Cherating ooo Cherating.... Ns tak pernah sampai lagi tempat ni. Cuma lalu je semasa on the way nak ke Terengganu tahun lepas. Masa tu jalan2 ke Pulau Redang. Dari bulan lepas en. abg ajak jalan2 ke Cherating hujung bulan ni bersempena bestday dia on this July ;p. So ns pun cari2 lah dalam tenet mana2 tempat best nak stay nanti. Tapi biasalah gambar dalam tenet ni kadang indah khabar dari rupa kan. Any suggestion?01 July 2008
Cuti - Cuti Malaysia : Cherating
Cherating ooo Cherating.... Ns tak pernah sampai lagi tempat ni. Cuma lalu je semasa on the way nak ke Terengganu tahun lepas. Masa tu jalan2 ke Pulau Redang. Dari bulan lepas en. abg ajak jalan2 ke Cherating hujung bulan ni bersempena bestday dia on this July ;p. So ns pun cari2 lah dalam tenet mana2 tempat best nak stay nanti. Tapi biasalah gambar dalam tenet ni kadang indah khabar dari rupa kan. Any suggestion?30 June 2008
Sungai Buloh : Rumah
Pagi Ahad lepas awal betul ns bangun. Selalunya taklah seawal tu. Hari minggu kan. Sebelumnya en. abg dah pesan kena bangun awal. Plannya nak ke Sg. Buloh. Awal2 pagi tu kami ke pasar tani Danau Kota ambik ikan dekat sepupu ns dulu. Sejak lepas kawin kami dapat ikan2 segar free..terus dari Kuala Kedah. Pilih je nak apa..Alhamdulillah.
Balik dari Danau Kota kami ke Sg. Buloh. Mertua ns nak bayar duit Kelab katanya. Nak bawa budak2 mandi2 kat situ. Alang2 dah pegi ke sana ns pun singgah show house rumah yang en. abg beli tu. Tak sabar nak tunggu rumah siap. Masuk show house dia pun dah kira ok dah ;p . Rumah belum naik, ns dah siap kumpul majalah nak hias2. Sampaikan en. abg kata takyah beli sekarang, nanti 2 tahun akan datang keluar patern lain dah..huhu dah namanya pompuan kan. Rupanya beli rumah ni tak macam beli kereta. Kena lawyer tu, lawyer ni.. S 'n' P ..bla..bla,, penin jugak.
Bila dah pegi sana xsah kalo xambik gambar. Semua gambar ada, cumanya ns tak sampai hati nak ambik gambar tapak rumah yang masih tak naik apa2 heh ;p

27 June 2008
Movie : Sepi
Lepas balik kursus petang semalam, ns dengan en. abg dah pakat nak pegi tengok movie cerita Sepi. Lagi pulak kursus habis awal petang semalam. Mulanya kami pegi TGV Jusco Kepong. Rupanya kat situ citer tu tak tayang lagi. Disebabkan kami memang nak tengok citer tu, en. abg ajak pegi Damansara. Akhirnya kami tengok dekat cineleisure.Pada ns, citer ni jauh lebih best dari citer Cinta dulu. Jalan cerita yang menarik. Banyak babak2 yang kelakar esp watak nasha aziz dan afdlin shauki. Tak kurang juga babak yang betul2 menyentuh hati ns ni..(sob..sob..) ;p.. terutama kisah imaan dan sufi. Ns dah kantoi dengan en. abg...ntah tetiba je air mata ni nak jatuh pulakkk...;p.hehe.
Banyak mesej yang disampaikan dalam citer ni dalam kehidupan kita. Nak story banyak2 nanti tak suprise pulak korang nak tengok kan.;p
Cerita melayu macam ni lah yang boleh menyaingi cerita2 dari luar.
* suka sgt dgn dua ost filem ni dari Yuni Shara ~ Sepi & Kumpulan The Lima ~ Kau ada Dia ;)
23 June 2008
Edisi Riadah -> Joging
Menjaga kesihatan tu penting. Betul kan? Kalau sakit macam mana nak merasa nikmat kehidupan yang Tuhan bagi kat kita atas muka bumi ni kan.. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat. Ermm..betul tu. Atas kesedaran nak mejaga kesihatan ni ns ajak en. abg pegi joging petang jumaat lepas ;p. Seminggu 2 kali pun dah kira ok lah kot. Asyik makan je, tak bersenam.
Dah lama ns tak joging. Lepas kawin, nilah kali pertama pegi joging. Tempat yang kami tuju ialah Tasik Metropolitan Kepong. Tak sampai 5 minit dari rumah ns kat Batu Caves dah sampai. Mulanya en. abg nak joging dekat hutan simpan FRIM Selayang . Ns beriya nak pegi dekat tasik sebab kat kl ni tak ada pantai, kalau dapat tengok tasik pun dah kira ok sangat. Rasa tenang je.
Tasik kat sini luas. Rasanya luas dari Tasik Titiwangsa. Lagi pulak tasik ni di pinggir bandar. Jauh dari kesesakan. Rasa damai je dapat meghirup udara segar kat sini. Mata pun luasa je memandang. Jenuh juga nak habis kan pusingan tasik ni.
Ramai orang jual layang2 kat sini. Kalau hujung minggu lagi ramai orang datang main layang2 kat tasik ni. Kat tepi jalan mrr2 menghala ke Kepong, sape2 yang lalu jalan ni akan nampak sign board 'Awas Kawasan Permainan Layang2'. Pernah terjadi, kebetulan ns lalu kat situ ada layang2 yang tersangkut dekat kereta yang tengah laju kat mrr2. Agaknya sebab tu sign board tu dibuat.
Dataran Tasik. Sebenarnya kat sini ada air panjut. Ada orang main badminton, bw anak siar2 main playground..ada orang berkelah, orang tido pun ada.haha.
Masa ni tengah panaskan badan dulu sebelum joging ;p sambil2 mengambil gambar. Bestnye tak sabar nak joging ni.
20 June 2008
Chaiiyokk Kedah
Ns ni taklah fanatik bola sangat. Tetapi disebabkan husband ns terlalu fanatik dengan selangorianz dia, ns pun bersemangat pulak dengan pasukan negeri ns , Kedah. Kebetulan pulak final Piala FA sabtu ni pasukan Selangor bertemu Kedah di stadium Shah Alam.
Mulanya ns nak ajak husband pg tengok dekat stadium, dengan syarat husband ns kena la duduk dekat penyokong Kedah. hehe..surelah dia tak nak kan. Ns pun tak nak dok kat penyokong red giant. ;p. Husband ns ni penyokong kuat selangor. Tak abis2 dengan 'abg' Alie Aiboy dia :p (ampun ye bang...:). Bukannya apa, bila tengok kat stadium kehangatan sorakan tak sama dengan tengok kat tv. Syok tengok gelagat penyokong pasukan masing2. Untuk kebaikan kedua-dua pihak, kami tengok je kat tv malam esok.:p. Muktamad.
Harap2 Kedah dengan pemain-pemain mudanya menang malam esok. Piala Super dah menang. Moga musim ni macam musim lepas, ketiga2 piala ada kat Kedah. Jangan jealous ye abg :p. Jom kita ramai2 sokong Bola sepak kat Malaysia ni ye

18 June 2008
Ole-Ole dari Mekah
Ahad lepas mertua ns selamat kembali setelah 12 hari menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah bersama-sama dua adik ipar. Ns berkesempatan untuk menghantar dan menjemput mereka di KLIA. Atas bantuan bekas rakan pasukan bapa mertua ns, kami dapat masuk ke tempat perlepasan bersama-sama mereka dengan menggunakan pas khas. Moga-moga lepas ni ns pulak sampai ke sana :)
Tengah tunggu aerotrain. Rasanya time ni pukul 2 pagi kot, dah masuk hari isnin. Pagi isnin tu mulanya ingat nak masuk ofis lambat sikit. Tapi tak jadi pulak sebabnya 2 orang kakak kat bahagian ns bercuti. So, time rehat tengah hari tu begitu nyenyaknya ns tido kat surau.
Ni la ole2 ns dapat. Jubah dari mak mertua ns. Bila & majlis apalah ns nk pakai jubah ni ek. Ada selendang sekali ni . Jubah arab. Sembahyang raya nanti boleh pakai kot.
Handbag. Malam ns dapat, pagi esoknya terus ns guna handbag ni datang keje. :) Ni namanya betul2 menghargai kan.
Inai mekah. Malam tadi pakai ni. Sekejap je dah merah. Tetiba tangan ns jadi putih melepak pulak ni :D. Bila pakai inai, teringat pulak zaman2 lepas kawin memula dulu. hehe. Macam ada satu perasaan. Agaknya inai ni salah satu penyeri pegantin juga kot
. Kalau tak caya, sape2 yang baru lepas kawin mesti ada perasaan macam ns rasa dulu. Kalau masa kecik2 dulu pakai inai bila hari raya atau bila sedara mara terdekat kawin, tumpang pengantin pakai inai skali.
Subscribe to:
Posts (Atom)