13 November 2008

Antara EL & Genting Highland & Quantum Of Solace

Isnin yg lepas ns EL. Ada urusan dekat Tabung Haji dengan KWSP. Mulanya tak nak EL, nak masuk ofis lewat skit. Tapi memandangkan dua2 tempat yang ns nk pegi berurusan dengan ramai orang. Sms ofis bagitau EL. Tambah pula sekarang ni kalau ada urusan peribadi yang ambik masa ofis sampai separuh hari, disarankan ambik cuti je.

So, walaupun urusan ns tak berapa nak sampai separuh hari pun ns ambik EL ;p. Baik kan ;p. Malas pulak nak masuk ofis. Tambah pulak hari tu husband ns cuti. Lagi-lagi bertambah malas la ;p. Dalam kul 10 lebih dah selesai. Cepat pulak...

Dari Tabung Haji kat Uptown kami ke Midvalley. Dah pasang hajat nak tgk movie-Quantum of Solace. Ramai juga time2 keje ni orang tgk movie. Agaknya ada kot sesetengahnye mcm ns ni. Ter EL. Hehe. Bukan selalu kan. Bagi ns movie ni xberapa nak best sangat la berbanding dengan Casino Royal. Walaupun banyak aksi2 menarik dan juga sound system yang bergema dalam tu. Diselang seli juga dgn aksi menendang2 dalam perut nih.;p...sabo2..



Casino Royal lagi best..

Bila kuar wayang baru kul 1 lebih. Husband cakap jom naik Genting. Haaa...naik genting pulak. Tau la keta dia belum pernah try naik genting lagi..heheh. Dari rumah ns ke genting tak sampai 30 minit pun. Dalam pukul 2.30 naik ke Genting. Ramai juga umat manusia kat sana. Dah cuti sekolah kot. Ramai family bawa budak2. Nak main yang ganas2 xbole dgn keadaan ns sekarang. So makan2 kat sana. Nasi campur yang paling mahal ns bayar heheh..28 hengget. Pastu masuk Snow World kejap. Sejuk giler. Sampai demam lah husband ns hari ni. (Macam mana nak g Ostorlia ni bang). Heheh. Nak sangat masuk peti sejuk tuh ;p.



model vios 2008... ;p



Snow World

05 November 2008

I is Tired ...wurk too hard ...;p

hehe..

Sepanjang bulan ni banyak pulak jemputan makan nasi minyak yang ns terima. Semuanya kawan2. Sekolah & Ofis. Tak pegi tak patut pulak. Dalam erti kata lain kena pergilah ye :). InsyaAllah ns cuba penuhi semua jemputan tuh sebabnye masa ns kawin dulu diaorang ni semua datang. Tak kira jauh atau dekat. Erm.. Semua dah nak naik pelamin. Welcome to the club :) Tahun depan ramailah dapat anak buah ye.

Kat opis pulak 2-3 menjak ni cibuk sikit. Banyak Tender yang nak dikeluarkan. Jual tender la..close tender..Payment pun sampai menderu2. Dapat pulak kontraktor yang jenis asyik tepon dok tanya duit dia..huhhh...Saboo je lah... Dah la badan nih semakin membesor ;p. Malas tul nak bergerak sana sini. Napalah ns boleh tercampak masuk bahagian banyak keje nih:sigh:.. Dokumen tebal2 pulak tuh. Tak sabar nak tunggu tahun depan nak bercuti panjang 2 bulan..kalau tak cukup tambah lagi satu bulan hehe..syok jadi org pompuan nih.;p

Oklah ns berehat kejap, jalan2 blog kawan2 sambil2 layan lite fm ;)


28 October 2008

Pencuri ooo Pencuri ....

Pepatah Melayu kata : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Selalunya pepatah tu la orang guna bila se'terror2' mana pun orang buat jahat, last2 kena tangkap juga kan. Kesian tupai, takde kena mengena dengan dia pun sebenarnye.

Ns nak cerita pasal pencuri yang tak berapa nak terror mencuri sangat nih. Cumanya dia berani jelah. Sebabnye depan rumah mertua ns ada pasang 2 cctv. Nak kata dia rabun ke, tak juga kot. Dah sah2 bole nampak cctv tuh. Lagi satu dia tak rabun, pasalnye dia datang mencuri time awal pagi dalam samar2 bulan lagi. Kira memang berani betul la kan. Nasiblah dia bukan niat nak mencuri kereta. Barang yang dia nak curi tu tak berbaloi pun dengan usaha tekun dia nih. Areal kereta lama husband ns je dia terniat nak ambik. Tapi sebab dia mencuri kan..sakit hati jugalah. Skrang adik ipar ns yang pakai kete tuh. Hari Sabtu haritu dah dapat tangkap dah budak mencuri ni. Rupanya budak ni dok kat taman bersebelahan taman perumahan mertua ns tinggal je.

Depan rumah mertua ns ni memang direct jalan besar. Sesak juga. Takde tempat parking. Kat dalam pagar boleh muat 3 biji kete je. lain2 kena letak luar pagar. Kereta pencuri (kelisa) tgh berlegar2 lagi tu. Tgh cari port nak parking agaknya.


Last2 dia tunggu, parking seberang jalan sana.


Baik punye parking .


Penuh gaya datang nak mencuri. Aksi berani la kunun nih..

Aksi-aksi mencuri


Time orang dok sibuk sembahyang subuh, dia sibuk mencuri.


20 October 2008

Milo ooo Milo

Malam Jumaat lepas si milo telah memeranjatkan ns. Mulanya dialah jadi peneman ns dok tengah jahit manik kat baju. Asyik la dia dok memandang ns yg tengah menjahit tuh. Jam dah dekat nak pukul 12 malam. Tengah kusyuk ns menjahit manik baju, terpandang milo dah macam pengsan je. Bila ns panggil namanya pun dia tak sedar. Bila ns sentuh si milo ni barulah dia terjaga. Rupanye dia tertido..hehe..sampai mcm tu sekali lah teman ns menjahit sampai tertido. Ngantuk sangat la tu agaknya.


Milo dengan aksi tido baru.


Mcm tengah sujud je ;p


Macam merajuk pun ada...


Ngantuk sangatlah ni. Sian..hehe

13 October 2008

Kisah Raya 2008

Tahun ni tahun kedua ns beraya 'as wife'. Kali kedua juga beraya dengan mertua kat KL, kali pertama haritu semasa raya haji. Sambutan sama saja, bila dh kawin & jadi isteri orang ni, orang pertama harus disalam 'sure'lah suami. Kalau bujang2 dulu ibu& ayah jadi kewajipan pertama. Cuma suasana raya sedikit lainlah, kg dan bandar memanglah lain kan.

Malam raya pertama di rumah mertua ada majlis takbir. Orang masjid akan datang dan bergerak dari rumah ke rumah malam raya tu untuk bertakbir. Pagi raya kami sekeluarga beramai2 ke masjid. Solat hari raya. Lepas tu balik ke rumah bersalam2 dan bergambar. Dulu ns dgr orang kl kata kalau hari raya, orang boleh baring kat jalan raya..heheh..nak cari maut boleh la ek buat macam tu. Hari raya pertama haritu..kami keluar beraya ke rumah sedara2 mertua kat kl ni.Siap jam lagi kat atas jalan raya tu ha..rupanya ramai juga orang beraya kat KL ni. Nak cari ketupat palas pun tak susah kat kl ni. Beli yang dah siap je. Balik cuma rebus. Tu la dulu bila mak suh belajar buat ketupat palas asyik xlulus je. Nak ketupat jantan katanya. Ns pusing2 daun palas tu dok jadi ketupat betina je. Tak pernah lulus sampai sekarang pun. Heheh. Nasib ada yang dah siap kan.

Pagi2 raya kedua ns dengan husband dah bersiap2 nak balik ke Kedah. Lancar betul perjalanan. Takde jam ;p. 5 hari kat Kedah. Isnin pagi kami bertolak balik ke kampung husband di Perak pulak. Tidur semalam kat Perak. Merata2 seluruh pelosok yang sebelum ni ns tak pernah sampai kat Perak ns masuk. Dari Manjung, Trong..Setiawan..Pantai Remis..Lumut, Ayer Tawar, Seri Iskandar, Kuala Kangsar, ke Ipoh dan Majoi. Penat dok dalam kete. Lagi penat dari yang 'drive' tu. Hehe. Puas beraya sakan. Terasa beraya sikit tahun ni berbanding tahun lepas bila ns kena beraya di dalam wad. Meh layan gambar2 yang sempat ns upload kat bawah ni ;p



Three of us..


Meh salam2. Ampunnn bang ;p


Family Sebelah Mertua.


Kakak, abg & Adik2 Ipar.



Abah & mama ;p


Lovely mum..mak ns ;p


Kedah : Raya ke - 4. Dengan Mak, Kak Long, adik na, husband dan anak buah siap2 nak pegi kenduri.


Love All.

30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya pada semua yang mengunjungi blog ni. Terima Kasih pada kawan2 yng mengucapkan Selamat Hari Raya pada ns. Kesempatan ni ns juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua rakan2 ns. Semoga di hari lebaran kali ni kita semua berbahagia bersama keluarga masing2. Berhati2 semasa memandu untuk pergi beraya.

Skrg ni mesti semua tengah sibuk buat persiapan terakhir kat rumah. Ns masih di ofis. Masih bekerja. Jika tahun2 lepas ns pulang awal ke Kampung. Kali ni ns pilih untuk bekerja. Biar kawan2 yang nak pulang beraya ke kampung halaman yang jauh pulak ambil cuti awal. Kebanyakkanya akan kembali bekerja pada 6 & 7 hb. Yelah..cuti awal kena la masuk keje awal kan. Hehe..untung juga tak cuti sebelum raya ni kan. Ns akan masuk bekerja semula pada 13hb, InsyaAllah...Lama sikit cuti sebab sebelum raya tak cuti kan..:). Tahun ni giliran ns beraya di rumah mertua dekat KL ni. Tahun pertama beraya di KL. Raya kedua nanti baru akan bertolak ke Kedah pula.

Ns berharap semoga diberi kesihatan yang baik pada raya kali ni. Tahun lepas ns diserang denggi. Beraya di Hospital. Pregnancy ns pun dah masuk trimester ke-2. Alhamdulillah sudah lepas trimester pertama. Dah hilang semua mabuk2..loya2 and pening2 mcm baru turun rollercoster tempohari. Alhamdulillah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI TERKASAR BAHASA.