07 January 2009

Ahlanwasahlan Muharram & Welcome 2009

Dah 7 hari dalam tahun baru. Dah lama juga tak update blog. Ahalanwasahlan Muharram dan 2009.

Baru sekarang ada masa terluang sikit. Hujung tahun haritu sibuk dengan exam PTK. Bila kawan-kawan dah dapat 'kanan'..baru ler sibuk nak ambik PTK. Hehe..Rezeki masing-masingkan. Sekarang ni pulak sibuk sediakan 'presentation' kepada pn. bos untuk bentang SKT tahun 2009. Kejap tambah tu kejap tambah ni. Haihh..saya menurut perintah. Tak sabar nk tunggu cuti 2 bulan nanti.

Cakap pasal tahun baru, selalunya dalam diri masing-masing mesti ada azam baru. Tak kira azam tahun lepas dah tertunai ke belum, yang penting tahun baru mesti azam baru. Bagi ns tahun 2009 banyak bermakna pada diri ns. Salah satu azam baru ns ialah tak nak boros. Kalau dulu main beli je ape yg rasa nak beli. Benda takde guna pun beli. Lagi pulak dalam masa mungkin tak sampai 3 bulan lagi dah nak bersalin. Banyak lebihkan ke anak je kot lepas nih. Maybe boleh tambah azam baru lagi untuk jadi ibu dan wife yg baik ;p chewahh..:sweaty:


Note :
Ape dah jadi dgn Skuad Kenari Tahun Ni, awal-awal dah kalah 2 game ni, huhuu...Abg Elmi Eliza dok mabuk honeymoon lagi ka..:ha?:


10 December 2008

Baby Stuff - Persediaan skit2

Semalam ns masih di kampung waktu2 macam ni, hari ni dh kat ofis. Tapi hati ni macam masih tertinggal di kampung. Ambik masa sikit nak bawa hati ni balik kl. Hehe.

Dah jadi kebiasaan kot, kalau first time pregnant ni selagi tak bersalin mesti asyik dok citer pasal pregnant & persediaan nak bersalin. Bila baby dah keluar citer pasal baby pulak kan. Semalam masa kat Kampung mak ajak g rumah jiran depan rumah. Jiran tu pulak bidan kampung. Kami 4 beradik dari 5 memang bersalin dengan bidan ni dulu2 kat rumah. Tak pegi Spital pun. Semalam sesaja mak ns ajak pg 'scan' kat bidan ni pulak. ' Scan' tak pakai mesin 3D or 2D pun. 'Scan' guna tangan dia je. Pegang kat perut ns ni. Hehe. Dia kata baby dah besar ni, dah 7 bulan. Tapi perut ns kecik je. Ikut mak barangkali. Confius pulak ns ni, check up dekat DR moden ni dia kata baru 6 bulan. Pastu DR tu cakap kadang2 awal 2/3 minggu. Ermm..ns tak kisahla ns dah berapa bulan pun janji ns selamat bersalin sudahlah.

Start bulan lepas, bila dah tau jantina baby, ns dengan husband dah mula beli barang untuk baby nih skit2. Mulanya budget bulan lepas dalam RM100 je. Alih2 seratus lebih juga. Geram punye pasal tengok barang2 baby yang kiut2 je nih. Beli yang penting2 je dulu. Ikut pesan orang tua. Hehe. Baby nih cepat membesar. Tapi bulan ni mmg kena beli byk skit rasanya. Boleh tahan juga harga2 baju tuh walaupun kecik2. Bulan ni boleh budget lebih skit, sebab dapat bonus. Kawan2 ns kata, bila dah ada anak ni, budget akan lebih ke anak je..tak kira la baju ke..atau ape2. Mesti dahulukan anak. Rasanya betul kot. Hehe. Ns pun dah rasa skit2 dah ni ;p. Bila shopping barang2 baby hilang perasaan takut nak bersalin. Huhu..macam mana la sakit nak bersalin ni kan. Bila dipikir-pikirkan takut. Dulu dah pernah rasa sakit nk 'miscarriage'. Sakit bersalin tak tau macam mana rasanya. Harap2 sakitnya tak lama and ns bersalin dengan selamat. Amin..


Antara yang sudah dibeli. Banyak lagi kena tambah.


Baru 3 pasang..kena tambah lagi nih.

Kotak ni, dapat hadiah masa kawin. Sekali pink kaler daa..hehe..lari tema nih ;p


Comel2 je. Tu pasal budget boleh lari. Geram punye pasal.



Adidas Infants Superstar Sneaker ni - kena beli juga nih ;p


03 December 2008

Ns Bersama YB ;p


Tarraa...sempat bergambar dengan Nurul Izzah. Haihh..apesal sengih jadi len macam je nih..huhu




Semalam 2 Disember 2008 bertempat di Loji Rawatan Kumbahan Pantai (Pantai Dalam) berlangsungnya majlis perasmian loji baru bagi pakej JBIC Fasa 1 ni. So ramai la jemputan VVIP, VIP dan tak berapa nak VIP. Majlis ni dirasmikan oleh Timbalan Menteri kitaorang ni, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Antara lain yang VVIP, tentulah wakil rakyat kawasan Lembah Pantai kan. YB Muda nih. Disebabkan kat ofis bahagian ns ni urus pasal jemputan, haruslah bergambar dengan dia nih sebagai kenang-kenangan kan..hehe. Antara kawan2 blog a.k.a member ofis ns yang terlibat sebagai 'usherette' ialah Cik Yun & Cik Qamar ;p.



01 December 2008

Jalan-Jalan : Melaka 29 Nov 08

Pagi Sabtu lepas, celik je mata cakap kat husband ns jom g jalan2. Malam tu takde mimpi ape2 pun, ntah tetiba pagi2 dh ajak g berjalan. Mulanya ns bagi cadangan nak ke Cameron Highland. Husband ckp jauh sangat tu. Dah separuh jalan nak balik Kedah. So, ns ajak ke Melaka je..janji berjalan,heh.. dulu pernah plan nak jalan2 ke Melaka, tapi tak jadi. Kali ni kena bagi jadilah. Hubby bagi persetujuan. Dalam pukul 11 tengah hari kami baru gerak keluar rumah.

Ns teringin nak ke A Famosa sebenarnye. Tempat macam pekan koboi tu. Malam2 ada pertunjukkan. Sekali hubby ns ingat Kota A Famosa daaa, huhu..dah terlepas la simpang nak masuk ke A Famosa tuh. Terus ke bandar Melaka. Takpelah..janji sampai Melaka juga. Bila g Melaka tak sah la kalo tak ke Dataran Pahlawan kan..esp..Joker Street, Melaka River Cruise, Kota A Famosa..naik beca..Muzium Kapal & menara Taming sari. Eye on Malaysia dah naik masa kat Tasik Titiwangsa. Penat kaki ni jalan. Orang kata time pregnant kena byk berjalan kan..senang nk bersalin nnti. Oleh sebab itu ns ambik inisiatif pi berjalan2 ke Melaka ni..heheh (konon la..). Jalan punye jalan sampai rumah 10.30 malam.Jom layan gambar2 kat sana ek ;)



Dah nak sampai dah.. lepas dah simpang 4 & Tampin nak ke A Famosa tuh..



Huhh..garang betul muka KD Malaya tu ek



Haaa..KD Malaya ni muka dia ok sket..



Jamu mata je..xbeli ape pun.


Besar betul...kapal tu, bukan perut ns..;p



Sian dia nih, rambut dah panjang dah..xsempat potong ke


Disamping Ibn Batuta.. harap2 baby ns ni ikut jejak dia skit2, hehe


Apekenama dia nih ntah..marco polo kot..



Eloo..elooo..;p (Dalam Muzium TLDM)


Kota A Famosa


Ntah apa nama dia nih ntah..





Kapal..tak ingat la apa nama muzium nih..



Abg & adik beca..

Ns pernah dengar cerita, batu-batu kota A Famosa ni adalah dari Runtuhan Masjid2 yang dirobohkan pada zaman kejatuhan kota Melaka tuh. Ns tak tahu fakta ni salah ke betul.

Muzium TLDM

28 November 2008

Ubat Lagi

Last Check up isnin lepas ns kena buat blood dengan urine test dekat lab. Kalau ada apa2 DR akan call katanya. Petang semalam tengah2 dok busy, DR Ct call bagtau result dah dapat dari lab. Dia bgtau kencing ns kotor pulak :ha?:..huhu..so kena datang ambik ubat. DR kata takut bakteria2 tuh ke buah pinggang. Haihh risau betul. So, pagi ni lewat lagik masuk ofis. 5 minit lagik nak pukul 11 baru masuk:sorry:. Pepagi g Tawakal dulu. Tadi baru ns tahu ns ni darah jenis A positif rupanye..heheh..sebelum nih tak pernah tau darah ns jenis ape :yawn:. Tadi dapat buku merah sekali. Lepas ni bertambah lagi la ubat nk kena ns telan masuk dalam perut nih. Harap2 bila dh makan ubat nih, kuman2 tuh hilang terus.


Ni la DR yang ns dok jumpa tiap2 bulan :)



Ubat baru nak kena makan.

24 November 2008

My Baby Boy , :)

Alhamdulillah..pagi tadi ns pegi buat monthly check up dekat Tawakal Hospital, semua dalam keadaan sihat. Sudah 22w3d dah. Dah lama xjumpa Dr Siti Zaleha nih. Comel je orangnya. Macam-macam perasaan ada tadi. Nasiblah pagi tadi ns kena turn yang kedua. Taklah tunggu lama. Ramai juga yg buat appoinment dgn dia hr nih. Ntah kenapa tak boleh berpisah dengan DR Siti nih, hehe.. Maybe sebab rekod2 ns pregnant pertama & kedua dulu pun dengan dia. Buat D&C pun dengan dia. Lagi pulak ns belum buat kad merah. Tak pernah lagi ns pegi check up dekat Hosp Gomen. Sure kena marah kalo baru nak pegi buat kad Merah agaknya. Tu yang malas tuh.

Balik pada citer ns pegi check up tadi. DR tanye ns nak tau tak baby ape. Sure la nak tau kan. :) Bila dia scan and ternampak la anu dia ;p. :blush: ..heheh. So confrim dah boy. Bila dah tau jantina boleh la ns start beli barang baby skit2. Naluri ns sebelum ni memang rasa macam boy je, sebab dia punye tendangan, kuat..huhu. Lagi pulak kawan2 ofis yg sama pregnant and bersalin tahun depan semuanya ns dpt tahu ialah baby boy. Kawan2 ofis yg bersalin tahun ni dapat baby girl. Macam trend pulak. Tapi semuanya atas rezeki Allah kan.

Sebenarnya anak pertama ni ns tak kisah baby boy or girl..cukup semuanya sihat and selamat. Tapi bila dah tau baby boy..syukur sangat2lah sebab kalau boleh ns memang nak baby boy jadi anak sulong :) Masa check up tadi, Dr scan guna 3D, dia bagi dengar degupan jantung baby sekali. Perasaan ns masa tu Tuhan je yang tahu..takut pun ada juga. First time ns dengar bunyi degup jantung baby. Haihh..syukur sangat2. Teruja. Next check up 22 Dis depan pulak.


Kepala and tulang paha baby.