 September tu saya sudah maklumkan pada supir yang saya nak mencari buku di Jalan Palasari. Setelah selesai memborong pakaian di Pasar Baru, kami ke Jalan Palasari. Memang tersangatlah banyak toko-toko buku di dalam satu kawasan di sepanjang Jalan Palasari ni.
Sebelum ke sana saya sudah sediakan senarai buku-buku yang saya nak cari. Tidaklah di sana nanti saya terpinga-pinga untuk ingat tajuk-tajuk buku yang saya inginkan. Saya tunjukkan senarai saya kepada supir dan dengan baik hatinya diminta seorang budak untuk mencari buku-buku dalam senarai saya. Kami hanya tunggu di satu toko buku sahaja. Penat katanya kalau mau pusing kesemua kedai. Betul tu!! Di hadapan toko-toko buku tersebut juga disediakan perkhidmatan untuk membalut buku. Memang saya tak pernah jumpa di Malaysia .

Gramedia di Paris Van Java : Lambakan Buku dengan potongan 50%.
Gramedia di Paris Van Java : Buku-Buku dengan potongan 70%.
Sehari sebelum balik ke Malaysia, supir membawa kami ke Paris Van Java pula. Katanya di sana ada toko buku Gramedia. Ya..saya memang meminati buku-buku indonesia terbitan Gramedia. Diskaun yang diberikan boleh membuat para para bookworm menjadi gila..hehe. Bayangkan buku-buku baru boleh dapat dengan harga di bawah RM10.00. Seronok bukan!
Pendek kata kalau ke Bandung..jangan lupa untuk ke Jalan Palasari dan Gramedia ni :)
Hasil dari Jalan Palasari dan Gramedia.