21 January 2011

Baru Sampai






INTERLOK. Baru saja sampai di pejabat tengah hari tadi. Walaupun dalam edisi pelajar, saya tetap berminat nak membacanya. Tak tahulah kalau edisi ni berbeza dengan edisi yang asal. Baru Isnin lepas saya membelek & memesan di Ujanailmu, hari ni dah selamat sampai. Nampaknya hujung minggu saya dapat dihabiskan dengan Interlok ;)

Harapnya si adieb dapat layan tv macam ni. Tak kacau mamanya membaca ;)

Di minggu-minggu yang lain, mamanya akan bawa adieb berjalan-jalan ;)

19 January 2011

Motivasi Pagi



Selalunya tiap-tiap hari tepat jam 7.30 pagi 'canel' radio saya akan bertukar ke frekuensi 91.5. Sambil memandu, telinga saya melayan motivasi pagi di radio IKIM. Penceramah pun bertukar sebulan sekali (kalau tak silap saya). Dalam sesi motivasi akan diselitkan cerita-cerita sebagai pengajaran. Motivasi pagi pada pagi isnin yang lalu sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan pengajaran kepada diri saya dalam mendidik dan juga memarahi anak. ;). Sapa-sapa ibu-bapa yang mendengar motivasi pada pagi tu mesti tersentuh hati. Semoga saya (dan juga kita semua) dapat menjadi ibu dan juga bapa yang baik kepada anak-anak.

"Nikmat datang hanya sesekali, syukur harus selalu"

"hiduplah dengan kesyukuran, jangan hidup dengan membenci'


Pendek kata, jangan kedekut mengucapkan syukur.

13 January 2011

Wishlist






















Setelah beberapa ketika berada di wishlist saya di GRMY. Inilah antara buku yang saya ingin cari buat masa sekarang.

1. Interlok - SN Abdullah Hussain.
Di GRMY, Interlok telah dipilih sebagai buku Ganding Baca untuk bulan Januari. Buku ni juga telah dijadikan buku teks bagi subjek sastera di Sekolah Menengah. Pelbagai isu yang timbul, saya tidak mahu ketinggalan untuk membaca isi di dalamnya.

2. Karbala - Faisal Tehrani.
Setelah Manikam Kalbu, Bila Tuhan Berbicara, Bedar Sukma Bisu dan Ketupat Cinta (sedang baca), saya tertarik untuk mendapatkan senaskah Karbala. Selalunya buku-buku karya FT tidak mengecewakan saya.

3. Bumi Manusia - Pramoedya Ananta Toer.
Begitu juga dengan karya-karya hebat dari seberang. Setelah berminggu - minggu menelaah cara pembelajaran di Pondok Madani melalui buku Negeri 5 Menaranya (sampaikan saya terbayang2 kehidupan di sekolah pondok & timbul keinginan utk melaluinya) dan Sang Pemimpi, sekarang buat pertama kali saya ingin berkenalan dengan karya Pramoedya Ananta Toer melalui Bumi Manusia.


11 January 2011

Moh ler kita Pindah

Kami akan berpindah tak lama lagi. Kali ni betul-betul. Katanya bulan April jika tak ada aral melintang. Bukan pindah rumah, tapi pindah pejabat. Baru bulan lapan tahun lepas saya berpindah rumah ke Sg. Buloh.
Tahun ni kami 'sekeluarga' (bak kata KP lah) akan berpindah dari Pusat Bandar Damansara (nama saja Damansara, tapi di KL) ke Cyberjaya. Bukan jarak yang dekat ye.

Sebelum tu kami telah diberi pilihan untuk mengundi antara KL dan Cyberjaya. Walaupun undian Kl telah menang, tapi Cyberjaya jadi pilihan. Katanya nak dekat dengan Putrajaya.

Senyum lebarlah kawan-kawan yang beli rumah/ tinggal di area Bangi, Kajang, Semenyih, Puchong dan yang sedekat dengannya, hehe. Kawan-kawan bujang pun ramai yang dah pindah ke kuaters di Putrajaya. Alah..bagi kami di sebelah Sg. Buloh, Shah Alam, Subang Airport dan Klang ni pun bukannya jauh sangat. Hiway kan ada. Tak ada jam.(ayat sedapkan hati). Cuma sediakan duit tol saja ;). Bak kata x bos saya melalui emailnya..'Selamat melabur dekat Tol'. .moh kiter ke Cyber yok..;)

07 January 2011

I-City

Sesekali berjalan bawa budak nak masuk umur 2 tahun ni tengok lampu warna warni best juga.
Cuma tak larat nak kepong. Berlari ke sana ke sini.
Takpa janji dia happy ;)

Cantik sungguh..






06 January 2011

Bulan Mendaki

Aktiviti riadah anjuran kelab sukan di pejabat tahun ni bermula awal. Permulaan tahun baru dengan aktiviti yang mencabar sungguh..hehe. Aktiviti mendaki dan memanjat dua bukit - Bukit Broga di Semenyih dan Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan. Kedua-dua bukit/gunung ni akan dipanjat dalam tempoh bulan ni sahaja. Bagi kaki-kaki DSLR, masa ni lah boleh mengabdikan gambar-gambar pemandangan yang menarik ciptaanNYA.


Bukit Broga, Semenyih.


Gunung Datuk, Rembau.