10 April 2008

Sampai ofis hari ni pukul 7.10 pagi. Di tempat parking. Janji masih belum dikotakan.Parking lot ns masih seperti dua hari lepas. Ni yang nak 'hangin' ni. Mungkin hari ni kot. Saja nak sedapkan hati. Pagi-pagi tak naklah ns marah-marah. Takut-takut bawa hingga ke petang marah ni.

Entah apa silap hari ni. Lif rosak pulak. Jenuhlah nak menapak sampai tingkat 6. Tak pa. 'exercise' kata ns. Sesekali apa salahnya. Bila dah sampai tingkat 5. 'Awak tingkat 6 kan' sapa si B.'Yup'. Ns jawab. 'Tingkat 6 tangga satu lagi. Sebelah Kedai 'Sekret Resepi'. Tangga yang ni hanya 'floor' nombor yang ganjil, katanya lagi sambil terus berlalu. Biar betul. Dah nak sampai ni. Takkan nak kena turun balik. Ns terus menapak naik ke tingkat 6. Betullah kata si B tadi. Tak ada pintu. Dalam nak tak nak. Ns menapak turun semula. Kalau lambat nanti 'punch card' merah pula. Ns pujuk hati. Lif tak salah. Selama ni 'dia' ok aja. Macam manusia juga. Kadangkala tak ok. Menapaklah ns turun dan naik dalam semput-semput.

Sampai atas. 'On' pc. Rehat-rehat kejap.Telefon bunyi.'Jom 'breakfast'. 'Erk, lif dah ok ke'.Ns tanya kepada kawan. 'Belum'... 'jomlah'. Penat belum lagi hilang. Nak kena menapak turun lagi. Nasiblah bila kami selesai mengisi perut, lif dah ok.

Jam dah 11.30 pagi. Tengah tekun buat kerja. Sesekali ber'ym' dengan kawan-kawan. Telefon bunyi dari Pn. Bos. ' Jom, kita lunch sama. Ajaklah X dan Y sekali'. 12.15 tunggu di bawah ya. Ns hanya jawab ok. Tak pernah lagi ns menolak pelawaan dari Pn. Bos selama ni. Kadang Pn. Bos ajak temankan ke Jalan TAR. Kadang ke Midvalley. Hehe. Untung Pn. Bos dapat orang bawah macam aku kan. Tak pernah tolak. 'Lunch' kami tadi di Jalan Bellamy.

Hari ni. Perjalanan hidup ns bermula dengan perasaan marah disebabkan janji syarikat 'parking. Tengah hari pula. Ns dapat makan 'free'. Petang nanti harap-harap syarikat parking tunaikan janji. Betul kata orang. Dalam hidup kita macam-macam perkara bersilih ganti. Kadangkala 'syok' kadangkala tak 'syok'.

09 April 2008

::Cuba-Cuba::

Dekat restoren mamak di depan jalan nak ke kewasan rumah ada 'antena' wifi. Aku pikir tak mungkin dapat kot sebabnya jauh.
Beberapa hari lepas tu..
Saja nak dapat intenet dengan percuma. Di Pejabat pun ada internet. Tapi tak boleh 'donload' sesuka hati. Tak boleh melayari semua website. Ada batasan. Lagi pun benda percuma semua orang suka. Benda yang tak perlu bayaran.
'Kita cuba nak'.. Boleh juga kata aku. 'Hah, dah dapat'..kata en. Z. Tapi bukan dari kedai mamak tadi. Kami dapat yang lebih dekat. Kedai hand phone yang betul-betul belakang dapur rumah kami. Sejak dari tu. Kami boleh malayari internet di rumah dengan percuma.:)

::Janji::

Pagi semalam di tempat parking. Angin betul. Mana pegi pulak plat yang bertanda 'reserve' utk parking lot aku. Naik ofis. Terus 'call' syarikat yang menguruskan parking dekat situ. Mintak dibuat yang baru. Kalau tak buat. Entah mana-mana kereta akan suka-suka parking dekat lot parking aku.' Kami akan buat yang baru'. Janji mereka.

Habis Waktu Kerja. Di Parking Lot. 'Laa, tak buat juga...'. Esok aku mesti datang awal. Kalau lewat mesti kereta lain curi parking. Hari ni sampai ofis 2 minit lagi pukul 7. Awal sejam. Gara-gara parking lot punya pasal. Telefon lagi.'Semalam dah buat aduan.,janji petang semalam akan ganti baru'? Petang ni kami akan buat baru. Janji Lagi.

Aku dah nak balik ni. Harap-harap janji yang mereka janjikan ditetapi.

08 April 2008

Lagu ST

Entah kenapa aku suka sangat lagu ni. Sedeyyy laa..

Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian.

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Air mata yang tertahan
Waktunya tuk di jatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun itu
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan

06 April 2008

::Red Giant Vs Sang Kenari::

Inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh ns dengan husband. Pasukan Red Giant bertemu Sang kenari. Ns ni orang Kedah semestinyalah ns sokong 'Sang kenari' manakala husband ns merupakan penyokong setia 'Red Giant'. Entah macam mana husband ns boleh menjadi penyokong Red Giant pun tak tahulah sebabnya husband ns ni lahir di Perak. Heh..
Maka pada malam tersebut, bersoraklah husband ns dengan jersi merah kuningnya di depan tv. Biarpun di depan tv, ns rasa seolah-olah berada di Stadium. :D dengan gelagat husband ns. Bertempiaranlah 'si milo' a.k.a kucing kesayangan husband ns lari apabila melihatkan aksi husband ns tatkala Kedah menjaringkan gol. Heheh. Akhirnya 'Sang kenari' terbang tinggi di tempat lawan. Malam itu, husband ns diselubungi kekecewaan..:D. Takpa...lenkali cuba lagi no abg..hehe

03 April 2008

::Milo Lagi::

Tak abis-abis si Milo ni. Baru-baru ni ns dgn husband terpaksa bawa dia pg hospital lagi. Dr kata jadi bisul pulak. Hishhh...tulah asyik tido atas bantal je. Kalau dekat rumah bukan main hero ko lari sana, ko kejar sini..sampai hospital pandai pulak mendiamkan diri. Takut agaknya bila tengok banyak lagi yang hebat-hebat daripada dia. Pertama kali ns ke hospital haiwan dekat Cheras ni. Macam-macam gelagat orang dengan haiwan peliharaan masing-masing ns tengok. Agaknya memang macam nilah ye...semua bercakap dengan kucing.



Milo yang tetiba je jadi pendiam. Kena cukur ye..


tahu ko takott ek...