08 July 2008

Berbuka

Keadaan hujan petang semalam. Lebat betul.


Semalam ns dengan en. abg sama2 berposa. Petang semalam ns tak bernafsu pulak untuk memasak, heh.. Letih rasanya. So ns cakap kat en. abg berbuka kat luar jelah. Perjalanan nak ke tempat berbuka dihujani dengan hujan yang lebat sangat. Jalan pun dah jam. Asal hujan je mesti jam. Jalan yang dekat leh jadi lama dok dalam keta.Tension tul.. mulanya kami singgah di Giant untuk beli makanan boss dulu. Balik rumah sekejap hantar makanan boss, (dah pandai bela kena la pandai bagi dia makan kenyang kan..;p) lepas tu barulah keluar semula ke tempat makan di Taman Bolton. Dah jadi kebiasaan kan bila dah posa nafsu nak makan mesti tinggi, huhu..kalau boleh semuanya nak order. heh.. Petang semalam kami berbuka dengan siakap stim asambol.. tomyam campur..n kailan goreng biasa..bila dah minum air segelas..dah tak lalu nak makan.Brrkk..;p


* Pagi tadi sangkut dalam jam kat jalan kucing 1 jam. Angin betull. Sampai ofis 8.30.Ermm..

04 July 2008

Petang Semalam Punye Citer...

Petang semalam tengah syok2 masak untuk berbuka, ada ketua penduduk kat taman tu bagitau ada nak buat foging pulak. Kerap sangat akhir2 ni Pej. Kesihatan datang sembur. Tak kira siang malam. Haritu foging kul 8 malam. Mesti ada kes orang kena denggi lagik ni.. Yelah mana tak kena, kawasan ni kira phase baru siap. Banyak rumah diorang renovate. Kawasan rumah yang direnovate tu banyak benda2 boleh takung air. Bila air takung nyamuk tu pun membiaklah. Ns memang setuju diorang buat foging tu. Geram betul dengan nyamuk ni. Pasal nyamuk nilah ns masuk sepital hari raya.


Keadaan petang semalam.


kepulan asap. Kain baru je sidai kat ampai. alahaii..habis baju


Ns buka pintu sikit bagi asap tu masuk dalam rumah. Halau naymuk2 tu


Program memerangi nyamuk aedes. Program ni dirasmikan oleah ADUN Gombak haritu.


Sotong nak buat kerabu..udang tomyam + daging & ikan bawal masak sweet sour ;p

Bahan-bahan untuk memasak petang semalam. Sedikit terganggu dengan aktiviti foging diorang tuh. Gambar yang dah masak tak dan nak tangkap sebab dah lapar sangat. Tapi jadi tau..;p heheh

Serai yang tak payah dibeli dah. Hasil tangan ns yang tanam ni tau ;p. Halia, lengkuas & kunyit pun ada. Aiseh..termasuk gambo bangla tu cuci keta pulak ek. Promo sikit cuci kete kat situ rm5 je tau luar dalam ;p

* petang ni nak masak mee bandung pulak untuk berbuka :blush: sabtu ni nak cuba buat kek lapis serawak pulak. Harap2 jadik :sigh:

03 July 2008

Selera

Hari ni posa. Esok 1 Rejab kalau boleh nak posa juga. Posa di bulan yang bukan bulan posa ni banyak dugaannya. Pagi2 selalunya akan dpt ajakkan dari kak i, kak n, kak r & cik y ajak pg breakfast. Huh..kadang tergugat juga bila teringatkan teh tarik mamak ;p (walaupun dah naik harga). Hmm..

Dari pagi tadi ns dah berkira2 petang ni nak berbuka apa ;p hehe. Benda semua dah ada dalam peti sejuk. Yang tinggalnya nafsu nak memasak. Tapi petang ni ns memang bernafsu nak memasak sangat2.;p bila tengok menu2 kak hanieliza kat fotopages dia. Ermm..petang rasa nak masak..



buah melaka., dari pagi tadi asyik teringat buah melaka ni.


pastu..nak buat bubur jagung ni..


nak buat tomyam campur...


tambah kerabu sotong sekali..


and the last one...bawal sweet sour..;p nyum..nyum..


~ nanti kita lihat hasilnya ye.pstt..nk turun g giant sat.

02 July 2008

5 PKA : Teknik Kangar, Perlis.

Semasa ns belek friendster kawan2 sekolah dulu, ns jumpa beberapa keping gambar zaman persekolahan semasa di Teknik Kangar. Kelakar tengok muka masing2 yang seakan2 kanak2 riang pada masa tu. Macam baru je berlalu zaman sekolah. Sudah tua kah ns..;p Haih..rindu pulak rasanya. Kalau masa boleh patah balik, memang nak sesangat. Nak ngaji betul2 xnak main2. huhu..


Dari kiri berdiri ialah 1. shah ( ofis dia sekarang sebelah ofis ns di PBD ni, baru bertunang dengan DR ~ pandai ko tackle shah ek :)2. Danial (Baru dapat baby~Tengah sambung ngaji lagi~bercinta & berkawin dengan rakan sekelas juga ~(epit) wife dia lecture dekat tempat dia ngaji, hehe-cayalah korang dua :) yang lainnya amirul, zam & ajip. ns dah lost contact dengan diorang.

Ini antara beberapa keping gambar yang sempat ns colik dari friendster kawan ns tu. Dalam ramai2 35 orang dalam kelas PKA , ni jelah lelaki yang ada. Selebihnya ialah budak2 perempuan. Yang duduk tulah cikgu kelas kitaorang. Garang abis cikgu ni kalo angin dia tak elok. Cikgu kelas kitaorang mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam. Pe'el cikgu ni kitaorang dah tau sangat dah. Sebelum start kelas dia, kitaorang mesti disajikan dengan lagu Syarifah Aini (Yayadan). Kalau tak lagu gu, mesti lagu Ct Nurhaliza (Cindai) Haha..kelakar giler..

Masa daftar kat sekolah ni ns tak dapat asrama. Ye lah kan, Kodiang nak ke Kangar tu 15 minit jer. Sapa nak kasi ko hostel kan. Memang ns pun tak mo dok hostel. Tapi mak&ayah ns buat rayuan masukkan ns ke hostel. Bila dah masuk hostel hari2 telefon merayu dengan mak nak ulang alik naik bas. Dia pujuk2 suh bertahan juga..2 tahun jer. Huh..sabo je lah kan.

Bila dah makin lama dok hostel, perangai yang tak pernah2 keluar semua keluar. hehe ;p baru syok dok hostel kalo macam ni ek. Masa dok hostel ns group dengan budak2 aliran vokasional. Memang hantu diroang ni, termasuklah ns sekaki. Time budak2 lain pulun study kami duduk diam2 dalam dorm yang gelap gelita. Kalo dah dok hostel tak sah kalau tak berkakak angkat kan ;p. Boleh dikatakan tiap2 minggu mak&ayah ns datang bawa makanan best2. Kalu tak hari2 ikan tongkol. Bila family sape2 antara group kitaorang nak datang mesti buat senarai pesanan untuk seminggu. Time orang sembahyang jemaah ramai2 kat surau kami sembahyang dalam dorm. Huh..bila pikir2 balik skrg memang menyesal. Uwaaa..nak balik sekolah balik kalau boleh.. ;(

Antara kawan rapat ns, Nadia & Epit (wife si daniel)~ dua2 dah jadi mak. Tahniah ek puan2 :) * Suka tengok muka kanak2 korang ni ;p

Masa ni rasanya kitaorang ada lawatan ke Maktab Perguruan Perlis. Time ni kelas kitaorang lah yang paling famous antara kelas2 aliran teknik yang lain. (ceewahhh:D) Maklumlah ramai ratu2. hehe. Sekarang zaman dah moden ns dah boleh search diorang dalam friendster. Ns tahu dioarng dah berjaya semua. Kebanyakkan yang ns tahu diaorg jadi tenaga pengajar. Ada yang sampai sekarang ngaji tak abis2 lagi..antaranya sue, aku tahu ko nak ambik PHD terus kan baru ko nak makan nasi minyak ek ;p heheh Sue ni skrg jadi lecturer dekat UUM. Nadia dah jadi cikgu Math ( dulu dialah suka kutuk cikgu math kitaorang) Last2 dia jadi cikgu math. Epit pulak dah jadi lecturer dekat Unimap. Bagus tullah diorang ni. Apa-apa pun ns harap diorang bahagia bersama family masing2. Erm.. :)

Alkisahnya : Si Milo lagi


Si milo ni memang dah lebih2 mengadanya. Manje2 gitu ;p Kat mana kami ada, kat situlah juga dia dtg join sekali.


Haritu tengah ns dok rajin2 melipat kain baju, bila ns toleh je tengok2 dia dah lentok kepala dia kat tuala yang baru basuh tu. Geram pulak ns nengoknya.


Bila nak ambik gambar terus je dia buat aksi manja dia. Siap letak tangan sekali peluk tuala tu. hehe.;p

Tapi kucin ns taklah sampai masuk peti sejuk mcm kucin antalya a.k.a yun tu. hehehe

Tapi si milo ni lah peneman kitaorang yang memecah kesunyian dalam rumah tu. Asal nak berak je bising, nak makan pun bising. Semua nak kena orang pegi teman, hampeh tul. Jeles pun kuat kucin ni.;p













Si milo yang manja.

01 July 2008

Koleksi : Antara Ex HP Ns

Kali ni ns nak post en3 pasal semua bekas2 hp ns ;p.

Ns mula pakai hp ni sejak lepas belajar kat Politeknik kat Kedah dulu. Tu pun masa dah start keje dengan syarikat kontraktor. Masa belajar dulu langsung tak guna hp. Kalau nak telefon ke rumah, public phone lah tempat kami. Bila kawan2 rumah sewa yang dapat duit biasiswa (pada masa tu biasiswa KPM) kami satu rumah dah tak guna public phone.
Kami kongsi2 satu hp yang ada tu. Antara model hp yang canggih pada masa tu ialah Sagem dan Alcatel. Hp kawan serumah ns kaler kuning. hehe ;p. . Kalau kat public phone jenuh menunggu giliran. Dulu prepaid mahal betul. Tak semurah harga sekarang, seingat ns paling murah pun rm60.


Samsung N100


Ni lah hp pertama ns.;p. Erkk..ada lagi ke skrg ye?.. Kaler silver. Ns beli hp ni dekat Penang. Kebetulan pada masa tu kami sambut Merdeka satu family kat sana. Jalan punye jalan beli hp ni kalau tak silap harga masa tu ns dapat ialah rm130. heheh..murah kan ;p Screen dia kaler kuning je. Takda warna warni ;p


Samsung C100

Ni hp kedua ns guna. Hp ni cuma RM50. Bukan second hand tau..ns lah first hand ;p. Nak dijadikan citernya, dulu masa ns kat um ns suka masuk berchatting di Kampung Chat. Masa tu tak adanya ym2 ni. Dari kampung chat tu ns ada sorang rakan. Eheh kalau tak silap dia guna nick name Muaz (nama samaran jer nih), sorang officer Kastam kat Putrajaya. Pada masa yang sama dia sambung master kat um. kebetulan dapat kawan chat yang baik. Ns dapat hp baru dengan harga harga semurah tu. Masa stay kat vista time bujang dulu rumah sewa kami kena masuk pencuri, habis hp & segala mak nenek yang lain kena curi . Tensen betull.!!

Samsung C110

Bila hp ns kena curi, Ns pakai hp ni pulak. Harga tetap sama rm50 jugee ;p Rasanya ns belum pernah beli hp sendiri melebihi harga tiga ratus lagi.



Nokia 6600

Lepas dah bosan dgn Samsung. Ns tukar pakai Nokia gemuk ni. Hp ni dapat free dari kwn chatting kastam tu. Dia hadiahkan. Pakai kejap je pastu jual kat kawan. Erkk..xyah cakap lah ek jual dgn harga berapa ye ;p

Sony Ericson K310i

Hp yang ni last ns dapat RM50 dari kawn ns tu. Lepas tu kami dah lost contact bila ns dah tunang. Last ns beli hp sendiri. Sekarang mak ns kat kg guna hp ni. Ns bagi kat dia suh guna.;p



Sony Ericson S500i

Yang ni hp paling spesel bagi ns. En. abg tomey ns hadiahkan ms birthday ns awal tahun hrtu. Luv u ;p. Memang dah upgrade habis dah ni, hehe screen kaler2. Dulu scren satu kaler jer.

*antara byk2 hp, bagi ns sony ericson the best. Esp colour & soundnya