28 October 2008

Pencuri ooo Pencuri ....

Pepatah Melayu kata : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Selalunya pepatah tu la orang guna bila se'terror2' mana pun orang buat jahat, last2 kena tangkap juga kan. Kesian tupai, takde kena mengena dengan dia pun sebenarnye.

Ns nak cerita pasal pencuri yang tak berapa nak terror mencuri sangat nih. Cumanya dia berani jelah. Sebabnye depan rumah mertua ns ada pasang 2 cctv. Nak kata dia rabun ke, tak juga kot. Dah sah2 bole nampak cctv tuh. Lagi satu dia tak rabun, pasalnye dia datang mencuri time awal pagi dalam samar2 bulan lagi. Kira memang berani betul la kan. Nasiblah dia bukan niat nak mencuri kereta. Barang yang dia nak curi tu tak berbaloi pun dengan usaha tekun dia nih. Areal kereta lama husband ns je dia terniat nak ambik. Tapi sebab dia mencuri kan..sakit hati jugalah. Skrang adik ipar ns yang pakai kete tuh. Hari Sabtu haritu dah dapat tangkap dah budak mencuri ni. Rupanya budak ni dok kat taman bersebelahan taman perumahan mertua ns tinggal je.

Depan rumah mertua ns ni memang direct jalan besar. Sesak juga. Takde tempat parking. Kat dalam pagar boleh muat 3 biji kete je. lain2 kena letak luar pagar. Kereta pencuri (kelisa) tgh berlegar2 lagi tu. Tgh cari port nak parking agaknya.


Last2 dia tunggu, parking seberang jalan sana.


Baik punye parking .


Penuh gaya datang nak mencuri. Aksi berani la kunun nih..

Aksi-aksi mencuri


Time orang dok sibuk sembahyang subuh, dia sibuk mencuri.


20 October 2008

Milo ooo Milo

Malam Jumaat lepas si milo telah memeranjatkan ns. Mulanya dialah jadi peneman ns dok tengah jahit manik kat baju. Asyik la dia dok memandang ns yg tengah menjahit tuh. Jam dah dekat nak pukul 12 malam. Tengah kusyuk ns menjahit manik baju, terpandang milo dah macam pengsan je. Bila ns panggil namanya pun dia tak sedar. Bila ns sentuh si milo ni barulah dia terjaga. Rupanye dia tertido..hehe..sampai mcm tu sekali lah teman ns menjahit sampai tertido. Ngantuk sangat la tu agaknya.


Milo dengan aksi tido baru.


Mcm tengah sujud je ;p


Macam merajuk pun ada...


Ngantuk sangatlah ni. Sian..hehe

13 October 2008

Kisah Raya 2008

Tahun ni tahun kedua ns beraya 'as wife'. Kali kedua juga beraya dengan mertua kat KL, kali pertama haritu semasa raya haji. Sambutan sama saja, bila dh kawin & jadi isteri orang ni, orang pertama harus disalam 'sure'lah suami. Kalau bujang2 dulu ibu& ayah jadi kewajipan pertama. Cuma suasana raya sedikit lainlah, kg dan bandar memanglah lain kan.

Malam raya pertama di rumah mertua ada majlis takbir. Orang masjid akan datang dan bergerak dari rumah ke rumah malam raya tu untuk bertakbir. Pagi raya kami sekeluarga beramai2 ke masjid. Solat hari raya. Lepas tu balik ke rumah bersalam2 dan bergambar. Dulu ns dgr orang kl kata kalau hari raya, orang boleh baring kat jalan raya..heheh..nak cari maut boleh la ek buat macam tu. Hari raya pertama haritu..kami keluar beraya ke rumah sedara2 mertua kat kl ni.Siap jam lagi kat atas jalan raya tu ha..rupanya ramai juga orang beraya kat KL ni. Nak cari ketupat palas pun tak susah kat kl ni. Beli yang dah siap je. Balik cuma rebus. Tu la dulu bila mak suh belajar buat ketupat palas asyik xlulus je. Nak ketupat jantan katanya. Ns pusing2 daun palas tu dok jadi ketupat betina je. Tak pernah lulus sampai sekarang pun. Heheh. Nasib ada yang dah siap kan.

Pagi2 raya kedua ns dengan husband dah bersiap2 nak balik ke Kedah. Lancar betul perjalanan. Takde jam ;p. 5 hari kat Kedah. Isnin pagi kami bertolak balik ke kampung husband di Perak pulak. Tidur semalam kat Perak. Merata2 seluruh pelosok yang sebelum ni ns tak pernah sampai kat Perak ns masuk. Dari Manjung, Trong..Setiawan..Pantai Remis..Lumut, Ayer Tawar, Seri Iskandar, Kuala Kangsar, ke Ipoh dan Majoi. Penat dok dalam kete. Lagi penat dari yang 'drive' tu. Hehe. Puas beraya sakan. Terasa beraya sikit tahun ni berbanding tahun lepas bila ns kena beraya di dalam wad. Meh layan gambar2 yang sempat ns upload kat bawah ni ;p



Three of us..


Meh salam2. Ampunnn bang ;p


Family Sebelah Mertua.


Kakak, abg & Adik2 Ipar.



Abah & mama ;p


Lovely mum..mak ns ;p


Kedah : Raya ke - 4. Dengan Mak, Kak Long, adik na, husband dan anak buah siap2 nak pegi kenduri.


Love All.

30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya pada semua yang mengunjungi blog ni. Terima Kasih pada kawan2 yng mengucapkan Selamat Hari Raya pada ns. Kesempatan ni ns juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua rakan2 ns. Semoga di hari lebaran kali ni kita semua berbahagia bersama keluarga masing2. Berhati2 semasa memandu untuk pergi beraya.

Skrg ni mesti semua tengah sibuk buat persiapan terakhir kat rumah. Ns masih di ofis. Masih bekerja. Jika tahun2 lepas ns pulang awal ke Kampung. Kali ni ns pilih untuk bekerja. Biar kawan2 yang nak pulang beraya ke kampung halaman yang jauh pulak ambil cuti awal. Kebanyakkanya akan kembali bekerja pada 6 & 7 hb. Yelah..cuti awal kena la masuk keje awal kan. Hehe..untung juga tak cuti sebelum raya ni kan. Ns akan masuk bekerja semula pada 13hb, InsyaAllah...Lama sikit cuti sebab sebelum raya tak cuti kan..:). Tahun ni giliran ns beraya di rumah mertua dekat KL ni. Tahun pertama beraya di KL. Raya kedua nanti baru akan bertolak ke Kedah pula.

Ns berharap semoga diberi kesihatan yang baik pada raya kali ni. Tahun lepas ns diserang denggi. Beraya di Hospital. Pregnancy ns pun dah masuk trimester ke-2. Alhamdulillah sudah lepas trimester pertama. Dah hilang semua mabuk2..loya2 and pening2 mcm baru turun rollercoster tempohari. Alhamdulillah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI TERKASAR BAHASA.


23 September 2008

Syokknya Balik Kampung

:woooh:Walaupun balik Sabtu sampai Ahad ja, tapi puas hati dah dapat balik kampung. Berposa & berbuka dgn keluarga . Semua makanan kampung yang ns teringin nak makan dah termakan ;p. Esp jeruk maman + ikan pekasam + gulai Ikan Puyu..Nyum..nyum..;p
Penat sangat rasa. Letih. Walaupun bukan ns yang drive. Hehe. 6 jam atas highway. Cadangnya semalam (isnin) tak nak apply cuti. Bertolak balik ke KL hari Ahad selepas berbuka. Ingatkan ok, lepas makan ngantuk sangat. Sian Cik Abe. Dalam kete ns asyik terlelap2 je. Rupanya dalam ns terlelap2 tu en. abg bs bantainye bawa kete sampai 140-180km. Tak nak ngantuk katanya. Huhu..bahaya tul. Jangan buat lagi tauuuu !!!. Marah niiii..Syukurlah ns terjaga masih dalam kete dengan selamat ;p. Sampai Kl dah kul 2 pagi lebih. Bangun pagi, sms kat Pn. Bos. ' Sy El hari ni Puan'..huhu..tak berdaya nak drive datang keje hari tuh.

Cerita di Kampung - Masa kat Kl dok pikir balik kodiang tak nak jalan ke mana2. Nak dok umah ja. Tapi hampeh je. Ade je hati ni teringin nak ke sana..nak kesini cari penat + abiskan duit. Menjadi satu kebiasaan en. abg bila balik kampung mesti pi gunting rambut kat sana. Bila ns tanye ' bila nk gunting rambut ni'..tunggu balik kodiang. Heheh..murah tu, RM5 ja ;p. Tapi balik haritu dengan ns sekali gunting rambut. Rambut raya ;p. Pagi Ahadnye pulak ajak mak g ziarah sedara mak kat Alor Peel ;p dekat Alor Jangus sana..dekat sangat dengan Alor Setar. Sempat juga ns ajak en. abg pi jalan2 cari penat kat Pekan Rabu dengan Pacific. Shopping lagi. Tak puas2 shopping kat Kl. Balik Kampung shopping lagik. (Macam mana nak simpan duit kalo mcm nih..) Sabtu ni nak g shopping lagi dengan mertua nih..heheh.Dah lama tak pegi KLCC. Ermm..gaji + bonus dah masyukk..alhamdulillah..boleh shopping sikitt je lagi.;p

18 September 2008

update !!

Bulan-bulan posa ni sebenarnya malas nk mengupdate. Kalau boleh hari2 & setiap masa nak golek2 pejam mata ja. Heheh. Buat keje pun rasanya nak slow2 ja..syy..(kamar dgn yun jgn habaq kat bos na) ;p.

Dah lama ns tak update. Ada kawan ns kata dah umah ns ni dah bersawang la ;p..dok merdeka tak abis2 lagi la ;p..hehe. Walaupun ns tak update, tapi ns selalu juga berjalan blog kawan2 ns ni. Ok lah sekarang ni dah update dah. Ni pun tetiba dapat semangat sebab esok nak balik Kodiang ;p. Balik kampung. Dalam kepala ni macam2 dah dok pikir nk suh mak masak apa untuk berbuka kat kampung nanti. Haihh..tetiba teringat jeruk maman ;p. Syoknyaa..dapat balik kampung. Sebelum balik kampung selalunya ns akan beli buah tangan untuk adik, mak & ayah ns. Sekurang-kurangnya baju raya lah untuk diorang seorang sehelai.

Tahun ni giliran ns beraya umah mertua pulak. Huhu...macam manalah perasaan ns nanti dipagi hari raya tu. Ni pertama kali ni tak beraya dengan family ns kat kampung. Apa2 pun terpaksa diterima dan ditempuh juga bila dah berkahwin ni. Baru adil kan. Gilir2.

Seminggu yang lepas ns temankan husband ns pegi make over kete dia. Macam kete dia je yang nk beraya sakan nampaknya ;p. Tukar spring, tukar tayar, tukar sport rim...tambah besi tu..besi ni. Beribu jugak abis. Haihh..tak boleh jadi ni ;p. Byk lebihkan kete dia pulak. Malam tu juga ns cakap kat husband ns. Mengidam jam 'Tag Heuer' lah ;p ...ala..yang model dia Maria Sharapova tuh. Setiap hari datang keje asyik dok perati jam ni ja terpampang iklan besar gedabak kat bangunan ofis ns ni. Heheh..

p/s ; Thanks Yun bawakn buah salak haritu. Dua kali g beli kat Chowkit.:)