12 April 2008

:Pesta Buku::

Pada mulanya ns bercadang nak pergi hari Ahad. Hari terakhir. Selalunya hari 'last' ada promosi lagi hebat. Tapi disebabkan husband ns bekerja Ahad ni. Ns pergi pagi tadi. Ramai betul orang. Lagi pulak hari Sabtu. Ramai ambil kesempatan membawa anak-anak. Peluang sebegini tak selalu dapat. Beruntung orang-orang di Kl ni kan berbanding di Kg.

Ns memang nak beli buku. Kalau tak sia-sia ns berasak-asak dengan orang ramai. Parking saja dah RM8. Ns lama di Gerai Wira Bukit (Warisan Seni Bangsa). Semua karya A. Samad Said. Tertarik dengan sinopsis seperti yang diceritakan 'jurujual' disitu, ns telah membeli sebuah karya berjudul 'Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri'. Sebuah kisah yang menceritakan sepasang suami isteri yang berbulan madu di India. Kisah cinta rumahtangga melalui pengalaman dua buah keluarga - sebuah qhairah menghayati sejarah lambang cinta, sementara sepasang lagi resah berusaha menghidupkan api cinta.


Kebetulan pada masa tu beliau berada di situ. Sempat ns bergambar dan dapatkan tandatangan pada buku yang ns beli. Pertama kali dapat bertemu tokoh sasterawan negara. Bangga pulak ns rasa. Ns akan 'uploadkan' gambarnya kemudian.

P/S :

-Angkasawan negara kita juga ada di Pesta Buku ni. Ramai. Berkerumun.Menjerit-jerit. Bangga agaknya kan. Dapat bertemu beliau. Best juga jadi orang terkenal ni.

-Ns juga terserempak dengan kawan sepejabat bersama 'girlfriend' nya.Mungkin. Harap-harap nanti dapat jemputan. Jangan tunggu lama-lama ye bang...:D



Bersama A. Samad Said


Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri

7 comments:

ღ'*•.¸alin ladybird¸.•*'ღ said...

wah.....


syok nye dpt jmp Dr. SMS yek....

encem x???


:p

Anonymous said...

Pak Samad memang ada disitu hari2.hehe.

ns said...

To Alin : Handsome sgt tau. Tinggi.:D Senyuman memukau kalbulah.heheh

To Neeziee : Ye ek hari2 nizam? Yelah dia ada situ lagi laris lah buku dia kan.

To Gardagami : Thanks.:)

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

suke lg fantasia bln madu

Anonymous said...

sama....

Anonymous said...

sama...

Anonymous said...

Saya pun sempat bergambar dgn Pak Samad.hehe http://zaidievo.echepor.com/2008/04/10/jika-pendidikan-itu-mahal/kasih-sayang/jika-pendidikan-itu-mahal.html#more-106