30 July 2008

Buku dan Milo

Mulanya ns nak tulis entry lain. Tapi, biarlah dulu. Pagi tadi ns ke Kementerian di Putrajaya. Bukan seorang tetapi bertiga. Bila dah selesai segala urusan kat sana, kami ke Library. Kawan ns sorang ni katanya nak pinjam buku. Ns pun belek buku tiap-tiap rak. Terjumpa buku Ensiklopedia ni dan terus buat pinjaman. Mulanya ns takut nak buat pinjaman bila teringat ada sebuah buku ns pinjam yang belum dipulangkan. Buku Pekeliling. Persediaan untuk ambik exam nak sah jawatan satu ketika dulu. Rasanya dah dekat 3 tahun. Nasib lah ns dah lulus. Kat mana ns letak buku tu pun dah tak ingat.
Buku Ensiklopedia ni macam menarik bila tengok isi kandungan dalam tu. Banyak petua2 untuk orang kesihatan dalaman perempuan. Bila dalam kereta on the way nak balik ofis, sorang kakak ni tanye ns, 'buku ape ko pinjam tadi ?'..Ns pun tunjuklah buku ni. Ketawa dia katanya ns dah tak sabar nak jadi bidan. Heh..;p. Sampai ofis pun masa lunch tadi, dia kata lagi kat member2 ofis yang lain.Lepas ni nak petua apa2 tanya ns. Heheh.. Bukan nak jadi bidan kata ns pada dia. Erm..harap2 buku ni tak dihilangkan. Mesti dipulangkan nanti.




Inilah rupa bukunya.



Si milo buat perangai.

Ni pulak kisah si milo petang dan malam tadi. Geram pulak ns dengan kucing sekor ni. Asar petang semalam dalam ns dok berdiri nak rakaat pertama dia boleh 'landing' dok betul2 depan ns nak sujud. Sekarang ni dalam ns nak jauh2 dengan dia, makin menjadi2 manja dia. Hehe.

Si milo makin manja. Terlebih2 manja. Sekarang kalau dia nak tido, mesti dia nak dekatkan badan dia dengan badan ns.


Gelagat milo malam tadi time ns dok golek2 depan tv atas toto. Boleh si milo tido mcm nyenyak je. Siap kepala alaskan kaki ns dan tangan dia peluk tapak kaki. hehe..geli ;p bulu2.

Ni pulak 'pot' dia kalau time ns dok masak kat dapur. Ala2 teman ns memasak gitu.;p. Yang syoknye kucing ni, bila orang lain datang, belum masuk rumah lagi, dia akan lari naik menyorok kat atas. Heheh..kelakar. Macam tau2 je. Dia siap2 akan lari naik atas. Kalau ns dengan husband je balik, siap tunggu depan pintu lagi.



25 July 2008

Moga-Moga..


Selalunya ns tak ketinggalan ikut rancangan jemputan umrah di astro oasis, memandangkan ahad lepas ns dalam perjalanan dari perak balik ke KL , ns tak berkesempatan nak tengok. Malam tadi kebetulan ada siaran ulangan. Seperti biasa hati ns mudah tersentuh bila tengok rancangan ni. Air mata ni senang nak jatuh. Pelbagai pengalaman dan keinsafan para peserta yang berjaya menjadi tetamu Allah di sana.

Tak semua orang dijemput menjadi tetamuNYA kan biarpun berlimpah wang ringgit. Kalau hati belum terbuka untuk ke sana. Orang yang belum cukup duit ni yang selalu teringin nak pergi dan berkobar2. Bukan tak ada duit..cuma belum cukup. InsyaAllah satu hari nanti kita juga berjaya ke sana. Dengan izinNYA juga ns doakan semoga diberi kesihatan dan umur yang panjang pada kedua ibu bapa ns agar hajat ns untuk membawa mereka ke sana suatu hari nanti akan tercapai.

23 July 2008

Alhamdulillah..

Kadangkala ALLAh hilangkan sekejap matahari yang memberikan kita cahayanya..
DIA datangkan pula kilat dan petir, awan yang mendung,
Puas kita mencari mana matahari dan sinarnya
Rupanya kita dihadiahkan dengan pelangi yang sangat indah.

Thanks Allah, makbulkan doa hamba-hambamu. Amin..


"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku & matiku hanya utk Allah, tuhan sekelian alam"

22 July 2008

Khabar hari minggu dan MangkukTingkat (si'a)

Semalam, isnin ns xdatang keje. Penat sangat rasanya. Hari minggu ahad, ns dgn en. abg bersama mertua pergi ke kebun mertua dia Sayong, Kuala Kangsar ambik rambutan. Berhujan kat sana. Dok ' Kait' (jolok) buah rambutan. Perak memang banyak terima hujan kan. Sampai kat sana singgah kat Kuala beli lauk sikit, untuk makan kat kebun a.k.a dusun tu.


'buah moktan' ;p


En. abg versi koboi..yeahaa..

Bila masuk ofis hari ni, kawan2 ns termasuk bos ns cerita pasal website magkuk tingkat (si'a) ni. Kat ofis ni memang susah nak dapatkan makanan melayu. Yang ada hanya 2-3 kedai je. Harganya pulak, mahal. Kebanyakkan kedai makan yang ada ialah mamak. Jemu dah anak tekak ni nak telan masakkan mamak (sib baik yun perasan telan mamak, heeh), kalau dah hari2 pagi petang pulak tu. Dulu banyak orang jual kat tepi2 jalan ni, tapi sejak majlis kacau, diorang dah jarang buka dah. So, bos ns ni bagi cadanganlah untuk order je dengan mangkuk tingkat ni, memandangkan boleh buat tempahan, hantar ke ofis ni. Senang betul sekarangkan. Setiap hari menu lain2. Macam sedap je. Kami pakat untuk cuba sepanjang bulan 8 ni.

Petang semalam bila en. abg balik dari ofis kami ke giant. Beli barang2 dapur untuk bulan depan. Lepas tu ns ke Pusrawi. Jenguk anak akak ns kat sana. Demam and penat. Sian tengok kecik2 masuk wad, asyik nangis je. Sedih tengok. Tengah dok tengok tv akak ns bercerita kat ns, kawan kepada kawan ofis dia kerja sebagai 'misi' (nurse) kat situ. Ada satu malam ada orang bersalin. Si ' misi' ni nak la bawa uri yang dah basuh tu pi simpan kat bilik uri. Masuk je bilik tu si 'misi' tu terus pengsan. Bila dah sedar dia cerita, katanya punyelah ramai 'makhluk' dok menjilat uri kat bilik uri tuh. Haih,, seram pulak ns dengarnya. Wallahualam...


si afiq di wad ar raihan,baru terlelap. Sebelum tu asyik nangis je.

18 July 2008

Cerita kawen 'n' macam2 ada...

Kul 12 tengah hari tadi kami dah keluar lunch. Jumaat kan, paham2 jelah ek. Pompuan pulak tu... Mengalahkan orang lelaki yang nak pegi sembahyang Jumaat, hehe. Ada yang pergi ke Jalan TAR cari kain. Alaaa..gaji minggu depan, maybe masa tu boleh dipertimbangkan ke Jalan TAR pulak. So tadi kami berempat pilih ke gerai ikan bakar kat Tangling. Keluar awal bukanya apa..takot2 takdak paking na..;p( ikan bakar belami lagi susah paking kan) .Gambar2 ni Yun a.k.a antalya lah yang snap..

nyum..nyum..


opismate ns


opismate lagi.. alah nampak juga ns sipi2 tu, hehe

Balik dari Tangling. Sampai opis. Ns tutup lampu. Penjimatan kan...makan kenyang mata cam berat pulak. Ns blogwalk ke blog kawan2 dalam gelap gelita tu. Baru rasa feel baca kesah2 diorang.,hehe. Tengah dok diam2 kat partition ns ni, terdengarlah dua orang opismate ns ni dok ngomel2..sok sek sok sek sambil kuk kik kuk kik dok gelak. Sebenarnya dua2 ni dah jadi tunangan orang. Yang sorang akan kawen hujung tahun ni and yang sorang lagi tahun depan. Ngomel2 lah diorang 2 orang ni.. pasal kad kawen.. mak andam..fotograferlah...budget..hantaran...hehe.... sambung lagi pastu cerita lepas kawen, sewa rumah..bil2..hehe..dah kawen nnti taulah korang kan mcm mn. hehe..kadang time tulah hal kecik pun nak gaduh dgn tunang..dugaan semua tuh. Harus dihadapi dengan tenang....:) lepas kawen lagi besar dugaannya. Tapi semua tu mematangkan lagi diri sebenarnya.

Memang pening sebenarnya nak uruskan bab2 nak kenduri kawen ni. Macam ns lah dulu. Kalau banyak duit and anak dato' ke..leh la panggil wedding planner je kan. Kita sediakan diri nak bersanding je kan. Tetiba sorang opismate ni tanya kat ns dalam gelap2 tu berapa RM ns abiskan untuk kenduri dulu. Ns bagitaulah.. nak buat sekaligus, memang akan terasa..so, kalau tak nak terasa sgt, tiap2 bulan ns akan buat and beli sikit2. Kena persedian dari awal. Hantaran buat sendiri je kalo kretif..tak pun tiru je kat kedai2 barang2 hantaran. Masa ns memang banyak juga abis, mak andam, baju.., nasiblah lauk:pauk mak/ayah yang sponser, hehe..alhamdulillah selamat semua dah.

gambar sekadar hiasan, hehe ;p ( skrg dh tembam )

So, pada kawan2 ns dua orang tu, rancang lah elok2 sebaik yang mungkin. Majlis tu insyaAllah sekali je kan dalam hidup kita.


17 July 2008

Ns dan Teater

Sapa tak pernah tengok teater angkat tangan..;p. Ns pun boleh dikatakan baru je berjinak-jinak dengan teater-teater ni (Jadi penonton lah takkan jadi pelakon pulak kan). Bermula seawal tahun 2005 masa tu tengah buat part time study kat shah alam. Bila buat part time masa dah keja ni, maka kenal ramailah rakan2 kelas dari jabatan kerajaan dan swasta yang lain kan. Ns ingat lagi dalam kelas ns pada masa tu ada 4 orang yang dah kawen. Ada sorang tu memang ns respek kat dia. Sorang 'abg'..(takkan nak panggil pakcik pulak kan) keje kat MPAJ . Dia kata anak dia dah 5. Ada yang sebaya ns pun ada. Yang syoknya dalam kelas dialah selalu dapat markah kuiz or ujian yang tinggi. Yelah..banyak pengalaman kerja dah kan. Eh..dah jauh menyimpang dari tajuk asal, hehe..sowi..

Ok cite pasal teater. Dalam kelas tu ns kawan rapat dengan sorang budak pompuan keje dengan Kementerian Pelancongan. Kami g kelas sabtu /ahad sama2. Kalo g naik kete ns (masa tu si kancil manis) dia yang akan bayar tol rm1 kat batu 3. Kalo hari naik skuter'rama' dia, lepas kelas selalu kami terus ronda2 makan laksa kat gerai dekat Istana Budaya tu. Skrg dah ada construction la.. Dialah banyak kali bawa ns tengok teater kat Istana Budaya dan MTC. Maklumlah dapat tengok free (masa tu ns tengah lonely la katakan) hehe. Dia banyak kenal dengan orang2 kebaudayaan..budak2 ask, tu pasal dapat free.

Teater yang pertama ns tengok ialah 'Rubiah'. Wah..memang syok ler. Sejak tu la ns minat teater. Sejak kawen xpernah tengok teater lagi. Lepas ni nak cuba tengok kat DBP dgn Panggung Bandaraya pulak. Nak tanamkan minat teater kat en. abg pulak, ;p. Ns pun dah lost contact dah dengan kawan ns tu. Dia pun sekarang jauh nun kat UTM sana sambung ngaji lagi. Igt lagi dia kata kat ns ' aku tak ada bf la, baik aku sambung terus ngaji lagi'. Masa tu ns dah kawin. Bagus juga ko sambung masa bujang2 ni. Tapi takpa la kalo2 ko ada tiket free lebey.,jangan lupa kawan naa... La ni ns byk dapat info teater free kat ruangan aktiviti en. kemat Pada kawan2 cuba try tengok teater, mesti nak lagi.