05 August 2011
Mengomel a.k.a Mengeluh.
Semalam rasanya hari yang paling memenatkan. Gaji ns tak adalah besar, tapi kerja ya ampunn. Kalau tengok kawan-kawan yang seangkatan ns, depa ni taklah keja seteruk ns. Salah satu mungkin disebabkan ns direct di bawah J48. Berduet/ berdua dengan dia sahaja. Sebab kedua, Bahagian kami memang tak cukup kakitangan.. Tambah pulak tahun ni banyak sangat projek di bawah group kami yang nak diiklan dan ditender. Semua mesyuarat/Perbincangan ns diajak turut serta. Pn. Bos ulang-ulang cakap...minit meeting dalam tempoh tiga hari. Takut J/kuasa itu dan ini lupa...katanya. Pengerusi pulak suruh lukis-lukis pulak dalam minit. Hehe. Terpaksa la ns heret minit tu balik ke rumah. Sampai rumah, adieb pulak kata, ' mama buat work ye..nak angry bird'... haihhhss..si kecik ni memang pantang kalau mama & abah dia buka laptop...hanya sabar je lah jalan penyelesaiannya.
Di pejabat pulak sekarang ni banyak website kena block...termasuk la GRMY. Nak buka terpaksa la buka di rumah..bak kata kumpulan Jambu..'Apa pun tak boleh'...;p. Nasiblah blog boleh buka. Dapat la tulis sepatah dua.
24 July 2011
04 July 2011
Jatuh Cinta.
Mengenali buku - buku @ karya dari negara jiran, Indonesia bermula dari saya menjadi ahli di GRMY (Goodreads Malaysia) pada tahun 2008. Langsung terus jatuh cinta. Antara buku-buku yang menjadi koleksi saya ialah Tetralogi Laskar Pelangi dari Andrea Hirata. Bermula dengan buku 1-Laskar Pelangi, buku 2-Sang Pemimpi, buku 3 -Edensor dan buku ke 4 - Maryamah Karpov. Buku yang sedang saya ulit sekarang ini ialah dwilogi Padang Bulan & Cinta Dalam Gelas yang kadangkala membuat saya mengekek ketawa geli hati. Adieb pun 'heran' tengok mama dia ketawa.

Trilogi dari Negeri 5 Menara, iaitu Ranah 3 Warna dari Ahmad Fuadi juga tidak mengecewakan saya. Kehidupan Pondok Madani masih dapat saya gambarkan. Sehinggakan di pejabat saya tak malu bertanya pada 'cleaner-cleaner' tentang Pondok Madani, Danau Maninjau dan juga Pulau Belitong seperti yang digambarkan oleh mereka berdua dalam buku-bukunya. Dashyat sungguh penangan buku-buku ni..hehe. Disebabkan semua buku-buku ni jugalah saya kerap kali berbalas 'email' dan ke Fajar Ilmu Baru bertanyakan samaada semua buku-buku ini sudah sampai ke Malaysia atau belum semata-mata untuk saya membaca dalam versi asal walaupun harganya agak mahal.


01 July 2011
Imam Muda
Lagu Tema Imam Muda 'Hamba Mu' dendangan Mawi & Akil Hayy pun best juga..;)
27 June 2011
Adieb & Transformers 2

Pesan dekat adieb, supaya jaga car ni elok-elok. Mama & abah kecik-kecik dulu tak pernah dapat mainan harga macam ni pun.
24 June 2011
Ihya' Ulumuddin.
Nasihat Imam Al-Ghazali Dalam Kitab Ihya' Ulumiddin.
Wahai diri yang malang...
Perhatikanlah, betapa banyaknya orang yang sedang bergembira menyambut datangnya hari yang baru dalam hidupnya, tetapi malangnya dia tidak sempat mengakhiri hari berkenaan..
Dan alangkah ramainya orang yang berangan-angan hendak bertemu hari esok, tetapi dia pergi lebih awal meninggalkan dunia itu sebelum hari yang ditunggunya itu tiba..
Engkau lihat sendiri dengan mata kepalamu peristiwa itu berlaku di kalangan ahli keluargamu, kaum kerabatmu, saudara maramu, jiran tetanggamu, dan kenalanmu. Engkau juga dapat melihat dengan jelas kesalan yang amat ketara di wajah mereka di kala didatangi maut. Tetapi sayangnya, engkau tidak mahu insaf melihat segala-galanya itu..
Insaflah wahai diri yang malang terhadap satu hari di mana Allah telah bersumpah bahawa demi dirinya, setiap hambanya yang telah diberitahu tentang suruhan dan laranganNya semasa hidup di dunia pasti akan disoal tentang amal perbuatannya sama ada kecil atau besar, yang terang ataupun yang tersembunyi..
Renungkanlah nasibmu ketika itu masih tampan dan jelitakah wajahmu masa berdiri di hadapan Allah untuk dibicarakan nanti, bagaimana agaknya gerak lidahmu menjawab segala soalan yang dikemukakan nanti. Oleh itu, sediakanlah jawapan yang tepat dan betul dari sekarang..
Gunakanlah sisa umurmu yang tinggal untuk beramal, manfaatkanlah hari yang pendek di dunia ini untuk menghadapi hari yang panjang di akhirat. Usaha yang dilakukan di negeri yang fana ini untuk bekal hidup yang kekal abadi. Dan kesempatan di negeri kesusahan dan kesedihan untuk modal di negeri kesenangan yang berkekalan..
Beramallah sebelum peluang untukmu tertutup. Keluarkan dirimu dari dunia ini secara sukarela sebelum engkau ditarik keluar secara paksa..
Jangan bergembira dengan mencurah turunnya nikmat atas engkau. Orang yang bergembira akan tertipu. Orang yang tertipu akan lupa daratan..
Celakalah orang yang bergembira sedangkan ia akan menjadi bahan bakar api neraka..Nauzubillah..


