16 May 2008

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei. Dalam kalender setiap tahun, hari ni merupakan hari guru. Ns nak ucapkan 'SELAMAT HARI GURU' kepada guru-guru di Sekolah Rendah Tunku Bendahara, Sekolah Menengah Tunku Bendahara Kodiang Kedah dan Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis yang telah mengajar ns menjadi insan yang berguna dan menjadi insan yang berilmu. Juga kepada rakan-rakan sekolah ns yang telah menjadi Guru. Tak lupa juga kepada semua Guru-guru di luar sana. SELAMAT HARI GURU. JASAMU DIKENANG.


:woooh::wave:

13 May 2008

Ns Kursus BTN 2008


Cari ns...hehe. Semuanya seramai 93 orang penjawat awam. Dari pelbagai Jabatan / Kementerian.

Hari ni ns masuk ofis seperti biasa. Setelah 5 hari berkampung di Kem Warisan Arca (KIWA) Sepang untuk menjalani Kursus biro Tatanegara. Kem KIWA ni adalah kem swasta yang telah dijadikan tempat kursus BTN disebabkan Kem BTN sendiri telah menempatkan peserta-peserta kursus yang lain. Bagi ns, kursus sebegini sangat menarik. Terutama sekali mengenai sejarah negara kita. Semasa di zaman persekolahan dahulu memang ada matapelajaran Sejarah. Cuma mungkin penghayatannya tak sama apabila ns dah bekerja dan telah memahami kaitan apa yang berlaku di negara kita pada masa sekarang dengan sejarah negara. Kursus ni dapat meningkatkan semangat patriotisma ns. Betapa pentingnya kita perlu memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Ns harap semangat ni bukan setakat dua tiga hari ni saja, tetapi sepanjang ns berada di negara kita ni. ( ..ns tengah semangat ni ,hehe :) )

Program-program sepanjang 5 hari berkursus ni ialah seperti mendengar ceramah. Itu pun hanya 4 slot sahaja di hari pertama. Rakaman video di zaman mencapai kemerdekaan seperti usaha-usaha Tunku mendapatkan kemerdekaan dan semasa komunis menghuru-harakan negara kita juga telah di tayangkan. Pada masa ini ns sedar betapa pentingkan kita memelihara keamanan negara kita pada hari ini dari anasir-anasir dalam atau luar negara untuk generasi akan datang. Belum tentu apa yang kita hadapi hari ni, generasi akan datang turut merasainya. Dan perkara yang penting sekali ns dapat dari kursus ni ialah mengenai Kontrak Sosial. Pada sesapa yang dah menghadirinya pasti mengetahui apa itu Kontrak Sosial. Selebihnya boleh pikir sendiri apa yang terjadi terutama dalam politik pada masa sekarang. Isu-isu terkini yang berlaku sekarang di satu Negeri utara semenanjung juga sedikit sebanyak mengenai Kontrak Sosial.

Selebihnya dalam kursus BTN ni ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan riadah. Setiap kumpulan akan diberi seorang Fasilitator. Fasilitator kumpulan ns sebaya dengan ns. :). Dalam kumpulan kecil ini sebenarnya memudahkan kita untuk berinteraksi dan memberi idea2 dalam aktiviti yang dijalankan.
Masa kursus tu ns telah dipilih oleh jurulatih2 menjadi AJK Dewan makan. Selepas makan peserta mesti mencuci sendiri 'tray' yang dimakan. Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti kembara dan keadaan ns di Kem. Layannn. :D



Disebabkan berdekatan Kem ni takde gunung ganang/bukit bukau, aktiviti kembara dibuat memasuki hutan-hutan kecil yang berdekatan sahaja.


Malas nak meredah air. Terpaksalah buat 'titi' dengan batang pokok ni.


Salah seorang kumpulan ns. Kursus ni pesertanya dari pelbagai Jabatan dan Kementerian.


Dua tempat kena merentasi parit-parit macam ni. Penat..


Kumpulan ns berhenti rehat kejap. Semasa aktiviti kembara, peserta dibekalkan sebotol air mineral dan sebungkus roti.


Berjalan hanya mengikut anak panah yang diberi. Kumpulan ns kumpulan terakhir yang bergerak. Kalau kumpulan yang awal buat jahat. Pusing anak panah. memang kami akan sesat. :D


Mula-mula masuk belukar dah jumpa kawsan paya2. Terpaksa redah juga. bak kata nadia af. ' Redah aje'.. :D


Habis kasut baru ns. Beli kat giant (save sikit :D) semata-mata nak pegi BTN. Nasiblah takda seekor pacat pun yang singgah dekat kaki ns.


Yang ni terpaksa redah. Memang tak ada benda nak buat titi.


Redah jagn tak redah.


Laluan dari bilik kuliah nak ke dewan makan.


Tempat pendaftaran. Tinggal di kem ni boleh kira hari2 kapal terbang yang berlepas dari KLIA. Bising betul..


Keadaan di luar bilik tido.


Tempat beriadah. Tempat ns menari poco-poco. :D


Dalam bilik tido ns. Satu bilik menempatkan 6 orang peserta kursus.


Ada aircond lagi..


Bilik aktiviti berkumpulan.


Bilik Kuliah. tempat dengar ceramah dan 'exam'


Last..gambar ns berpakaian 'school'.. kadang2 ns rasa mcm nak bersekolah semula. 'Form six'.

* apasal tulisan ni ada yang besar..ada yang kecik ntah..


07 May 2008

L.O.V.E ( Jawab Tag dari Yun a.k.a antalya )

Bila cakap pasal love-love ni ns sentimental sikit ek. Hehe..

1. What does true love mean to you?
Pada ns cinta sejati ialah perasaan sayang / kasih yang ada pada kedua-dua pasangan yang sanggup berkorban apa saja demi orang yang dicintainya. Contoh seperti kasihnya Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz Mahal yang membina Taj Mahal - tempat isterinya bersemadi. ( Ns terpengaruh betul dengan buku Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri. hehe..)

2. How do you know you're really in love?
Bila seseorang sanggup berkorban apa saja terhadap orang yang disayanginya.

3. How many times in your life have you fallen in love?
Yang betul-betul dalam hidup ns, 2 kali je. Cinta pertama yang separuh jalan. Tempohnye 10 tahunnnnnn. Cinta kedua yang sekarang ni kekal ke akhir hayat. Amin. Sayang abg si Cumel sorang kat rumah tu. :D

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
Tak pernah lagi

5.Do you feel love and physical attraction are the same thing?
Pendapat ns tak.

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
Ye

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
Segala nasihat boleh dengar. Dalam soal memilih atau buat keputusan. Sendiri yang buat tanpa pengaruh dari kata-kata orang lain.

8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
Bagi ns tak. Kalau betul cinta sejati. Sanggup berkorban apa saja demi orang yang disayangi.

9. Would you give up something you want for someone you love?
Kasih sayang, keikhlasan dan bertolak ansur.

Ns nak lanjutkan tag ni kepada ;

1. Saudara jejaka En. Neeziee
2. Saudara jejaka En. Kemat
3. Saudari Sepi

06 May 2008

My Interior

Hari ni paling membosankan ns dekat ofis nih. Kerja ns hari ni hanya 'follow up' pmc untuk cepatkan itu dan ini. Itu pun dah selesai. Satu 'level' 6 ni ns dah jelajah. Huhu. Sementara menunggu ke pukul 5 petang ns nak tempeklah gambar-gambar dalam rumah yang ns duduki sekarang ni. Hari ni husband ns cuti. Kejap lagi dia akan ambik ns dekat ofis. Best. Jadi Bos. :D Lepas tu nak ke Pejabat Pos Jalan Tun Samanthan. Nak ambik buku. Ns beli buku 'online' di kedai buku Dawama (DBP). Tadi 'posmen' ke rumah. Tak ada orang.


Ruang Tamu rumah ns. Depan 'sliding door' tu lah si milo selalu tunggu ns balik dari keje. Heh.


Tengah nonton. Sempat ns 'snap' sekeping dua. Tengah nak pikir nak cat dinding kaler merah ni. :D


Nampak tak hubby ns dekat dapur tu. Sesekali kena lah tolong isteri kan.. :D


Rajinnye...ni yang sayang ni. :D

Lagi-Lagi Milo

Milo lagi. Milo ni dah terlebih-lebih manjanya. Tak macam dulu. Kat mana ns dengan husband ada kat situlah dia juga ada. Kami di dapur. Dia di dapur. Kami di bawah. Kami naik atas. Semua dia ikut. Hehe.

Paling teruk manjanya apabila milo nak buang air ( dalam erti kata lain 'berak') dan makan juga nak berteman. Selagi tak bawa dia ke tempat dia nak buang air tu, selagi itulah dia akan bising dan mengesel-geselkan badan dia dekat kaki ns atau husband. Salah satu sifat milo ni ialah pemalu. hehe. Sesapa yang datang rumah ns.Yang dia tak kenal. Buka je pintu rumah, dia dah lari naik ke atas. Kucing jantan yang pemalu.

Milo pernah ditinggalkan di Kampung semasa ns 'pregnant' kali ke-2 dulu. Atas nasihat Dr selepas ns keguguran kali pertama. Katanya tak elok memelihara binatang yang berbulu. Contohnya kucing dan erk..burung. Boleh mendatangkan kecatatan pada janin. (Penting nih..)

Satu yang ns suka dengan milo ialah dialah yang menjadi teman ns kalau husband kena kerja malam. Hehe. Waktu pagi dia akan mengejutkan ns dari tido dengan menarik-narik rambut ns.

Tempat 'privacy' si milo. eeauuww..


Pandang yok..

05 May 2008

Kenduri

Nyum..nyum...makan kenduri lagi. Walaupun bukan masa cuti sekolah. Sabtu lepas ns dengan hubby ke kenduri kawin. Sepupu perempuan sebelah husband ns telah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah, semua dah selamat dan berjalan lancar. Majlis telah berlangsung di satu tempat yang dipanggil 'Kampung Pengantin' di Jalan Ampang. Semuanya telah disediakan. Dari menu makanan, pelamin, bilik, meja/kerusi jemputan, khemah dan segala perhiasan lain termasuk bunga-bunga hidup. Cuma pilih warna tema dan hulur duit je. Senang. Tak payah pening-pening pikir dah. Khabarnya pengantin lelaki bekas pelajar MCKK dan pengantin perempuan pula bekerja dengan MAS.

Ns dengar kosnya berbaloi dan dikira murah kalau ikutkan harga sekarang di KL ni. Dengan bertemakan warna 'pink' dan dihiasi lampu2, majlis tersebut cukup berseri di malam hari. Bermula dengan upacara akad nikah di sebelah pagi. Pengantin diraikan disebelah malam. Ada majlis bersanding, dan upacara memotong kek. Pengantin telah disolekkan oleh Nurul Syukur. Sedang ns menjamu selera, ns ternampak seorang kakak dari Kementerian ns. Duduk di meja keluarga pengantin lelaki. Kak Hamidah..ya betullah tu. Dia tu aktif bowling juga. Pernah berkursus bersama. Dia tak perasan ns. Hehe. Abaikan. Jom layan gambar-gambar masa kenduri tempoh hari.



Ns dengan husband. Kami lari daripada warna tema sebenarnya ni walaupun telah dimaklumkan lebih awal. Hehe.


Pengantin berarak masuk untuk bersanding. Erk..ni guna kamera hp. Tangan hubby ni terketaq-ketaq agaknya nih..:)


Hubby ns betul2 ketaq agaknya ni. hehe. Gambar tak 'clear'


Dari jauh ns sempat ambik gambar pelamin.
Teringan zaman2 ns kawin dulu2. :D


Pengantin Tengah Makan beradap. Masa ni bagilah ayam golek pun..tak lalu nak makan dah ni. hehe.